Saturday, December 31, 2005

Orb Ghost: Terlalu sukar untuk dianalisis...

SUNGAI PETANI: 31 DISEMBER, 2005.
Nampaknya kita sudah berada di penghujung tahun 2005 dan beberapa jam sahaja lagi kita akan berada di ambang 2006. Waktu yang pergi tidak akan kembali, demikian juga waktu yang datang tidak dapat ditolak. Begitu juga apa yang kita hadapi setiap saat sukar dihalang.

Dalam beberapa hari ini saya telah berhadapan pelbagai masalah apabila merakamkan orb yang sukar dikenal pasti yang memaksa saya menghubungi Dr. Dave dan beliau mencadangkan bahawa orb berkenaan bukan orb yang dijana oleh roh tetapi orb akibat daripada kekotoran udara.

Begitu juga beliau mengaku bukan mudah untuk menganalisis foto anomalis kerana orb yang dijana oleh roh tidak mempunyai satu ciri yang tetap berbanding dengan orb yang dikaitkan dengan alam.

Untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang ini saya juga telah membeli dua buah buku daripada Dr.Dave berkenaan EVP Handbook (Step-by-step Guide To Recording And Analyzing Ghost Voices) dan juga Ghost Photography Handbook untuk memperdalamkan lagi pengetahuan dalam bidang ini kerana saya telah melihat kesan negatif terhadap kesilapan maklumat yang disebarkan oleh sesetengah pengkaji yang kurang pengetahuan termasuk juga TV Program yang dikaitkan dengan kajian paranormal terutama sekali isu orb.

Saya sendiri juga mengaku bahawa saya pernah menyebarkan maklumat yang salah tentang orb yang dijana oleh roh pada peringkat awal kajian saya dan untuk itu saya telah memadam semua analisis serta gambar orb yang dikaitkan dengan orb persekitaran. Tetapi, saya sangat bertuah kerana bukan sekadar mempelajari melalui pengalaman tetapi juga bernaung di bawah Dr. Dave yang merupakan pakar dalam bidang ini. Malahan, beliau mengaku bahawa beliau menganalisis tidak kurang 250 keping gambar setiap hari yang dihantar kepada beliau tanpa bayaran. Untuk itu, saya juga mengikut langkah beliau.

Sungguhpun demikian, saya percaya bahawa kunci terpenting dalam kajian paranormal ialah fikiran yang terbuka. Malahan, saya sering mempersoalkan orb yang saya rekod sehingga sukar disangkal barulah saya anggap bahawa orb berkenaan merupakan orb yang dijana oleh roh.

Pada kali ini, dalam kajian di Jubli Perak, Sg. Petani saya telah membuat kajian secara formal dan berjaya merakam orb tetapi pada masa yang sama saya juga berjaya merakam orb dust dan juga lights streak. Walau bagaimanapun, untuk pengesahan lanjut walaupun saya berpendapat salah satu gambar yang kelihatan seperti orb yang dijana oleh roh tetapi terlalu banyak menyebabkan kesukaran kepada saya untuk mengenalpasti secara tepat dan saya baru sahaja menghantar kepada Dr. Dave untuk mendapatkan pandangan. Jadi, bukan mudah untuk menjadi seorang pengkaji dan penilai gambar paranormal. Anda boleh menjadi professional dalam bidang fotografi tetapi anda masih tidak ada kelayakan untuk menilai gambar paranormal kerana bidang ini merupakan bidang lain yang sangat berbeza dengan bidang fotografi biasa.

Kind of regards,
Augustine Towonsing
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

Friday, December 30, 2005

More About Me...

I am a teacher, interested in mysterious things such as paranormal activities. Therefore, I started Ghost Research in July, 2005 and joined an International Ghost Hunters Society (IGHS) in Sept., 2005.

I Started Yahoo News Group [MGRS - Malaysian Ghost Research Society] on 5th. November, 2005. Formally associated IGHS Club on 1st December, 2005 which my paranormal investigation standards and protocol all the time follow those of the IGHS.

My vision is to provides information and to educate our own community about ghost which most of us think that our friends or even our self when we are pass away should be avoided because no longer exist. But, being a spirit is a new chapter to a new life. I always believe that the Scientific methods of ghost research can educate our society to a better understanding in ghost through camcorder, digital camera, film or even EVP through an audio recording.

I have seen or even watching local TV programs which sometimes do not educate the public but lead to misconception when they showed some pictures about an orb dust or environmental orb claimed to be ghost or even using medium or psychic which far from public understanding.

Therefore, I setup this site which I called it MGR and simply use scientific tools – digital camera, video camera, compass, audio recorder and so on to documented the unexplained in simple method by following some standards and protocols and event spend thousands of ringgits to buy the tools and to gain extra knowledge from those considered specialist in this area such as Dr. Dave Oester and Dr. Sharon Gill.

After 7 months in this area, so many things I have learned about the mysterious of the other side which most people are not. Even sad to hear when somebody mentioned about ghost who scared them just because their friends or family members passed on to the other side comes back to visit them. But, instead of open their mind to received them they cease them away by their attitude because lack of understanding.

Of course is not easy to prove something that cannot be seen. But, I got a lot of proved such as videos recording and pictures which documented life from the other side. So far at least I have analyze more then 150 pictures not including videos and audios recording.

At the moment, I still continue my research and share knowledge or my work with others. I also interested in photographer for nature.

Kind of regards,
Augustine Towonsing
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

Tuesday, December 27, 2005

Sejarah Lepas Sebagai Panduan Hidup Pada Masa Hadapan.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI, 27 DISEMBER, 2005
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sedar tak sedar kita sudah hampir ke penghujung tahun 2005 dan hampir memasuki zon tahun baru 2006. Kadang kala kita tidak pernah terfikir untuk melihat sejarah hidup kita. Seperti sebuah perjalanan menaiki kenderaan, sebagai penumpang kita memang jarang sekali memandang ke belakang tetapi sebagai pemandu kadang kala atau kerap kali kita memandang ke belakang.Dalam hidup kita, perlu juga kita memandang ke belakang untuk melihat laluan yang pernah kita lalui dalam kehidupan yang mungkin penting sebagai panduan untuk menghadapi kehidupan masa depan.

