Wednesday, November 30, 2005

Terlalu Banyak Perkara Perlu Dibuat!

NEWS LETTER DATED: 30 NOVEMBER, 2005

MGRS - Malaysian Ghost Research Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


NEWS LETTER
+++++++++++++

Hari ini saya merancang untuk memproses video yang dirakam di Bukit Hijau tetapi tertunda kerana mengemas kini blog dengan maklumat baru. Waktu untuk menjalankan kajian pula sudah hampir tiba tetapi data sedia ada belum habis diproses.

Tengah hari tadi saya telah menghantar e-mail kepada Dr. Dave (International Ghost Hunters Society) untuk memohon menjadi sebahagian club komuniti IGHS tetapi belum mengetahui lagi sama ada permohonan saya akan diterima.

Saya masih ingat lagi 2 minggu yang lepas saya menghantar kepada beliau 2 keping gambar yang sukar dianalisis walaupun 80% daripada permukaan gambar telah merekodkan objek misteri. Salah satu daripada gambar yang telah dihantar adalah disebabkan oleh ‘camera shake’ dan salah satu lagi telah merakamkan orb motion dan juga supercharge orb. Namun demikian, saya belum menghantar gambar berkenaan ke internet kerana masih dalam proses pendokumentasian di dalam bentuk video.

Semakin lama saya berkecimpung di dalam dunia paranormal nampaknya pemikiran saya semakin terbuka dan saya kini mempunyai pandangan sendiri tentang dunia paranormal tanpa bergantung kepada pemikiran orang lain.

Baru tadi saya membuka e-mail dan saya menerima kad digital X’mas daripada seorang pelajar dari SMK Gurun. Saya sangat tertarik dengan kadnya cukup istimewa dan cukup cute. Sebenarnya saya telah menghantar e-mail kepada pelajar saya tetapi tidak menyedari bahawa dia telah menghantar sekeping kad yang sangat istimewa. Thanks! Untuk perkongsian dengan para pengunjung dan sebagai kenangan kad yang diterima adalah seperti di bawah ini. Warna pink yang menarik, lembut memperlihatkan ketenangan jiwa.Happy holidays!

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.

30 November 2005.

Laman utama:
Penyelidikanhantu.blogspot.com

>>Sila gunakan Back Button pada Browser anda untuk kembali ke laman utama.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.

Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home