Monday, May 01, 2006

JOURNAL PENYLIDIKAN ALAM MISTERI, 1HB MEI 2006, SUNGAI PETANI.


MGRS - Malaysian Ghost Research Society - Associated IGHS Club

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini memaksa saya menunda semua aktiviti penyelidikan tambahan pula kesibukan tugas yang tidak dapat dielakkan.

Baru-baru ini saya telah ditanya oleh beberapa orang kawan tentang sebuah majalah yang memberikan tip bagaimana membunuh hantu. Persoalannya, sejauh mana manusia yang memiliki tubuh fizikal mempunyai kemampuan membunuh hantu yang tidak berjasad dan hanya wujud dalam bentuk tenaga? Tubuh fizikal boleh dimusnahkan tetapi roh tidak boleh dimusnahkan. Dalam dunia mistik, tenaga atau roh dikategorikan dalam 2 kumpulan iaitu roh baik dan jahat yang sering dirujuk sebagai tenaga positif dan tenaga negatif yang sebenarnya merujuk kepada kewujudan roh dalam bentuk tenaga yang mempunyai sikap atau tindak-tanduk berbeza.

Oleh kerana roh atau hantu ini di dalam bentuk tenaga maka tenaga ini boleh diubah kepada bentuk konfigurasi lain atau pendek kata boleh dineutralkan. Tenaga negatif dan positif ini dibezakan dengan tekanan iaitu tekanan tinggi dan tekanan rendah. Secara saintifik, tekanan tinggi akan tertarik kepada titik-titik bertekanan rendah dan juga disebaliknya. Jadi, tidak hairanlah sesetengah tempat dihuni oleh roh.

Ramai yang percaya penggunaan alat tertentu boleh mengelakkan serangan hantu maka wujudlah istilah tangkal atau azimat. Semua bentuk tenaga akan kekal dalam bentuk asal sekiranya ia berada dalam tahap kestabilan. Malahan di dalam kehidupan kita, kita sendiri perlu keharmonian dan keharmonian hanya dapat dicapai dengan satu kaedah iaitu integrasi semulajadi melalui konsep BODY-MIND-SOUL yang dikaitkan keharmonian jiwa tetapi konsep ini juga harus mempunyai dasar yang kuat di dalam hubungan dengan Pencipta.

Persoalannya adakah benar jika kita memakai tangkal kita akan terhindar daripada gangguan tenaga negatif? Apakah sebenarnya tangkal? Secara umum tangkal merupakan apa-apa benda yang telah dijampi oleh orang yang dianggap mempunyai kebolehan mistik tetapi secara saintifik batuan memiliki kepelbagaian struktur mineral yang juga mempunyai kepelbagaian tekanan. Mengikut kajian saintifik, batu permata merupakan batuan asli yang memiliki kestabilan tenaga kerana menerima kesemua warna spektrum dan mengikut kepercayaan seseorang yang memakai batu permata memiliki keharmonian.

Persoalannya, adakah jika memakai batu permata akan mengelakkan kita daripada bertembung dengan hantu? Hasil daripada kajian saya terhadap literasi yang dipos di dalam internet mengenai dakwaan bahawa mereka diserang hantu sehingga mereka jatuh sakit. Apa yang saya lihat di sini ada 2 perkara yang berlaku dan saling bersangkutan iaitu;

Pertama, pandangan negatif dan tiada pengetahuan tentang dunia paranormal menganggap bahawa lembaga hitam yang dilihat adalah iblis atau satan dan lanjutan daripada pandangan negatif ini wujud serangan psikologi yang dicipta oleh pendakwa iaitu 'satan jahat'. Kedua, hasil ketakutan secara psikologi menghasilkan ruang fikiran negatif dan fikiran negatif inilah menghasilkan kesakitan. Sepanjang saya menjalankan kajian secara solo, saya telah bertembung dengan roh atau hantu dalam konfigurasi lembaga hitam dan berjaya mendokumentasikannya dalam kamera video tetapi mengapa saya tidak diserang?

Dalam rakaman terakhir baru-baru ini, saya telah merakamkan orb yang bertembung dengan saya semasa melalui satu lorong di dalam kawasan perkuburan lama dan rakaman menunjukkan bahawa orb yang dijana oleh roh terus melintasi saya seperti seseorang yang bertembung tanpa bercakap kerana tidak kenal.

Apa yang ingin saya ketengahkan di sini ialah konsep 'FIKIRAN POSITIF' aktiviti berfikir menyebabkan otak menjana tenaga dan menghasilkan gelombang elektrik dalam frekuensi yang berbeza. Harus kita ingat bahawa fikiran negatif menarik tenaga negatif kerana di luar sana wujud tenaga negatif yang diwakili oleh roh yang mempunyai masalah emosi.

Dalam journal ini juga saya ingin berkongsi tentang sedikit sebanyak masalah yang timbul semasa kita menjalankan kajian paranormal. Tidak semua yang kita rakam merupakan aktiviti roh tetapi mungkin hasil manifestasi aktiviti alam sekitar. Tidak semestinya apa yang dirakam oleh kamera adalah roh atau hantu. Contoh di bawah ini merupakan contoh yang paling sukar dianalisis di mana saya mengambil masa selama 14 hari membuat perbandingan dengan lebih 100 gambar orb yang dijana oleh roh dan saya mendapati bahawa ia bukanlah orb yang dijana oleh roh tetapi hasil daripada serangga.

Gambar di bawah ini merupakan zoom orb yang dijana oleh serangga. Jika dilihat dengan teliti kelihatan pengembangan yang berlaku bukanlah pengembangan tenaga acto tetapi memperlihatkan kepak serangga yang bergerak dalam kelajuan yang tinggi berbanding masa yang diambil oleh kamera untuk merakam gambar.

Perhatikan gambar di bawah ini, gambar ini cukup jelas bahawa ia adalah serangga dan bukan orb yang dijana oleh roh. Dalam kajian paranormal, semasa berada di kawasan kajian kita harus melihat fenomena yang dikaitkan dengan persekitaran. Fenomena paranormal biasanya tidak dapat dijelaskan secara nyata atau dapat dipertikaikan tetapi fenomena alam fizikal dapat dijelaskan seperti dalam gambar di atas.


Selamat menjalankan kajian dimensi lain dan Selamat Hari Pekerja!

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.

1hb. Mei, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery -- My Paranormal Research Files.
Miscellaneous Personal Diary -- Activities other than ghost hunting.
Compilation Of Nature And Ghost Photos -- High Resolution Pictures For Downloading.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini atau anda berminat menjadi ahli biasa...

Jika anda ingin menerima newsletter melalui email pastikan anda menetapkan opsyen jenis penghantaran newsletter sebagai 'special notice'.

Klik link berikut untuk:-
PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI.
PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home