Thursday, December 15, 2005

Persoalan Mengenai Terminology Orb.


MGRS - Malaysian Ghost Research Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

NEWS LETTER: SUNGAI PETANI
DATE: 11 DISEMBER, 2005
+++++++++++++++++++++++++++

Hari ini sebenarnya saya bercadang untuk menjalankan kajian paranormal tetapi keadaan cuaca yang buruk menyebabkan perancangan dibatalkan dan kebetulan pula pada malam tadi ada EGM di Sungai Petani Club.

Setiba di rumah kerana mengikut perancangan awal pada malam ini saya perlu upload hasil penyelidikan yang dibuat di SMK Gurun dan saya hanya dapat upload draf pada jam 11.27 malam tetapi selesai upload semua gambar dan pos untuk dikongsi hanya pada jam 12.10 tengah malam.

Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjadi ahli MGRS kepada 2 orang ahli baru iaitu Along_World88 dan Son_Nella. Terima kasih kerana sudi menyertai komuniti ini.

Tadi pagi saya sempat membaca news letter dari IGHS yang saya simpulkan terlalu sukar menjadi seorang penyelidik paranormal. Malahan mengikut Dr. Dave 99% gambar yang boleh dilihat di dalam Internet merupakan orb yang dihasilkan oleh habuk, lembapan dan juga serangga.

Saya bersetuju dengan kenyataan beliau yang menyebut orb bukan hantu atau roh. Memang benar orb hanyalah keterangan tentang kata sifat yang menerangkan kata nama. Jika dilihat di dalam mana-mana kamus pun menyebut orb sebagai sesuatu benda yang kelihatan bulat dan tidak menyebut tentang orb itu hantu tetapi apa yang nyata jika kita perhatikan di dalam kebanyakkan laman web penyelidikan hantu memperlihatkan orb ialah hantu.

Saya rasa sangat bertuah kerana berada di bawah naungan IGHS sebagai sumber rujukan kerana dapat mempelajari banyak perkara yang terlalu baru bagi saya. Walaupun, saya percaya pengetahuan saya tentang dunia paranormal akan menjadi dewasa mengikut waktu tetapi tidak pandangan dan hasil dapatan penyelidikan penyelidik lain juga adalah penting sebagai perbandingan dan pengetahuan.

Saya suka memetik kenyataan Dr. Dave tentang apa yang dimaksudkan secara terperinci tentang hantu yang dilihat dalam bentuk bulatan cahaya atau orb.

”If an orb does not have a lengthy contrail, it is probably just an ordinary airborne dust particle. A ghost orb has texture and dimensionality; it is not flat or solid white, transparent, or distorted. The contrail is formed when the spirit anomaly passes in front of the camera lens moving faster than the shutter speed of the camera. The faster moving anomaly leaves a blurry and sometimes transparent contrail behind it.”

-- Dr. Dave Oester, 2005.

Seperkara yang menarik perhatian saya tentang kenyataan Dr. Dave mengenai wajah yang wujud di dalam orb. Menurut beliau, wajah tidak wujud di dalam orb tetapi wajah berkenaan wujud di dalam fikiran – beliau menyebut bahawa “Faces result because as humans we feel more comfortable seeing some kind of human aspect to the orb, attributing a human quality to something we cannot explain.”

Walau bagaimanapun, saya sangat tertarik dan sangat bersetuju apabila beliau menyebut bahawa “ Television is also guilty of presenting false images as to what are ghosts and what are not. Network television wants to entertain, and not to educate the public. Even some of the Educational channels fall short in presenting accurate information about ghosts. The best line of defense is that most of everything you see on television and hear on the radio is manipulated information.”

Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr. Dave tentang orb terutama mengenai wajah yang wujud di dalam orb. Nampaknya, di dalam perkara ini saya mempunyai pendirian sendiri kerana saya telah menjalankan penyelidikan secara solo dan merakamkan gambar dengan kamera dan juga video. Malahan di dalam rakaman video terkini memperlihatkan orb yang dirakam di dalam kamera memperlihatkan orb berwarna kuning dan saya dapat perhatikan di dalam orb berkenaan terdapat wajah menyerupai haiwan seperti anjing. Malahan saya pernah membuat analisis gambar yang saya anggap orb paling hebat yang pernah saya lihat apabila di dalam gambar orb berkenaan terdapat wajah misteri di dalam analisis gambar Orb Paling Terkenal Di Kelas 2D/3D SMK Gurun, Kedah.

Saya percaya, para pengunjung juga ingin mengetahui apakah jawapan di sebalik misteri ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang persoalan ini saya akan menghubungi Dr. Dave untuk mendapatkan pandangan beliau tentang persoalan ini. Oleh yang demikian, jangan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan persoalan ini.

Happy Holidays!

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research -- Assosiated IGHS Club
15 Disember, 2005.

Laman utama:
http://Penyelidikanhantu.blogspot.com/


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.

Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home