Hari ini saya ke sekolah menghantar video yang diproses kepada HM bersama dengan anak-anak. Sepanjang perjalanan saya sempat mengambil beberapa keping gambar untuk diabadikan sebagai kenangan kerana persekitaran kita yang sangat aktif dari segi pembangunan fizikal seperti yang kelihatan di depan PERWAJA di mana jalan sedang dibaiki dan dinaikkan taraf di samping kebijaksanaan masyarakat sekitar memanfaatkan kesibukan pengguna jalan untuk menghadapi hari depan dengan menjalankan jualan ringan di tepi jalan.Sungguhpun demikian, masih jelas kelihatan beberapa kecantikan semula jadi yang hebat dengan pengekalan sebahagian daripada rimbunan pokok yang besar di tepi jalan seperti yang kelihatan di depan lampu isyarat di Bedong.Sepanjang lebih 10 tahun menggunakan jalan ini, perubahan semakin ketara kelihatan berlaku di pekan kecil Sg. Lalang yang kini kelihatan jauh berbeza berbanding dengan keadaan 10 tahun yang lalu tetapi sayang tidak ada kenangan yang dapat dikongsikan kecuali ingatan yang kabur.Ketika melalui kawasan ini, hanyalah sebuah kawasan belukar dengan jalan yang sempit tetapi 10 tahun kebelakangan ini persekitaran fizikal yang menjadi ruang persinggahan kita semakin pantas membangun dan tidak lama lagi Taman Legenda Heights akan memulakan nafas baru.Kita sudah melihat masa depan dengan melihat kejadian-kejadian yang sedang berlaku di sekitar kita tetapi dalam dunia paranormal sesuatu perkara sukar kita ramal kerana halangan diri kita sendiri yang tidak mampu berinteraksi dengan jiwa kita sendiri kerana pelbagai masalah.

Apabila saya memandang kembali 7 bulan yang saya lalui sebagai penyelidik dalam dunia paranormal banyak perkara yang pahit dan manis telah dilalui. Kegagalan dan kesukaran telah banyak dihadapi tetapi semua ini adalah guru yang paling hebat yang dapat mendewasa dan mematangkan fikiran kita terhadap dunia yang tidak kelihatan. Lanjutan daripada kedewasaan dalam kajian paranormal saya telah memadam beberapa keping gambar yang telah saya pos di dalam laman web kerana saya mendapati bahawa orb berkenaan bukanlah orb yang dijana oleh tenaga daripada roh/hantu tetapi sekadar orb daripada lembapan udara atau titisan air.

Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru 2006.

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club

27 hb. Disember, 2005.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
  1. Faedah anda menjadi ahli:
    Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.**

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.
**Anda akan menjadi salah seorang daripada web team - di mana anda boleh membuat analisis sendiri dan juga upload tetapi mengikut format yang telah ditetapkan oleh administrator utama.

Saturday, December 24, 2005

Orb: Orb Supernatural Vs Orb Environmental.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

NEWS LETTER: SUNGAI PETANI, 24 DISEMBER, 2005
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selepas beberapa waktu mencari pengetahuan baru dan juga pengalaman dalam menganalisis gambar paranormal terutama sekali gambar orb akhirnya saya boleh membezakan dengan orb supernatural dengan orb yang dijana oleh persekitaran. Saya mengakui bahawa pada peringkat awal penyelidikan, saya mengakui bahawa terdapat orb persekitaran yang saya anggap sebagai orb supernatural.

Walau bagaimanapun, selepas mengikuti artikel dan juga membaca news letter daripada IGHS saya telah memperolehi pengetahuan baru yang sangat luar biasa. Daripada pengetahuan yang dikumpul dan dipelajari daripada pakar terkemuka seperti Dr. Dave pada hari ini saya berjaya membongkar 2 misteri berkaitan dengan orb. Selepas saya membaca artikel dan news letter mengenai penerangan panjang lebar berkaitan dengan orb saya berjaya mengenalpasti dan juga membezakan orb persekitaran dengan orb supernatural.

Di bawah ini merupakan orb yang berjaya saya kenalpasti dan disahkan oleh Dr, Dave sebagai orb persekitaran akibat daripada lembapan atau berkaitan dengan habuk. Tetapi, gambar yang dirakam adalah semasa hujan renyai-renyai maka saya percaya ia adalah orb lembapan atau titisan air. Gambar-gambar di bawah merupakan orb yang disebabkan lembapan.

Sebagai contras, saya perturunkan di sini apa yang Dr. Dave nyatakan mengenai gambar yang saya hantar kepada beliau sebagai pengesahan. Berikut adalah isi kandungan e-mel yang saya terima daripada Dr. Dave berkaitan dengan persoalan mengenai gambar di atas yang saya hantar pada hari ini dan telah dibalas oleh beliau pada hari ini juga.

At 07:38 AM 12/23/2005, you wrote:
>Its look like the issue about orbs seems to be not ending...
>especially the shapes produce by the energy of the spirit. Here, I
>attach 2 pictures with an orb. But, I believe that these pictures
>does not record an orb produce by the spirit but most probably its
>just moisture. However, I would like to have your opinion about
>this matter even though I have read details about orb dust from your
>site and newsletter but I 'm not sure about orb produce by moisture.
>I supposed these could be an example of orb moisture.

Hi Augustine,
Yes, these two orb photos you sent to me are environmental and not
supernatural. Ghost orbs are dense and look like ecto balls, filled
with ectoplasm. Orbs likes the ones in the photo are transparent and
are either moisture or dust related. Ghost orbs will have a dimension
to them, texture and solid looking without any rings around them.
--Dave

Rujukan: Dr. Dave Oester, 2005. "Doubt About Orb". Personal Communication through E-mel, 24th. Dec., 2005.

Di bawah ini adalah contoh orb supernatural yang dijana oleh tenaga yang dihasilkan oleh roh yang berjaya dirakam pada 20 Disember, 2005 di Taman Jubli Park.

Orb supernatural mempunyai ciri seperti berikut iaitu memiliki dimensi, tekstur, legap, mempunyai contrail atau kabur pada bahagian tepi akibat daripada pergerakan atau legap dan kelihatan seperti bebola ecto berisi ectoplasm.

