Saturday, December 31, 2005

Orb Ghost: Terlalu sukar untuk dianalisis...

SUNGAI PETANI: 31 DISEMBER, 2005.
Nampaknya kita sudah berada di penghujung tahun 2005 dan beberapa jam sahaja lagi kita akan berada di ambang 2006. Waktu yang pergi tidak akan kembali, demikian juga waktu yang datang tidak dapat ditolak. Begitu juga apa yang kita hadapi setiap saat sukar dihalang.

Dalam beberapa hari ini saya telah berhadapan pelbagai masalah apabila merakamkan orb yang sukar dikenal pasti yang memaksa saya menghubungi Dr. Dave dan beliau mencadangkan bahawa orb berkenaan bukan orb yang dijana oleh roh tetapi orb akibat daripada kekotoran udara.

Begitu juga beliau mengaku bukan mudah untuk menganalisis foto anomalis kerana orb yang dijana oleh roh tidak mempunyai satu ciri yang tetap berbanding dengan orb yang dikaitkan dengan alam.

Untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang ini saya juga telah membeli dua buah buku daripada Dr.Dave berkenaan EVP Handbook (Step-by-step Guide To Recording And Analyzing Ghost Voices) dan juga Ghost Photography Handbook untuk memperdalamkan lagi pengetahuan dalam bidang ini kerana saya telah melihat kesan negatif terhadap kesilapan maklumat yang disebarkan oleh sesetengah pengkaji yang kurang pengetahuan termasuk juga TV Program yang dikaitkan dengan kajian paranormal terutama sekali isu orb.

Saya sendiri juga mengaku bahawa saya pernah menyebarkan maklumat yang salah tentang orb yang dijana oleh roh pada peringkat awal kajian saya dan untuk itu saya telah memadam semua analisis serta gambar orb yang dikaitkan dengan orb persekitaran. Tetapi, saya sangat bertuah kerana bukan sekadar mempelajari melalui pengalaman tetapi juga bernaung di bawah Dr. Dave yang merupakan pakar dalam bidang ini. Malahan, beliau mengaku bahawa beliau menganalisis tidak kurang 250 keping gambar setiap hari yang dihantar kepada beliau tanpa bayaran. Untuk itu, saya juga mengikut langkah beliau.

Sungguhpun demikian, saya percaya bahawa kunci terpenting dalam kajian paranormal ialah fikiran yang terbuka. Malahan, saya sering mempersoalkan orb yang saya rekod sehingga sukar disangkal barulah saya anggap bahawa orb berkenaan merupakan orb yang dijana oleh roh.

Pada kali ini, dalam kajian di Jubli Perak, Sg. Petani saya telah membuat kajian secara formal dan berjaya merakam orb tetapi pada masa yang sama saya juga berjaya merakam orb dust dan juga lights streak. Walau bagaimanapun, untuk pengesahan lanjut walaupun saya berpendapat salah satu gambar yang kelihatan seperti orb yang dijana oleh roh tetapi terlalu banyak menyebabkan kesukaran kepada saya untuk mengenalpasti secara tepat dan saya baru sahaja menghantar kepada Dr. Dave untuk mendapatkan pandangan. Jadi, bukan mudah untuk menjadi seorang pengkaji dan penilai gambar paranormal. Anda boleh menjadi professional dalam bidang fotografi tetapi anda masih tidak ada kelayakan untuk menilai gambar paranormal kerana bidang ini merupakan bidang lain yang sangat berbeza dengan bidang fotografi biasa.


Kind of regards,
Augustine Towonsing
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home