Thursday, December 22, 2005

Superstring Theory: Saintis Mengenalpasti 10 Dimensi Lain Selain Daripada Alam Fizikal.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

NEWS LETTER: SUNGAI PETANI, 22 DISEMBER, 2005
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kesibukan hampir menjelang tiba dan hari ini sejak 8.00 hingga 12.30 tengah hari saya terlibat dengan pendaftaran pelajar tingkatan satu. Bermacam-macam ragam.

Saya fikir saya tidak akan menjalankan penyelidikan paranormal sehingga hujung bulan ini kerana penyelidikan yang saya jalankan bergantung kepada kalendar lunar. Walau bagaimanapun, saya bukan sahaja minat dalam bidang penyelidikan paranormal tetapi juga minat dalam bidang natural photo. Untuk bidang ini saya telah memulakan sudut baru untuk berkongsi dengan para pengunjung yang minat dalam bidang ini atau sebagai pilihan lain untuk berkunjung sementara waktu tiada hasil penyelidikan terkini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjadi ahli pengkaji paranormal kepada 3 orang ahli baru di dalam MGRS. Jika anda ingin menjalankan kajian sila ikuti prosedur kajian yang telah ditetapkan oleh IGHS.

Dalam isu kali ini saya akan berbincang tentang isu dimensional shift atau dimensional transition yang kebetulan hangat di dalam IGHS news letter. Istilah dimensional shift merujuk kepada fenomena perlapisan imej di dalam frame gambar yang memperlihatkan imej lain. Fenomena ini menjadi satu isu kepada kebanyakan pengunjung yang beranggapan bahawa gambar yang memperlihatkan fenomena ini disebabkan oleh setting kamera tanpa melihat secara dekat imej yang berlapis. Dalam isu ini saya akan membicarakan sebagai contoh terdekat di dalam hasil penyelidikan yang saya lalui yang pernah saya analisis di dalam hasil penyelidikan – apa yang saya anggap sebagai ‘gambar rosak’ sebelum ini dan sebagai gambaran dekat saya letakkan gambar berkenaan di bawah.Untuk membincangkan isu ini dengan lebih mendalam saya perturunkan pengertian mengikut Wikipedia "In quantum mechanics, a parallel universe, also sometimes called an alternate universe, or an alternate dimension, is a hypothetical universe which exists separately from our own. Some theories of physics postulate the existence of many parallel universes, possibly even an infinite number. Depending on the details of the theory, these universes may or may not interact with each other. The word ‘multiverse’ has been proposed to refer to the collection of all universes.”

Malahan Dr. Dave Oester (2005) menyebut bahawa wujud dunia selari yang lain. Berdasarkan kepada kepercayaan ini saya mendapati bahawa gambar yang saya sertakan di dalam isu kali ini memperlihatkan perkaitan dengan isu dimensional shift.

Satu bukti lain yang menyebut tentang kewujudan dunia lain ini dirujuk daripada artikel The India Daily Technology Team article on July 27, 2005 yang menyatakan bahawa saintis memperolehi maklumat bahawa terdapat banyak dimensi yang lebih tinggi dan wujud selari dengan dunia fizikal. Ruang dimensi adalah infiniti dan model disamakan dengan teori yang dikenali sebagai “superstring theory”. Mengikut Dr. Dave teori ini hanya dikaitkan dengan 10 dimensi lain sungguhpun terdapat banyak lagi dimensi lain yang lebih tinggi yang dikaitkan dengan pembentukan lubang hitam yang dikaitkan dengan laluan ke dunia selari.

Walau bagaimanapun, persoalan mengapa dimensional shift dirakam di dalam photo? Ada pengkaji yang berpendapat bahawa lubang hitam bukanlah satu-satunya laluan kepada dimensi lain yang banyak tetapi yang penting di sini adalah jiwa dan fikiran yang boleh membuka atau menutup laluan dimensi ini. Sebagai manusia saya berpendapat bahawa halangan yang paling kuat ialah jiwa kita yang terkurung di dalam tubuh fizikal kerana kita masih hidup. Dr. Dave menyebut bahawa laluan untuk melihat dimensi lain ini boleh dilihat melalui permukaan air – permukaan air menjadi pembahagi 2 dimensi iaitu daratan dan dunia laut contohnya. Jadi, jelas di sini yang mampu melihat dimensi lain ini ialah jiwa kita – kita sendiri yang berkemampuan menyelami dan berkomunikasi (Merge) dengan roh sendiri.