Dengan pengetahuan ini, saya meminta maaf di atas kesilapan tentang orb persekitaran yang disiarkan di dalam laman web Malaysian Ghost Research. Untuk itu, saya akan memadam mana-mana gambar orb yang dianggap sebagai orb persekitaran supaya apa yang ada adalah benar-benar yang terbaik sahaja yang boleh mendidik masyarakat kita tentang kebenaran dunia alam roh.

Happy Holidays And Merry Christmas!

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

24 Disember, 2005.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

Thursday, December 22, 2005

Superstring Theory: Saintis Mengenalpasti 10 Dimensi Lain Selain Daripada Alam Fizikal.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

NEWS LETTER: SUNGAI PETANI, 22 DISEMBER, 2005
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kesibukan hampir menjelang tiba dan hari ini sejak 8.00 hingga 12.30 tengah hari saya terlibat dengan pendaftaran pelajar tingkatan satu. Bermacam-macam ragam.

Saya fikir saya tidak akan menjalankan penyelidikan paranormal sehingga hujung bulan ini kerana penyelidikan yang saya jalankan bergantung kepada kalendar lunar. Walau bagaimanapun, saya bukan sahaja minat dalam bidang penyelidikan paranormal tetapi juga minat dalam bidang natural photo. Untuk bidang ini saya telah memulakan sudut baru untuk berkongsi dengan para pengunjung yang minat dalam bidang ini atau sebagai pilihan lain untuk berkunjung sementara waktu tiada hasil penyelidikan terkini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjadi ahli pengkaji paranormal kepada 3 orang ahli baru di dalam MGRS. Jika anda ingin menjalankan kajian sila ikuti prosedur kajian yang telah ditetapkan oleh IGHS.

Dalam isu kali ini saya akan berbincang tentang isu dimensional shift atau dimensional transition yang kebetulan hangat di dalam IGHS news letter. Istilah dimensional shift merujuk kepada fenomena perlapisan imej di dalam frame gambar yang memperlihatkan imej lain. Fenomena ini menjadi satu isu kepada kebanyakan pengunjung yang beranggapan bahawa gambar yang memperlihatkan fenomena ini disebabkan oleh setting kamera tanpa melihat secara dekat imej yang berlapis. Dalam isu ini saya akan membicarakan sebagai contoh terdekat di dalam hasil penyelidikan yang saya lalui yang pernah saya analisis di dalam hasil penyelidikan – apa yang saya anggap sebagai ‘gambar rosak’ sebelum ini dan sebagai gambaran dekat saya letakkan gambar berkenaan di bawah.Untuk membincangkan isu ini dengan lebih mendalam saya perturunkan pengertian mengikut Wikipedia "In quantum mechanics, a parallel universe, also sometimes called an alternate universe, or an alternate dimension, is a hypothetical universe which exists separately from our own. Some theories of physics postulate the existence of many parallel universes, possibly even an infinite number. Depending on the details of the theory, these universes may or may not interact with each other. The word ‘multiverse’ has been proposed to refer to the collection of all universes.”

Malahan Dr. Dave Oester (2005) menyebut bahawa wujud dunia selari yang lain. Berdasarkan kepada kepercayaan ini saya mendapati bahawa gambar yang saya sertakan di dalam isu kali ini memperlihatkan perkaitan dengan isu dimensional shift.

Satu bukti lain yang menyebut tentang kewujudan dunia lain ini dirujuk daripada artikel The India Daily Technology Team article on July 27, 2005 yang menyatakan bahawa saintis memperolehi maklumat bahawa terdapat banyak dimensi yang lebih tinggi dan wujud selari dengan dunia fizikal. Ruang dimensi adalah infiniti dan model disamakan dengan teori yang dikenali sebagai “superstring theory”. Mengikut Dr. Dave teori ini hanya dikaitkan dengan 10 dimensi lain sungguhpun terdapat banyak lagi dimensi lain yang lebih tinggi yang dikaitkan dengan pembentukan lubang hitam yang dikaitkan dengan laluan ke dunia selari.

Walau bagaimanapun, persoalan mengapa dimensional shift dirakam di dalam photo? Ada pengkaji yang berpendapat bahawa lubang hitam bukanlah satu-satunya laluan kepada dimensi lain yang banyak tetapi yang penting di sini adalah jiwa dan fikiran yang boleh membuka atau menutup laluan dimensi ini. Sebagai manusia saya berpendapat bahawa halangan yang paling kuat ialah jiwa kita yang terkurung di dalam tubuh fizikal kerana kita masih hidup. Dr. Dave menyebut bahawa laluan untuk melihat dimensi lain ini boleh dilihat melalui permukaan air – permukaan air menjadi pembahagi 2 dimensi iaitu daratan dan dunia laut contohnya. Jadi, jelas di sini yang mampu melihat dimensi lain ini ialah jiwa kita – kita sendiri yang berkemampuan menyelami dan berkomunikasi (Merge) dengan roh sendiri.

Mungkin anda pernah mengalami sendiri tentang dimensional overlaping. Contoh yang paling dekat ialah ketika kita berada di perantaraan dunia fizikal dan dunia alam maya ketika saat hampir terlelap. Walau bagaimanapun, kejadian fenomena ini dikaitkan dengan keadaan geomagnetic fields di mana Dr. Dave (2005) menyebut bahawa membran tenaga elektromagnet bertambah atau berkurang semasa kejadian geomagnetic fields berada pada tahap maksimum atau semasa ribut suria. Cas gelombang yang menghentam permukaan bumi daripada ribut suria bertindak sebagai alat yang menyebabkan kejadian dimensional shift yang menerangkan perkaitan di antara tenaga elektromagnet spektrum dan titik kejadian pelik membran tenaga elektromagnet.

Perkara penting yang harus kita fahami mengenai fenomena dimensi transisi adalah perkaitan dengan membran tenaga elektromagnet dengan kewujudan dimensi fizikal dan alam roh. Di mana Dr. Dave menyebut bahawa interaksi membran tenaga elektromagnet di antara dimensi fizikal dan dimensi alam roh berlaku secara serentak tetapi berada pada waktu berbeza iaitu nyata – bayangan, siang – malam, panas – sejuk . Manifestasi ini mempunyai hubungan tahap kewujudan selari yang nyata. Maka berbalik kepada gambar yang saya rakam di Bukit Hijau memperlihatkan situasi di atas iaitu di alam nyata gambar yang dirakam adalah pada waktu malam tetapi kelihatan imej yang dirakam kelihatan berlaku pada waktu siang.

