Membership Logo
MGRS - Malaysian Ghost Research Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Saya telah menjadi ahli International Ghost Hunters Society (IGHS) pada 9hb September, 2005 dan sebagai ahli yang mengikut standard dan protokol yang ditetapkan oleh IGHS saya dengan bangga memaparkan logo IGHS sebagai sebahagian daripada penghargaan kepada Dr. Dave dan Dr. Sharon yang tidak putus-putus memberi bantuan apabila diperlukan.
INTERNATIONAL GHOST HUNTERS SOCIETY [IGHS]
MGR - Malaysian Ghost Research - Associate IGHS Club telah disahkan sebagai laman rasmi yang menjalankan penyelidikan hantu mengikut standard dan protokol yang telah ditetapkan oleh IGHS - International Ghost Hunters Society yang telah lulus syarat yang telah ditetapkan. Dengan pengesahan ini maka secara RASMI MGR hanya memaparkan gambar-gambar paranormal yang tulen sahaja. Kelulusan sebagai Associate IGHS Club telah diterima pada 1 Disember, 2005. Dengan itu, dengan bangga saya memaparkan logo club pengkaji paranormal.

Tarikh Menjadi Ahli IGHS: 9hb. September, 2005
Tarikh Menjadi Ahli Associate IGHS Club : 01hb. Disember, 2005.
Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.
23 November 2005.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini atau anda berminat menjadi ahli biasa...
Klik link berikut untuk:-
PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI.
PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home