Mungkin anda pernah mengalami sendiri tentang dimensional overlaping. Contoh yang paling dekat ialah ketika kita berada di perantaraan dunia fizikal dan dunia alam maya ketika saat hampir terlelap. Walau bagaimanapun, kejadian fenomena ini dikaitkan dengan keadaan geomagnetic fields di mana Dr. Dave (2005) menyebut bahawa membran tenaga elektromagnet bertambah atau berkurang semasa kejadian geomagnetic fields berada pada tahap maksimum atau semasa ribut suria. Cas gelombang yang menghentam permukaan bumi daripada ribut suria bertindak sebagai alat yang menyebabkan kejadian dimensional shift yang menerangkan perkaitan di antara tenaga elektromagnet spektrum dan titik kejadian pelik membran tenaga elektromagnet.

Perkara penting yang harus kita fahami mengenai fenomena dimensi transisi adalah perkaitan dengan membran tenaga elektromagnet dengan kewujudan dimensi fizikal dan alam roh. Di mana Dr. Dave menyebut bahawa interaksi membran tenaga elektromagnet di antara dimensi fizikal dan dimensi alam roh berlaku secara serentak tetapi berada pada waktu berbeza iaitu nyata – bayangan, siang – malam, panas – sejuk . Manifestasi ini mempunyai hubungan tahap kewujudan selari yang nyata. Maka berbalik kepada gambar yang saya rakam di Bukit Hijau memperlihatkan situasi di atas iaitu di alam nyata gambar yang dirakam adalah pada waktu malam tetapi kelihatan imej yang dirakam kelihatan berlaku pada waktu siang.

Apa yang menarik dalam isu ini ialah ramai di antara kita tidak memahami tentang dunia roh. Walhal kita yang masih hidup juga tergolong di dalam roh kerana memiliki roh. Saya berpendapat bahawa bukti nyata bahawa kita gagal memahami dunia paranormal atau dunia alam roh kerana kita gagal memahami roh kita sendiri apa yang dikenali sebagai inner soul. Secara logik dengan mudah kita boleh asingkan diri kita iaitu otak kita adalah alam fizikal yang hanya mampu menerima apa yang nyata. Tetapi, kita sering mengabaikan perasaan kita iaitu diri kita yang sebenar iaitu ”inner soul”. Malahan setiap hari di dalam diri kita timbul konflik kerana kita gagal memahami roh kita sendiri.

Di mana Dr. Dave Oester menyatakan bahawa kita mampu mengubah tujuan kita dengan mengadakan fikiran yang positif. Malahan beliau menganjurkan meditasi adalah alat menyatukan minda dan jiwa. Meditasi tidak disamakan dengan berdoa tetapi meditasi adalah satu ruang untuk menyamakan atau satu usaha untuk ‘merge’ atau menyatukan jiwa – Ini adalah apa yang sering disebut oleh sesetengah orang sebagai menyatukan minda dan jiwa. Kita cukup bertuah mengetahui bahawa ada beban dan penyesalan yang ditanggung oleh banyak orang yang telah meninggal. Kenyataan Bob Gallienne yang menyebut “Thinking about the fact that a great number of the spirits I have recorded seem to be troubled, eventually got me thinking about the fact that I would not like to be in their situation. I think most of these spirits lived troubled lives while here among the living. Many were the victims of circumstances that were beyond their control, like war or murder, so they are unfairly thrown into an afterlife of confusion and despair. But going back to the people who lived generally troubled lives I wondered if they could have avoided the eternity of ghostly wandering by taking a hard look at how they were living before it was too late.”

Saya terfikir sekarang, sepanjang lebih kurang 7 bulan menjalankan kajian paranormal dengan merakam 3 rakaman EVP saya belum menemui suara roh yang berada dalam kesukaran tetapi saya masih ingat bagaimana salah seorang peserta di dalam Seekers NTV7 dalam salah satu siri yang ditayangkan menyebut bahawa dia terdengar suara wanita yang menangis kemudian teresak-esak adalah satu contoh bahawa roh berkenaan dibebani oleh masalah yang tidak selesai.

Jadi, kita yang masih hidup mempelajari daripada mereka yang telah meninggal kembali meminta bantuan tetapi siapa yang boleh membantu mereka? Sekarang kita memahami bahawa jika kita mengkaji dunia roh sebagai hiburan saya ingat tidak sesuai kerana misteri yang berada di dimensi lain ini mempunyai kesamaan dengan dimensi fizikal dan nampaknya banyak masalah yang terpaksa dihadapi walaupun selepas mati. Untuk itu, kita cuba berusaha mempelajari sesuatu supaya selepas kita berpindah ke dimensi lain nanti kita tidak dibebani dengan bebanan masalah yang tidak selesai.

Rujukan: Dr. Dave Oester, International Ghost Hunters Society Newsletter December 18, 2005 from Deming, New Mexico.


Happy Holidays!

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

22 Disember, 2005.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home