DVD Ghost Research Vol.2 berjaya dihasilkan!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
NEWS LETTER: SUNGAI PETANI
DATE: 16 DISEMBER, 2005
+++++++++++++++++++++++++++
Hari ini terlalu banyak perkara yang terpaksa diselesaikan. Tadi pagi saya pergi ke Agen Insurans Takaful Malaysia untuk menguruskan beberapa urusan kemudian ke sekolah SJK(C) Sin Min (B) dan tengah hari terus pula ke Public Bank. Sebelah petang terpaksa keluar ke EON Bank di Sungai Petani Selatan untuk mendapatkan release letter untuk kereta kemudian teruskan pula ke Central Square untuk membeli-belah bersama keluarga.
Hari ini cuaca agak baik tetapi sekali lagi saya tunda rancangan untuk membuat kajian paranormal kerana saya rasa agak letih. Walaupun letih, saya sambung pula kerja mengubahsuai laman web utama http://www.cikguaugustine.net/. Kira-kira jam 12.00 tengah malam baru selesai upload semua fail dan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk menguji semua link.
Hari ini saya selesai upload semua clip video hasil penyelidikan lebih kurang 7 bulan seminggu lebih awal daripada yang saya rancang iaitu sepatutnya diupload pada 28/12/2005. Walau bagaimanapun, of course saya tidak mampu upload keseluruhan fail video hasil penyelidikan kerana saiz yang besar. Hanya sekadar mengambil bahagian-bahagian tertentu untuk dikongsi, itupun saya menetapkan saiz video untuk pengunjung yang menggunakan sambungan broadband sahaja. Bagi yang dialup terpaksa bersabar sedikit jika hendak menonton clip video kecuali jika didownload terlebih dahulu. Jadi, jika anda ingin melihat atau menonton clip video ini jangan lupa skrol dan lihat menu ::Ghost Video:: seperti imej yang ditunjukkan di bawah.

Bercakap tentang melaksanakan penyelidikan paranormal memang banyak perkara yang perlu dibuat, bukan sekadar wang dan masa tetapi perlu juga persediaan minda dan rohani. Sungguhpun, saya tidak memakai apa-apa tangkal semasa menjalankan kajian tetapi saya berpegang kepada iman dan juga saya memegang konsep “Mereka yang dikaji adalah manusia yang tidak kelihatan, tidak perlu ditakuti”
Di samping video clip, saya juga telah membuat analisis terperinci mengenai hasil penyelidikan saya dalam bentuk video dan untuk pasaran Internet saya hanya mengedarkan dalam bentuk DVD di mana rakaman dibuat pada setting HQ-High Quality.
Sepanjang saya menjalankan kajian paranormal, saya telah berjaya merakam 3 kes suara roh yang dikenali EVP, walau bagaimanapun, 2 daripada EVP saya tidak dapat mengecam butiran pertuturannya kecuali salah satu EVP yang menjawap soalan saya semasa berada di kawasan perkuburan. Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Assosiated IGHS Club.
15 Disember, 2005.
Laman utama:
http://Penyelidikanhantu.blogspot.com/
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.
Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home