Sunday, December 18, 2005

Jauh Berjalan Luas Pandangan!


MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


SUNGAI PETANI: JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN.
DATE: 18 DISEMBER, 2005
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ini saya mengambil kesempatan untuk meluangkan masa untuk meluaskan pandangan bersama keluarga pergi Ke Yan. Kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi kita sekeluarga pergi ke SJK(C) Sin Min (B) kemudian terus ke Yan melalui lebuh raya melalui Tol Sungai Petani (U) dan masuk ke Pekan Gurun. Tiba di Guar Cempedak kita pusing ke kiri menuju Yan dan seterusnya kembali ke Sungai Petani melalui Singkir.

Terdapat beberapa perkara yang saya dapati sepanjang perjalanan hari ini, pertama mengenai lampu isyarat. Saya terkejut apabila mendapati lampu isyarat yang dipasang di Guar Cempedak telah dipasang dengan seconds counter. Saya berpendapat bahawa penggunaan seconds counter untuk lampu isyarat adalah lebih baik kerana memberikan peluang kepada pengguna jalan bersedia untuk berhenti atau sebaliknya. Namun penggunaannya memang ada kesan ke atas sumber pendapatan kerajaan kerana pendapatan kerajaan juga datang daripada saman trafik.

Perkara kedua yang saya dapati bahawa sesetengah tempat masyarakat kita memang sangat daif, sangat ketara perbezaan taraf ekonomi. Apa yang jelas dari aspek Geografi ekonomi, memperlihatkan ekonomi luar bandar datang daripada sumber alam namun taraf ekonomi kelihatan berubah mengikut jarak luar bandar ke bandar demikian juga pola petempatan kelihatan berjajar di sepanjang jalan utama yang dapat dilihat di Pekan Merbok dan Pekan Semeling.

Gambar atas: Pekan Merbok
Gambar Atas: Pekan Semeling.
Gambar Atas: Jambatan Sg. Merbok dan Sg. Merbok - 18/12/2005.

Dalam perjalanan tadi saya sempat mengambil beberapa keping gambar untuk menjadi kenangan dan juga perkongsian dengan para pengunjung. Sepanjang perjalanan saya sudah mengenalpasti beberapa tempat untuk menjalankan kajian paranormal apabila mempunyai masa yang baik nanti.

Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Perayaan Krismas 2005.


Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club

08hb. Disember, 2005.

Laman utama:
http://Penyelidikanhantu.blogspot.com/


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.**

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.
**Anda akan menjadi salah seorang daripada web team - di mana anda boleh membuat analisis sendiri dan juga upload tetapi mengikut format yang telah ditetapkan oleh administrator utama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home