Wednesday, December 07, 2005

Research Background.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



RESEARCH BACKGROUND.

Malaysian Ghost Research (MGR) merupakan satu projek penyelidikan paranormal secara saintifik semata-mata bergantung penuh kepada peralatan moden seperti Kamera, Video Kamera, Kompas, Perakam audio, termol scanner dan peralatan berkaitan. Usaha ini adalah bertujuan untuk berkongsi atau juga sebagai usaha mengurangkan persepsi negatif dan juga membantu individu yang merasa tertekan akibat daripada aktiviti paranormal yang dialami.

Penyelidikan ini telah bermula pada bulan Julai, 2005. Saya sebagai pengasas penyelidikan ini secara terbuka mengaku bahawa penyelidikan ini berdasarkan kepada standard dan protokol yang ditetapkan oleh IGHS. Penyelidikan ini tidak menyokong atau menggunakan apa-apa cara sekalipun yang dikaitkan dengan pemujaan atau penggunaan ritual untuk tujuan menghubungi roh atau hantu.

Setiap penyelidikan yang dilaksanakan hanya berdasarkan kepada perancangan berasaskan kalendar lunar dan juga event tertentu yang berbakalkan kepada FIKIRAN TERBUKA DAN POSITIF dengan satu kepercayaan bahawa roh yang dikaji adalah roh yang mempunyai emosi seperti manusia biasa dan bertindak seperti manusia. Oleh yang demikian, standard dan protokol yang ditetapkan merupakan langkah dan set peraturan yang menjadi pedoman dalam setiap penyelidikan.

Malaysian Ghost Research Society (MGRS) pula merupakan satu usaha membentuk satu rangkaian pengkaji paranormal yang menjalankan penyelidikan secara saintifik di mana peringkat masa ini komuniti ini hanya dalam bentuk virtual.

Malaysian Ghost Research Journal (MGRJ) merupakan journal dan berita penyelidikan yang berkaitan dengan MGR. Aktiviti tertentu atau apa-apa berita yang berkaitan dengan penyelidikan akan dihantar di dalam journal penyelidikan.

Sebagai penyelidik berasaskan sains secara peribadi saya tidak menyokong penggunaan tangkal, ritual dan apa-apa yang saya anggap sensitif yang tidak mengikut etika dalam kajian paranormal yang mungkin mengganggu atau tidak menyenangkan bagi pihak yang dikaji.

Secara rasmi laman ini merupakan laman penyelidikan paranormal yang menjadi sebahagian rangkaian penyelidikan bertaraf antarabangsa yang diketuai oleh Dr. Dave Oester pengasas rangkaian International Ghost Hunters Society (IGHS).

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan isteri dan juga rakan-rakan yang menjadi pendorong dalam penyelidikan ini. Saya juga mengambil memberikan penghargaan kepada Dr. Dave dan Dr. Sharon sebagai pihak yang bertanggungjawab memberi asas kepada penubuhan penyelidikan MGR.
Penyelidikan ini telah disenaraikan sebagai International Ghost Hunting Clubs sebagai Associated IGHS Club di http://www.ghostweb.com/club.html

Happy Holidays!

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.

07 Disember, 2005.

Laman utama:
http://Penyelidikanhantu.blogspot.com/


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.

Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home