Sejarah Lepas Sebagai Panduan Hidup Pada Masa Hadapan.
MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SUNGAI PETANI, 27 DISEMBER, 2005
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sedar tak sedar kita sudah hampir ke penghujung tahun 2005 dan hampir memasuki zon tahun baru 2006. Kadang kala kita tidak pernah terfikir untuk melihat sejarah hidup kita. Seperti sebuah perjalanan menaiki kenderaan, sebagai penumpang kita memang jarang sekali memandang ke belakang tetapi sebagai pemandu kadang kala atau kerap kali kita memandang ke belakang.
Dalam hidup kita, perlu juga kita memandang ke belakang untuk melihat laluan yang pernah kita lalui dalam kehidupan yang mungkin penting sebagai panduan untuk menghadapi kehidupan masa depan.
Hari ini saya ke sekolah menghantar video yang diproses kepada HM bersama dengan anak-anak. Sepanjang perjalanan saya sempat mengambil beberapa keping gambar untuk diabadikan sebagai kenangan kerana persekitaran kita yang sangat aktif dari segi pembangunan fizikal seperti yang kelihatan di depan PERWAJA di mana jalan sedang dibaiki dan dinaikkan taraf di samping kebijaksanaan masyarakat sekitar memanfaatkan kesibukan pengguna jalan untuk menghadapi hari depan dengan menjalankan jualan ringan di tepi jalan.
Sungguhpun demikian, masih jelas kelihatan beberapa kecantikan semula jadi yang hebat dengan pengekalan sebahagian daripada rimbunan pokok yang besar di tepi jalan seperti yang kelihatan di depan lampu isyarat di Bedong.
Sepanjang lebih 10 tahun menggunakan jalan ini, perubahan semakin ketara kelihatan berlaku di pekan kecil Sg. Lalang yang kini kelihatan jauh berbeza berbanding dengan keadaan 10 tahun yang lalu tetapi sayang tidak ada kenangan yang dapat dikongsikan kecuali ingatan yang kabur.
Ketika melalui kawasan ini, hanyalah sebuah kawasan belukar dengan jalan yang sempit tetapi 10 tahun kebelakangan ini persekitaran fizikal yang menjadi ruang persinggahan kita semakin pantas membangun dan tidak lama lagi Taman Legenda Heights akan memulakan nafas baru.
Kita sudah melihat masa depan dengan melihat kejadian-kejadian yang sedang berlaku di sekitar kita tetapi dalam dunia paranormal sesuatu perkara sukar kita ramal kerana halangan diri kita sendiri yang tidak mampu berinteraksi dengan jiwa kita sendiri kerana pelbagai masalah.
Apabila saya memandang kembali 7 bulan yang saya lalui sebagai penyelidik dalam dunia paranormal banyak perkara yang pahit dan manis telah dilalui. Kegagalan dan kesukaran telah banyak dihadapi tetapi semua ini adalah guru yang paling hebat yang dapat mendewasa dan mematangkan fikiran kita terhadap dunia yang tidak kelihatan. Lanjutan daripada kedewasaan dalam kajian paranormal saya telah memadam beberapa keping gambar yang telah saya pos di dalam laman web kerana saya mendapati bahawa orb berkenaan bukanlah orb yang dijana oleh tenaga daripada roh/hantu tetapi sekadar orb daripada lembapan udara atau titisan air.
Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru 2006.
Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club
27 hb. Disember, 2005.
++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?
Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
SUNGAI PETANI, 27 DISEMBER, 2005
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sedar tak sedar kita sudah hampir ke penghujung tahun 2005 dan hampir memasuki zon tahun baru 2006. Kadang kala kita tidak pernah terfikir untuk melihat sejarah hidup kita. Seperti sebuah perjalanan menaiki kenderaan, sebagai penumpang kita memang jarang sekali memandang ke belakang tetapi sebagai pemandu kadang kala atau kerap kali kita memandang ke belakang.
Dalam hidup kita, perlu juga kita memandang ke belakang untuk melihat laluan yang pernah kita lalui dalam kehidupan yang mungkin penting sebagai panduan untuk menghadapi kehidupan masa depan. Hari ini saya ke sekolah menghantar video yang diproses kepada HM bersama dengan anak-anak. Sepanjang perjalanan saya sempat mengambil beberapa keping gambar untuk diabadikan sebagai kenangan kerana persekitaran kita yang sangat aktif dari segi pembangunan fizikal seperti yang kelihatan di depan PERWAJA di mana jalan sedang dibaiki dan dinaikkan taraf di samping kebijaksanaan masyarakat sekitar memanfaatkan kesibukan pengguna jalan untuk menghadapi hari depan dengan menjalankan jualan ringan di tepi jalan.

Sungguhpun demikian, masih jelas kelihatan beberapa kecantikan semula jadi yang hebat dengan pengekalan sebahagian daripada rimbunan pokok yang besar di tepi jalan seperti yang kelihatan di depan lampu isyarat di Bedong.
Sepanjang lebih 10 tahun menggunakan jalan ini, perubahan semakin ketara kelihatan berlaku di pekan kecil Sg. Lalang yang kini kelihatan jauh berbeza berbanding dengan keadaan 10 tahun yang lalu tetapi sayang tidak ada kenangan yang dapat dikongsikan kecuali ingatan yang kabur.
Ketika melalui kawasan ini, hanyalah sebuah kawasan belukar dengan jalan yang sempit tetapi 10 tahun kebelakangan ini persekitaran fizikal yang menjadi ruang persinggahan kita semakin pantas membangun dan tidak lama lagi Taman Legenda Heights akan memulakan nafas baru.
Kita sudah melihat masa depan dengan melihat kejadian-kejadian yang sedang berlaku di sekitar kita tetapi dalam dunia paranormal sesuatu perkara sukar kita ramal kerana halangan diri kita sendiri yang tidak mampu berinteraksi dengan jiwa kita sendiri kerana pelbagai masalah.Apabila saya memandang kembali 7 bulan yang saya lalui sebagai penyelidik dalam dunia paranormal banyak perkara yang pahit dan manis telah dilalui. Kegagalan dan kesukaran telah banyak dihadapi tetapi semua ini adalah guru yang paling hebat yang dapat mendewasa dan mematangkan fikiran kita terhadap dunia yang tidak kelihatan. Lanjutan daripada kedewasaan dalam kajian paranormal saya telah memadam beberapa keping gambar yang telah saya pos di dalam laman web kerana saya mendapati bahawa orb berkenaan bukanlah orb yang dijana oleh tenaga daripada roh/hantu tetapi sekadar orb daripada lembapan udara atau titisan air.
Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru 2006.
Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club
27 hb. Disember, 2005.
++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?
Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
- Faedah anda menjadi ahli:
Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.** - Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home