Kehidupan Yang Penuh Misteri!
NEWS LETTER DATED: 08 DISEMBER, 2005
MGRS - Malaysian Ghost Research Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SUNGAI PETANI: KEHIDUPAN YANG PENUH MISTERI.
Kesibukan dalam beberapa hari ini terpaksa membuatkan saya kerap tidur lewat. Tidur jam 3.00 pagi sudah menjadi lumrah. Nampaknya, tahun ini cuaca kering yang sering dialami pada penghujung tahun agak berbeza pada tahun ini – mungkin tahun ini merupakan permulaan fenomena La-Nina. Sekarang ini, cuaca di luar agak redup dan awan kelihatan pekat.
Kelmarin saya terkejut USM menghantar surat kepada saya kerana seingat saya, sebenarnya saya telah tamat pengajian. Setelah dibuka sampul surat rupanya PJJ USM telah menghantar sijil Dekan kepada saya hasil daripada pencapaian dalam pengajian akhir di USM. Kesibukan yang tidak pernah putus memaksa saya kerap tidur lewat malahan proposal untuk pengajian peringkat sarjana masih terbengkalai. Pencapaian ini seharusnya saya tujukan kepada Tuhan yang menjadi sumber ilmu pengetahuan dan juga kepada isteri dan anak-anak serta rakan-rakan sejawatan di sekolah. Terima kasih banyak.

Cuaca yang tidak menentu ini menyebabkan perancangan untuk menjalankan kajian asyik tertangguh kerana mengikut pengalaman saya pernah keluar menjalankan kajian semasa cuaca redup memperlihatkan aktiviti paranormal hampir-hampir tak berlangsung. Rakaman video yang dijalankan selama 30 minit hanya merakam aktiviti paranormal dengan selang 5 minit dengan purata aktiviti lebih kurang 4 minit. Daripada pengalaman ini saya mendapati bahawa cuaca adalah signifikan terhadap aktiviti paranormal.
Seperkara yang saya dapati bahawa hidup kita sebagai manusia biasa adalah satu misteri yang kita tak mampu jangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, dalam perkara tertentu apa yang akan berlaku pada masa akan datang dapat dilihat melalui mimpi. Malahan kadangkala melalui mimpi kita bertemu dengan orang-orang yang kita sayangi yang telah berpindah ke dimensi lain.
Baru-baru ini seorang kawan bertanya kepada saya tidak takutkah hantu? Nanti akan ikut pulang atau akan merasuk. Saya terfikir, saya telah keluar masuk kawasan perkuburan secara solo dan mempunyai pengalaman berada di antara supercharge orb kadang kala diusik. Tetapi, dengan fikiran yang terbuka dan positif dengan satu kepercayaan roh adalah manusia cuma tanpa tubuh. Mereka masih ada kualiti manusia biasa iaitu emosi jadi jika kita boleh bertindak berdasarkan set tingkah laku yang seharusnya sebagaimana kita berhadapan dengan orang maka hantu tidak perlu ditakuti. Saya berpendapat bahawa yang harus ditakuti ialah ALLAH.
Bukan saya tak takut semasa menjalankan kajian. Sememangnya saya takut tapi bukan pada hantu, apa yang paling saya takut ialah iblis yang sering saya lihat wujud di kalangan kita iaitu manusia yang mempunyai sifat dan tingkah laku yang buruk yang boleh memusnahkan hidup orang lain. Jadi seharusnya adalah tepat kalau kita takut pada manusia yang berperangai jahat berbanding dengan roh atau hantu.
Tidak dilupakan juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjadi keluarga MRGS kepada seorang ahli baru yang baru mendaftar menjadi ahli penyelidik paranormal.
Happy Holidays!
Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.
08hb. Disember, 2005.
Laman utama:
http://Penyelidikanhantu.blogspot.com/
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.
Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.**
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home