Wednesday, March 15, 2006

Penyelidikan Paranormal: Penyelidikan 3 dalam 1

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI, 15HB. MAC, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Selepas saya menunda penyelidikan alam paranormal pada hari semalam akibat daripada keadaan cuaca maka penyelidikan paranormal saya jalankan pada malam tadi dari jam 7.30 malam sehingga hampir jam 10.00 malam merupakan penyelidikan paranormal 3 dalam 1 yang bermula di taman rekreasi seterusnya ke quaters kakitangan hospital yang telah ditinggalkan dan juga ke kawasan perkuburan lama yang telah menjadi hutan.

Dalam kajian kali ini sesungguhnya membawa sesuatu yang baru dalam setiap kajian yang saya jalankan. Berbakalkan dengan dengan fikiran terbuka MIND-SOUL-BODY terdapat kajian paranormal sebelum ini telah berulang yang membuktikan bahawa apa yang telah dirakam dalam kajian sebelum memperlihatkan bahawa ia ada kaitan dengan dimensi lain.

Kefahaman tentang peningkatan geogmagnetic fields dan juga sikap keterbukaan serta memberi penghormatan kepada roh yang dikaji membantu kejayaan. Dalam kajian kali ini saya berjaya memperolehi 6 keping gambar yang merakamkan kewujudan roh pada pos yang sangat menakjubkan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga gambar yang merakamkan roh pada jarak yang terlalu jauh dan ini saya tidak anggap sebagai yang terbaik. Boleh dikatakan lebih daripada 60% gambar yang diambil merakam kewujudan roh tetapi hanya 6 keping yang terbaik manakala gambar lain tidak merakam apa-apa kecuali dust orb atau lanskap semata-mata.

Gambar-gambar di bawah adalah gambar kajian paranormal yang dibuat di taman rekreasi yang hanya memperlihatkan lanskap kawasan kajian. Di kawasan ini saya menjalankan kajian pada jam 7.30 hingga jam 8.00 malam dengan 2 keping rakaman gambar roh dan paranormal yang cukup bagus.Manakala, 2 keping gambar di bawah ini pula adalah gambar lanskap dan quarters kakitangan hospital yang telah dikosongkan. Di kawasan ini saya memperolehi 2 keping gambar yang berjaya merakam orb yang dijana oleh roh.Gambar-gambar di bawah pula yang terdiri daripada 7 keping merupakan lanskap kawasan perkuburan lama yang telah menjadi hutan dan merupakan kali pertama saya memasuki lokasi ini. Sebelum melangkah masuk di kawasan ini saya meminta kebenaran daripada roh di kawasan ini untuk mengambil gambar mereka dan 2 keping gambar saya perolehi dari kawasan ini yang merakamkan supercharge orb dan juga refleksi anomalis dari sebalik kawasan belukar.Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semasa menjalankan kajian di kawasan terpencil dan perkuburan lama seperti kawasan perkuburan ini iaitu sikap terbuka dan niat yang baik. Menghormati mereka yang menjadi penghuni di kawasan ini dan sungguhpun saya berada di kawasan ini dalam tempoh kurang 5 minit tetapi roh di kawasan ini memberi kebenaran kepada saya merakamkan 2 keping gambar sebagai kenangan.

Analisis terperinci ke atas gambar hasil dalam penyelidikan malam tadi akan diupload secara berperingkat kerana saya merasakan bukan sahaja saya ingin berkongsi dengan peminat setempat tetapi juga kepada pengunjung dari 26 buah negara dari seluruh dunia dan ada yang meminta saya membuat analisis hasil penyelidikan menggunakan dwi bahasa yang menyebabkan proses analisis agak lambat ditambah pula saya mempunyai tugas lain.

Selamat menjalankan kajian paranormal!

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

15hb. Mac, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Downloading.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home