Apa yang menarik dalam isu ini ialah ramai di antara kita tidak memahami tentang dunia roh. Walhal kita yang masih hidup juga tergolong di dalam roh kerana memiliki roh. Saya berpendapat bahawa bukti nyata bahawa kita gagal memahami dunia paranormal atau dunia alam roh kerana kita gagal memahami roh kita sendiri apa yang dikenali sebagai inner soul. Secara logik dengan mudah kita boleh asingkan diri kita iaitu otak kita adalah alam fizikal yang hanya mampu menerima apa yang nyata. Tetapi, kita sering mengabaikan perasaan kita iaitu diri kita yang sebenar iaitu ”inner soul”. Malahan setiap hari di dalam diri kita timbul konflik kerana kita gagal memahami roh kita sendiri.

Di mana Dr. Dave Oester menyatakan bahawa kita mampu mengubah tujuan kita dengan mengadakan fikiran yang positif. Malahan beliau menganjurkan meditasi adalah alat menyatukan minda dan jiwa. Meditasi tidak disamakan dengan berdoa tetapi meditasi adalah satu ruang untuk menyamakan atau satu usaha untuk ‘merge’ atau menyatukan jiwa – Ini adalah apa yang sering disebut oleh sesetengah orang sebagai menyatukan minda dan jiwa. Kita cukup bertuah mengetahui bahawa ada beban dan penyesalan yang ditanggung oleh banyak orang yang telah meninggal. Kenyataan Bob Gallienne yang menyebut “Thinking about the fact that a great number of the spirits I have recorded seem to be troubled, eventually got me thinking about the fact that I would not like to be in their situation. I think most of these spirits lived troubled lives while here among the living. Many were the victims of circumstances that were beyond their control, like war or murder, so they are unfairly thrown into an afterlife of confusion and despair. But going back to the people who lived generally troubled lives I wondered if they could have avoided the eternity of ghostly wandering by taking a hard look at how they were living before it was too late.”

Saya terfikir sekarang, sepanjang lebih kurang 7 bulan menjalankan kajian paranormal dengan merakam 3 rakaman EVP saya belum menemui suara roh yang berada dalam kesukaran tetapi saya masih ingat bagaimana salah seorang peserta di dalam Seekers NTV7 dalam salah satu siri yang ditayangkan menyebut bahawa dia terdengar suara wanita yang menangis kemudian teresak-esak adalah satu contoh bahawa roh berkenaan dibebani oleh masalah yang tidak selesai.

Jadi, kita yang masih hidup mempelajari daripada mereka yang telah meninggal kembali meminta bantuan tetapi siapa yang boleh membantu mereka? Sekarang kita memahami bahawa jika kita mengkaji dunia roh sebagai hiburan saya ingat tidak sesuai kerana misteri yang berada di dimensi lain ini mempunyai kesamaan dengan dimensi fizikal dan nampaknya banyak masalah yang terpaksa dihadapi walaupun selepas mati. Untuk itu, kita cuba berusaha mempelajari sesuatu supaya selepas kita berpindah ke dimensi lain nanti kita tidak dibebani dengan bebanan masalah yang tidak selesai.

Rujukan: Dr. Dave Oester, International Ghost Hunters Society Newsletter December 18, 2005 from Deming, New Mexico.

Happy Holidays!

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

22 Disember, 2005.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

Wednesday, December 21, 2005

Tidak Semua Orb yang Dirakam Adalah Orb Yang Dijana Oleh Tenaga Daripada Roh/Hantu.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI: RAKAMAN ORB DUST, 21 DISEMBER, 2005
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa hari ini yang jelas menjadi isu utama ialah berita banjir. Fenomena La Nina merupakan suatu fenomena yang berlaku dalam tempoh tertentu dan demikian juga fenomena El – Nino. Apa yang nyata kesan fenomena ini membawa kesan buruk yang ketara.

Akibat daripada fenomena La Nina yang membawa kesan buruk sehingga menyebabkan banjir bukan sahaja mempengaruhi aktiviti ekonomi tetapi juga mempengaruhi aktiviti kajian paranormal. Malahan kajian saya yang bergantung kepada kalendar lunar dan keadaan cuaca juga terpaksa ditunda akibat daripada keadaan cuaca buruk kerana keadaan cuaca mempengaruhi jumlah tenaga elektromagnet di dalam udara yang dikaitkan dengan ribut solar dan juga sinaran cahaya bulan.

Malahan yang sering menjadi pertelagahan di kalangan pengkaji paranormal adalah orb kerana mengikut Dr. Dave orb yang dijana oleh tenaga roh atau hantu mempunyai 2 ciri penting iaitu memiliki dimensi yang nyata atau terdapat contrail di bahagian belakang. Untuk itu saya mengambil keputusan bahawa orb yang transpiran bukan orb yang dijana oleh roh sebaliknya akibat pantulan daripada habuk yang berada di hadapan kamera terutama sekali kamera digital.

Di bawah adalah satu contoh yang saya perolehi semasa mencuba kehebatan penggunaan sensitiviti kamera pada ISO 1600 yang berjaya merakam apa yang dikenali sebagai orb. Walau bagaimanapun, oleh kerana orb yang dirakam ini tidak menepati spesifikasi yang diletakkan oleh Dr. Dave maka saya tidak menganggap orb ini sebagai orb yang dijana oleh tenaga roh.Walaupun, pada permulaannya terlalu sukar bagi saya menerima hakikat bahawa orb hanya memiliki 2 spesifikasi tetapi bila saya buat beberapa perbandingan terhadap orb sebenar yang saya perolehi yang disahkan oleh Dr, Dave sebagai orb yang dijana oleh tenaga roh maka saya mempelajari sesuatu yang baru.

Dalam pada itu, saya sedang mempelajari pengetahuan yang lebih mendalam mengenai dimensional shift yang menjadi isu di kalangan pengunjung. Sedikit masa lagi saya akan hantar news letter mengenai isu ini. Apa yang saya simpulkan ialah keterbukaan minda dan jiwa penting untuk menerima ilmu yang baru.

Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Perayaan Krismas 2005.

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club

21 hb. Disember, 2005.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eye Of The Photographer -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.**

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.
**Anda akan menjadi salah seorang daripada web team - di mana anda boleh membuat analisis sendiri dan juga upload tetapi mengikut format yang telah ditetapkan oleh administrator utama.

Sunday, December 18, 2005

Jauh Berjalan Luas Pandangan!

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI: JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN.
DATE: 18 DISEMBER, 2005
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ini saya mengambil kesempatan untuk meluangkan masa untuk meluaskan pandangan bersama keluarga pergi Ke Yan. Kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi kita sekeluarga pergi ke SJK(C) Sin Min (B) kemudian terus ke Yan melalui lebuh raya melalui Tol Sungai Petani (U) dan masuk ke Pekan Gurun. Tiba di Guar Cempedak kita pusing ke kiri menuju Yan dan seterusnya kembali ke Sungai Petani melalui Singkir.

Terdapat beberapa perkara yang saya dapati sepanjang perjalanan hari ini, pertama mengenai lampu isyarat. Saya terkejut apabila mendapati lampu isyarat yang dipasang di Guar Cempedak telah dipasang dengan seconds counter. Saya berpendapat bahawa penggunaan seconds counter untuk lampu isyarat adalah lebih baik kerana memberikan peluang kepada pengguna jalan bersedia untuk berhenti atau sebaliknya. Namun penggunaannya memang ada kesan ke atas sumber pendapatan kerajaan kerana pendapatan kerajaan juga datang daripada saman trafik.

Perkara kedua yang saya dapati bahawa sesetengah tempat masyarakat kita memang sangat daif, sangat ketara perbezaan taraf ekonomi. Apa yang jelas dari aspek Geografi ekonomi, memperlihatkan ekonomi luar bandar datang daripada sumber alam namun taraf ekonomi kelihatan berubah mengikut jarak luar bandar ke bandar demikian juga pola petempatan kelihatan berjajar di sepanjang jalan utama yang dapat dilihat di Pekan Merbok dan Pekan Semeling.

Gambar atas: Pekan Merbok
Gambar Atas: Pekan Semeling.
Gambar Atas: Jambatan Sg. Merbok dan Sg. Merbok - 18/12/2005.

Dalam perjalanan tadi saya sempat mengambil beberapa keping gambar untuk menjadi kenangan dan juga perkongsian dengan para pengunjung. Sepanjang perjalanan saya sudah mengenalpasti beberapa tempat untuk menjalankan kajian paranormal apabila mempunyai masa yang baik nanti.

Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Perayaan Krismas 2005.

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club

08hb. Disember, 2005.

Laman utama:
http://Penyelidikanhantu.blogspot.com/

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.**

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.
**Anda akan menjadi salah seorang daripada web team - di mana anda boleh membuat analisis sendiri dan juga upload tetapi mengikut format yang telah ditetapkan oleh administrator utama.

Orb: Pengadil adalah anda!

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

NEWS LETTER: SUNGAI PETANI
DATE: 18 DISEMBER, 2005
+++++++++++++++++++++++++++

Hari ini hujan turun sejak dari pagi sehinggalah tengah malam. Sebenarnya saya bercadang untuk menjalankan kajian pada malam ini dan telahpun bersedia dengan peralatan – digital kamera, perakam video, lampu suluh dan kompas tetapi terpaksa dibatalkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Sepatutnya pada jam 9.00 – 11.00 malam tadi bulan berada pada waning gibbous dengan permukaan bulan yang boleh dilihat ialah 96%. Walau bagaimanapun, sungguhpun bulan penuh tetapi jika cuaca tidak elok seperti mendung dan hujan geomagnetic fields akan berada pada tahap yang minima sekaligus mempengaruhi aktiviti paranormal.

Sungguhpun, sesetengah masyarakat menganggap bahawa hantu adalah bermusim tetapi dan tidak wujud sama sekali pada bulan tertentu adalah satu kenyataan yang tidak betul kerana penampakan hantu dikaitkan dengan tahap geomagnetic fields yang dikaitkan dengan gelombang cahaya bulan dan matahari. Malahan Dr. Dave dalam Newsletter, December 11, 2005 Deming, New Mexico menyebut “Ghosts are active twelve months a year; seasonal changes, temperatures, or holidays do not affect the activity levels for hauntings. The strength of geomagnetic fields and the new and full moons along with solar storms do impact the activity levels for ghosts. The stronger the geomagnetic fields the more active the ghost sightings. Our insights into the properties of geomagnetic fields result from scientific observation over a period of a decade plus.” – Dr. Dave Oester, 2005.

Walau bagaimanapun, isu yang paling hangat di kalangan pengkaji paranormal adalah perbezaan pendapat mengenai Orb di mana sesetengah pengkaji menyatakan bahawa orb memiliki wajah tetapi Dr. Dave menyatakan bahawa orb tidak pernah memiliki wajah. Walau bagaimanapun, saya sebagai pengkaji yang hanya menerima sesuatu perkara dengan bukti maka saya sentiasa mencari maklumat terperinci setiap apa yang dirakam di dalam kamera. Dalam hal ini saya mempunyai pendirian sendiri apabila menemui penemuan yang saya anggap paling hebat.

Pada pandangan saya, orb yang tidak memperlihatkan contrail atau wajah bukan anomalis. Sebagai contoh di dalam gambar di bawah. Orb yang terbentuk pada bahagian rambut saya dan juga pada bahagian abdomen adalah orb habuk.Untuk menyelesaikan perbalahan di kalangan pengkaji paranormal mengenai orb saya serahkan kepada anda sebagai pengadil kerana pada saya orb yang dihasilkan oleh energy spirit adalah orb yang memperlihatkan wajah dan atau contrail.

Happy Holidays!

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

18 Disember, 2005.

Laman utama:
http://Penyelidikanhantu.blogspot.com/

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

Friday, December 16, 2005

DVD Ghost Research Vol.2 berjaya dihasilkan!

