Overlapping World!
MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SUNGAI PETANI, 7HB. MAC, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dalam 3 hari ini kesibukan pertandingan olahraga MSSM (D) di Sungai Petani memperlihatkan bagaimana para atlet berlumba-lumba mendapatkan pingat emas. Pingat adalah buruan utama semua peserta.
Dalam beberapa insiden saya dapati seolah-olah setiap peserta terpaksa akur kepada ketentuan atau rencana yang telah disediakan. Mana tahu pada sangkaan tempat pertama sudah di dalam tangan tetapi begitu malang apabila hanya 6 langkah ke garisan penamat tiba-tiba sahaja tersungkur tanpa sebab. Begitulah kejadian kepada beberapa atlet yang hampir-hampir merangkul pingat emas tetapi secara mutlak hanya sekadar mendapat tempat ke-empat.
Tidak kurang juga saya dapati terdapat beberapa atlet mendapatkan restu daripada garisan di atas padang sebelum memulakan perlumbaan dengan menyentuh garisan dan nampaknya usaha ini membawa tuah. Persoalannya adakah mereka yang melakukan tabiat ini benar-benar memahami hakikat di antara lokasi dan jiwa seseorang?
Apa yang boleh diteladani di sini ialah menghormati tempat orang. ‘Orang’ yang saya maksudkan di sini bukan sekadar masyarakat yang ada yang hidup di sesuatu kawasan tetapi termasuk juga jiwa yang tidak kelihatan tetapi wujud. Kejayaan kita di negeri orang ialah bergantung kepada bagaimana kita berjaya memenangi hati masyarakat setempat.
Apa yang jelas saya menyedari bahawa dalam keadaan tertentu saya menyedari berlaku overlapping di antara dimensi fizikal dengan dunia sebelah. Walau bagaimanapun, sayang sekali kerana saya tidak membawa kamera memandangkan tugas yang dipertanggungjawabkan. Saya menyedari bahawa terdapat tenaga lain yang wujud semasa saya berada di padang iaitu penampakan acto di bahagian penamat tetapi saya percaya tidak ada yang menyedari kejadian berkenaan kerana penampakan berkenaan terlalu singkat kurang daripada 3 saat dan tidak dapat dibuktikan kerana saya tidak membawa kamera.
Saya yakin bahawa di mana-mana sahaja wujud roh yang masih menjalankan tugas harian seperti kita. Ada hakim, pengadil atau ahli sukan yang telah meninggal tetapi masih menjalankan tugas atau menyertai sukan mereka selepas mati di dunia sebelah kerana Parallel World memang wujud seperti mana anda dan saya.
Baru-baru ini juga seorang rakan menyatakan kepada saya bahawa dia sentiasa mengambil gambar tetapi tidak pernah mendapat gambar roh atau hantu. Untuk mengambil gambar orang yang telah beralih ke dunia lain kita perlu ada sikap keterbukaan dan ada tumpuan 100% ke atas perkara yang kita hendak lakukan. Jika anda ingin mengambil gambar hantu tetapi dalam masa yang sama anda tidak yakin atau ragu-ragu, pendek kata anda masih ada fikiran negatif – maka 100% anda tidak akan mendapat apa-apa.
Tetapi, perlu diingat juga bahawa jika anda percaya tetapi masa yang sama anda menyedari bahawa kawasan berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti roh juga anda tidak akan mendapat apa-apa kecuali orb dust.
Bercakap mengenai roh yang tidak wujud lagi di sesuatu kawasan, memang saya telah mengalaminya sungguhpun di kawasan perkuburan. Saya tidak pernah tunggu lama di salah satu kawasan perkuburan di SP kerana saya merasai bahawa tidak ada roh di kawasan berkenaan sungguhpun saya berada di tengah-tengah kawasan perkuburan.
Harus kita ingat, semasa menjalankan kajian paranormal, 3 komponen utama yang harus digunakan ialah konsep MIND-SOUL-BODY dan SOUL adalah sebagai pemimpin atau yang sering kita katakan sebagai ‘perasaan’. Tetapi, hakikat sebenar perasaan itu ialah jiwa kita atau apa yang dipanggil SOUL. Jiwa yang sensitif sangat penting di dalam penyelidikan paranormal kerana jiwa yang akan menjadi ketua diikuti oleh MIND dan akhir sekali BODY.
Mengikut pengalaman sepanjang hampir setahun, saya dapati bahawa kajian secara solo lebih berkesan berbanding kajian secara beramai-ramai kerana tumpuan ke atas penyelidikan susut sehingga 50-60% sahaja. Jadi, memandangkan pengalaman ini membuatkan saya lebih selesa menjalankan kajian secara solo.
------------
MENGENAI KAJIAN TERKINI:
kajian terkini yang akan dijalankan pada 12/03/2006.
Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.
7hb. Mac, 2006.
++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Downloading.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?
Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:

- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home