MGRS - Malaysian Ghost Research Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

NEWS LETTER: SUNGAI PETANI
DATE: 16 DISEMBER, 2005
+++++++++++++++++++++++++++
Hari ini terlalu banyak perkara yang terpaksa diselesaikan. Tadi pagi saya pergi ke Agen Insurans Takaful Malaysia untuk menguruskan beberapa urusan kemudian ke sekolah SJK(C) Sin Min (B) dan tengah hari terus pula ke Public Bank. Sebelah petang terpaksa keluar ke EON Bank di Sungai Petani Selatan untuk mendapatkan release letter untuk kereta kemudian teruskan pula ke Central Square untuk membeli-belah bersama keluarga.

Hari ini cuaca agak baik tetapi sekali lagi saya tunda rancangan untuk membuat kajian paranormal kerana saya rasa agak letih. Walaupun letih, saya sambung pula kerja mengubahsuai laman web utama http://www.cikguaugustine.net/. Kira-kira jam 12.00 tengah malam baru selesai upload semua fail dan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk menguji semua link.

Hari ini saya selesai upload semua clip video hasil penyelidikan lebih kurang 7 bulan seminggu lebih awal daripada yang saya rancang iaitu sepatutnya diupload pada 28/12/2005. Walau bagaimanapun, of course saya tidak mampu upload keseluruhan fail video hasil penyelidikan kerana saiz yang besar. Hanya sekadar mengambil bahagian-bahagian tertentu untuk dikongsi, itupun saya menetapkan saiz video untuk pengunjung yang menggunakan sambungan broadband sahaja. Bagi yang dialup terpaksa bersabar sedikit jika hendak menonton clip video kecuali jika didownload terlebih dahulu. Jadi, jika anda ingin melihat atau menonton clip video ini jangan lupa skrol dan lihat menu ::Ghost Video:: seperti imej yang ditunjukkan di bawah.

Bercakap tentang melaksanakan penyelidikan paranormal memang banyak perkara yang perlu dibuat, bukan sekadar wang dan masa tetapi perlu juga persediaan minda dan rohani. Sungguhpun, saya tidak memakai apa-apa tangkal semasa menjalankan kajian tetapi saya berpegang kepada iman dan juga saya memegang konsep “Mereka yang dikaji adalah manusia yang tidak kelihatan, tidak perlu ditakuti”

Di samping video clip, saya juga telah membuat analisis terperinci mengenai hasil penyelidikan saya dalam bentuk video dan untuk pasaran Internet saya hanya mengedarkan dalam bentuk DVD di mana rakaman dibuat pada setting HQ-High Quality.

Jika ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan salinan sila order sekarang. Saya tidak mengambil banyak keuntungan sekadar cukup untuk saya menutup kos penyelidikan yang memakan kos yang sangat tinggi. Setiap unit saya Cuma caj RM15.00 termasuk kos pos yang sebenarnya jauh lebih murah berbanding dengan usaha dan kos yang digunakan di dalam penyelidikan. Tetapi, pada saya bukan kos menjadi halangan untuk melaksanakan kajian ini tetapi pengetahuan tentang dunia misteri yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Dalam DVD Ghost Research Volume 2 saya memuatkan 6 penyelidikan yang melibatkan analisis terperinci bersama video dan juga gambar. Saya terpaksa mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk design rekabentuk kulit luaran DVD dan hasilnya adalah seperti di bawah. Sepanjang saya menjalankan kajian paranormal, saya telah berjaya merakam 3 kes suara roh yang dikenali EVP, walau bagaimanapun, 2 daripada EVP saya tidak dapat mengecam butiran pertuturannya kecuali salah satu EVP yang menjawap soalan saya semasa berada di kawasan perkuburan.
Happy Holidays!

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Assosiated IGHS Club.

15 Disember, 2005.

Laman utama:
http://Penyelidikanhantu.blogspot.com/

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.

Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

Thursday, December 15, 2005

Persoalan Mengenai Terminology Orb.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

NEWS LETTER: SUNGAI PETANI
DATE: 11 DISEMBER, 2005
+++++++++++++++++++++++++++

Hari ini sebenarnya saya bercadang untuk menjalankan kajian paranormal tetapi keadaan cuaca yang buruk menyebabkan perancangan dibatalkan dan kebetulan pula pada malam tadi ada EGM di Sungai Petani Club.

Setiba di rumah kerana mengikut perancangan awal pada malam ini saya perlu upload hasil penyelidikan yang dibuat di SMK Gurun dan saya hanya dapat upload draf pada jam 11.27 malam tetapi selesai upload semua gambar dan pos untuk dikongsi hanya pada jam 12.10 tengah malam.

Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjadi ahli MGRS kepada 2 orang ahli baru iaitu Along_World88 dan Son_Nella. Terima kasih kerana sudi menyertai komuniti ini.

Tadi pagi saya sempat membaca news letter dari IGHS yang saya simpulkan terlalu sukar menjadi seorang penyelidik paranormal. Malahan mengikut Dr. Dave 99% gambar yang boleh dilihat di dalam Internet merupakan orb yang dihasilkan oleh habuk, lembapan dan juga serangga.

Saya bersetuju dengan kenyataan beliau yang menyebut orb bukan hantu atau roh. Memang benar orb hanyalah keterangan tentang kata sifat yang menerangkan kata nama. Jika dilihat di dalam mana-mana kamus pun menyebut orb sebagai sesuatu benda yang kelihatan bulat dan tidak menyebut tentang orb itu hantu tetapi apa yang nyata jika kita perhatikan di dalam kebanyakkan laman web penyelidikan hantu memperlihatkan orb ialah hantu.

Saya rasa sangat bertuah kerana berada di bawah naungan IGHS sebagai sumber rujukan kerana dapat mempelajari banyak perkara yang terlalu baru bagi saya. Walaupun, saya percaya pengetahuan saya tentang dunia paranormal akan menjadi dewasa mengikut waktu tetapi tidak pandangan dan hasil dapatan penyelidikan penyelidik lain juga adalah penting sebagai perbandingan dan pengetahuan.

Saya suka memetik kenyataan Dr. Dave tentang apa yang dimaksudkan secara terperinci tentang hantu yang dilihat dalam bentuk bulatan cahaya atau orb.

”If an orb does not have a lengthy contrail, it is probably just an ordinary airborne dust particle. A ghost orb has texture and dimensionality; it is not flat or solid white, transparent, or distorted. The contrail is formed when the spirit anomaly passes in front of the camera lens moving faster than the shutter speed of the camera. The faster moving anomaly leaves a blurry and sometimes transparent contrail behind it.”

-- Dr. Dave Oester, 2005.

Seperkara yang menarik perhatian saya tentang kenyataan Dr. Dave mengenai wajah yang wujud di dalam orb. Menurut beliau, wajah tidak wujud di dalam orb tetapi wajah berkenaan wujud di dalam fikiran – beliau menyebut bahawa “Faces result because as humans we feel more comfortable seeing some kind of human aspect to the orb, attributing a human quality to something we cannot explain.”

Walau bagaimanapun, saya sangat tertarik dan sangat bersetuju apabila beliau menyebut bahawa “ Television is also guilty of presenting false images as to what are ghosts and what are not. Network television wants to entertain, and not to educate the public. Even some of the Educational channels fall short in presenting accurate information about ghosts. The best line of defense is that most of everything you see on television and hear on the radio is manipulated information.”

Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr. Dave tentang orb terutama mengenai wajah yang wujud di dalam orb. Nampaknya, di dalam perkara ini saya mempunyai pendirian sendiri kerana saya telah menjalankan penyelidikan secara solo dan merakamkan gambar dengan kamera dan juga video. Malahan di dalam rakaman video terkini memperlihatkan orb yang dirakam di dalam kamera memperlihatkan orb berwarna kuning dan saya dapat perhatikan di dalam orb berkenaan terdapat wajah menyerupai haiwan seperti anjing. Malahan saya pernah membuat analisis gambar yang saya anggap orb paling hebat yang pernah saya lihat apabila di dalam gambar orb berkenaan terdapat wajah misteri di dalam analisis gambar Orb Paling Terkenal Di Kelas 2D/3D SMK Gurun, Kedah.

Saya percaya, para pengunjung juga ingin mengetahui apakah jawapan di sebalik misteri ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang persoalan ini saya akan menghubungi Dr. Dave untuk mendapatkan pandangan beliau tentang persoalan ini. Oleh yang demikian, jangan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan persoalan ini.

Happy Holidays!

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research -- Assosiated IGHS Club
15 Disember, 2005.

Laman utama:
http://Penyelidikanhantu.blogspot.com/

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.

Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

Sunday, December 11, 2005

Third Eyes To See The Others!

NEWS LETTER DATED: 11 DISEMBER, 2005

MGRS - Malaysian Ghost Research Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

NEWS LETTER: SUNGAI PETANI
++++++++++++++++++++++++++++

Hari ini saya menerima e-mel daripada seorang kenalan dari Johor memberikan pandangan tentang beberapa artikel yang telah diposkan di dalam laman utama. Saya sangat gembira dengan pandangan beliau cukup bernas malahan sebenarnya bukan sekadar bernas tetapi memang tepat.

Apa yang saya ingin katakan di sini sesetengah pengunjung tidak tahu memberi ulasan secara profesional atau sekadar memberi pandangan mengikut perasaan dan bukannya mengikut pertimbangan dan fakta yang boleh diterima atau berasas.

Selepas terlibat dalam dunia paranormal dekat 7 bulan dengan kekurangan banyak peralatan, saya terpaksa menggunakan apa yang ada sebagai alat walaupun saya bercadang untuk menambah peralatan pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, dalam kekurangan ini memberi ruang kepada saya menggunakan peralatan sedia ada ke tahap maksimum. Saya terfikir, kenapa tidak menggunakan mata tambahan ketiga. Sebenarnya dalam mengesan objek anomalis bukan terlalu sukar. Apabila saya membuat analisis video yang dirakam di kawasan kajian saya mendapati bahawa terdapat banyak orb yang tidak kelihatan dengan mata kasar. Sebenarnya video boleh dijadikan mata tambahan untuk mendapatkan hasil yang lebih efektif yang akan saya cuba dalam kajian akan datang.

Memang benar, jika anda takut lebih baik duduk saja di rumah. Mengkaji alam paranormal adalah sesuatu yang memerlukan fokus dan fikiran yang terbuka. Malahan peralatan juga adalah mahal kerana perlu diimport dari negara barat. Dalam kajian saya, sebenarnya saya tak suka menggunakan istilah hantu kerana sebenarnya hantu tidak wujud tetapi roh atau spirit memang wujud malahan spirit atau roh ini membawa bersama emosi sebab itu kita mendengar istilah ‘angry spirit’, ‘sad spirit’ dan sebagainya.

Saya percaya bahawa masih banyak para pengunjung yang tidak tahu tentang kewujudan hasil penyelidikan saya yang lepas. Jadi untuk membantu para pengunjung untuk melihat hasil penyelidikan lepas diharap maklumat tambahan ini boleh membantu. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa saya telah poskan sebanyak 60 artikel analisis hasil penyelidikan yang telah saya jalankan sepanjang lebih kurang 7 bulan.

Semasa anda skrol ke bawah sebenarnya di sebelah kanan terdapat menu shortcut kepada penyelidikan sebelum iaitu ::Previous Research::. Dan untuk kajian bulan-bulan sebelum maka anda mestilah klik link bulan berkenaan di bawah menu ::Ghost Library::.
Perhatikan menu yang telah ditandakan dengan warna merah seperti di dalam imej yang telah ditandakan dengan warna merah di bawah.Happy Holidays!

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.

11 Disember, 2005.

Laman utama:
http://Penyelidikanhantu.blogspot.com/

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.

Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

Thursday, December 08, 2005

Kehidupan Yang Penuh Misteri!

NEWS LETTER DATED: 08 DISEMBER, 2005

MGRS - Malaysian Ghost Research Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI: KEHIDUPAN YANG PENUH MISTERI.

Kesibukan dalam beberapa hari ini terpaksa membuatkan saya kerap tidur lewat. Tidur jam 3.00 pagi sudah menjadi lumrah. Nampaknya, tahun ini cuaca kering yang sering dialami pada penghujung tahun agak berbeza pada tahun ini – mungkin tahun ini merupakan permulaan fenomena La-Nina. Sekarang ini, cuaca di luar agak redup dan awan kelihatan pekat.

Kelmarin saya terkejut USM menghantar surat kepada saya kerana seingat saya, sebenarnya saya telah tamat pengajian. Setelah dibuka sampul surat rupanya PJJ USM telah menghantar sijil Dekan kepada saya hasil daripada pencapaian dalam pengajian akhir di USM. Kesibukan yang tidak pernah putus memaksa saya kerap tidur lewat malahan proposal untuk pengajian peringkat sarjana masih terbengkalai. Pencapaian ini seharusnya saya tujukan kepada Tuhan yang menjadi sumber ilmu pengetahuan dan juga kepada isteri dan anak-anak serta rakan-rakan sejawatan di sekolah. Terima kasih banyak.

Cuaca yang tidak menentu ini menyebabkan perancangan untuk menjalankan kajian asyik tertangguh kerana mengikut pengalaman saya pernah keluar menjalankan kajian semasa cuaca redup memperlihatkan aktiviti paranormal hampir-hampir tak berlangsung. Rakaman video yang dijalankan selama 30 minit hanya merakam aktiviti paranormal dengan selang 5 minit dengan purata aktiviti lebih kurang 4 minit. Daripada pengalaman ini saya mendapati bahawa cuaca adalah signifikan terhadap aktiviti paranormal.

Seperkara yang saya dapati bahawa hidup kita sebagai manusia biasa adalah satu misteri yang kita tak mampu jangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, dalam perkara tertentu apa yang akan berlaku pada masa akan datang dapat dilihat melalui mimpi. Malahan kadangkala melalui mimpi kita bertemu dengan orang-orang yang kita sayangi yang telah berpindah ke dimensi lain.

Baru-baru ini seorang kawan bertanya kepada saya tidak takutkah hantu? Nanti akan ikut pulang atau akan merasuk. Saya terfikir, saya telah keluar masuk kawasan perkuburan secara solo dan mempunyai pengalaman berada di antara supercharge orb kadang kala diusik. Tetapi, dengan fikiran yang terbuka dan positif dengan satu kepercayaan roh adalah manusia cuma tanpa tubuh. Mereka masih ada kualiti manusia biasa iaitu emosi jadi jika kita boleh bertindak berdasarkan set tingkah laku yang seharusnya sebagaimana kita berhadapan dengan orang maka hantu tidak perlu ditakuti. Saya berpendapat bahawa yang harus ditakuti ialah ALLAH.

Bukan saya tak takut semasa menjalankan kajian. Sememangnya saya takut tapi bukan pada hantu, apa yang paling saya takut ialah iblis yang sering saya lihat wujud di kalangan kita iaitu manusia yang mempunyai sifat dan tingkah laku yang buruk yang boleh memusnahkan hidup orang lain. Jadi seharusnya adalah tepat kalau kita takut pada manusia yang berperangai jahat berbanding dengan roh atau hantu.

Tidak dilupakan juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjadi keluarga MRGS kepada seorang ahli baru yang baru mendaftar menjadi ahli penyelidik paranormal.

Happy Holidays!

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.

08hb. Disember, 2005.

Laman utama:
http://Penyelidikanhantu.blogspot.com/

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.

Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:

  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.**

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.
**Anda akan menjadi salah seorang daripada web team - di mana anda boleh membuat analisis sendiri dan juga upload tetapi mengikut format yang telah ditetapkan oleh administrator utama.

Wednesday, December 07, 2005

Research Background.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

RESEARCH BACKGROUND.

Malaysian Ghost Research (MGR) merupakan satu projek penyelidikan paranormal secara saintifik semata-mata bergantung penuh kepada peralatan moden seperti Kamera, Video Kamera, Kompas, Perakam audio, termol scanner dan peralatan berkaitan. Usaha ini adalah bertujuan untuk berkongsi atau juga sebagai usaha mengurangkan persepsi negatif dan juga membantu individu yang merasa tertekan akibat daripada aktiviti paranormal yang dialami.

Penyelidikan ini telah bermula pada bulan Julai, 2005. Saya sebagai pengasas penyelidikan ini secara terbuka mengaku bahawa penyelidikan ini berdasarkan kepada standard dan protokol yang ditetapkan oleh IGHS. Penyelidikan ini tidak menyokong atau menggunakan apa-apa cara sekalipun yang dikaitkan dengan pemujaan atau penggunaan ritual untuk tujuan menghubungi roh atau hantu.

Setiap penyelidikan yang dilaksanakan hanya berdasarkan kepada perancangan berasaskan kalendar lunar dan juga event tertentu yang berbakalkan kepada FIKIRAN TERBUKA DAN POSITIF dengan satu kepercayaan bahawa roh yang dikaji adalah roh yang mempunyai emosi seperti manusia biasa dan bertindak seperti manusia. Oleh yang demikian, standard dan protokol yang ditetapkan merupakan langkah dan set peraturan yang menjadi pedoman dalam setiap penyelidikan.

Malaysian Ghost Research Society (MGRS) pula merupakan satu usaha membentuk satu rangkaian pengkaji paranormal yang menjalankan penyelidikan secara saintifik di mana peringkat masa ini komuniti ini hanya dalam bentuk virtual.

Malaysian Ghost Research Journal (MGRJ) merupakan journal dan berita penyelidikan yang berkaitan dengan MGR. Aktiviti tertentu atau apa-apa berita yang berkaitan dengan penyelidikan akan dihantar di dalam journal penyelidikan.

Sebagai penyelidik berasaskan sains secara peribadi saya tidak menyokong penggunaan tangkal, ritual dan apa-apa yang saya anggap sensitif yang tidak mengikut etika dalam kajian paranormal yang mungkin mengganggu atau tidak menyenangkan bagi pihak yang dikaji.

Secara rasmi laman ini merupakan laman penyelidikan paranormal yang menjadi sebahagian rangkaian penyelidikan bertaraf antarabangsa yang diketuai oleh Dr. Dave Oester pengasas rangkaian International Ghost Hunters Society (IGHS).

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan isteri dan juga rakan-rakan yang menjadi pendorong dalam penyelidikan ini. Saya juga mengambil memberikan penghargaan kepada Dr. Dave dan Dr. Sharon sebagai pihak yang bertanggungjawab memberi asas kepada penubuhan penyelidikan MGR.
Penyelidikan ini telah disenaraikan sebagai International Ghost Hunting Clubs sebagai Associated IGHS Club di http://www.ghostweb.com/club.html

Happy Holidays!

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.

07 Disember, 2005.