Wednesday, November 30, 2005

Research Methodology.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Latar Belakang.
Penyelidikan di dalam MGR (Malaysian Ghost Research) merupakan penyelidikan bersifat saintifik di mana methodology penyelidikan bersifat universal ini boleh dilaksanakan di mana-mana tempat. Methodology penyelidikan MGR digambarkan seperti berikut: Keterangan:

PERANCANGAN.

Peringkat ini merupakan peringkat penting menentukan tarikh dan waktu yang paling sesuai yang diramalkan geomagnetic field berada pada tahap paling maksimum. Perancangan ini adalah berdasarkan kepada kalendar lunar dan juga keadaan cuaca setempat semasa.Mengikut pengalaman lepas, cuaca mempengaruhi aktiviti paranormal. Untuk peringkat perancangan perisian QuickPhase Pro Versi 3.3 digunakan untuk membantu menentukan tarikh bulan baru, bulan penuh dan hari-hari yang sesuai.
MENJALANKAN KAJIAN.

Pada tarikh yang ditetapkan, kajian akan dilaksanakan di kawasan kajian dengan membuat rakaman sama ada video, audio atau gambar. Walau bagaimanapun, jika keadaan cuaca tidak baik penyelidikan akan ditunda.

ANALISIS DATA.

Data yang dimaksudkan sama ada dalam bentuk audio, video atau gambar. Data ini akan dianalisis menggunakan perisian komputer.

Analisis Audio.
Audio yang mengandungi EVP akan dianalisis menggunakan perisian Sonic Foundry Sound Forge 6.0. Melalui analisis ini rakaman semula audio akan dibuat semula untuk membolehkan proses analisis dilaksanakan. Analisis Video.
Video yang diperolehi akan dipindahkan ke dalam komputer dan dianalisis dengan teliti. Kadang-kadang proses analisis dilaksanakan melalui frame ke frame. Video yang dianggap mempunyai rakaman yang diingini akan diproses. Untuk tujuan analisis dan editing video perisian Windows Movie Maker Versi 5.1 digunakan.Analisis Gambar.
Gambar yang diperolehi akan dipindahkan daripada kamera Digital ke dalam komputer dengan menggunakan Card Reader untuk dianalisis yang akan melalui proses penapisan.

Penilaian peringkat pertama.
Peringkat ini gambar-gambar akan dinilai berdasarkan apa yang telah dirakam di dalamnya. Mana-mana gambar yang tidak merakam apa-apa aktiviti anomalis akan dipadam serta-merta.

Penilaian Peringkat Kedua.
Pengasingan gambar yang meragukan akan dibuat untuk dianalisis lebih lanjut yang biasanya akan melibatkan beberapa perisian pengimejan untuk menilai secara mendalam sesuatu objek yang telah dirakam. Untuk proses analisis perisian Turbo Photo Editor Versi 3.1, Paint Versi 5.1, Microsoft Office Picture Manager Versi 11.1, Windows Picture and Fax Viewer dan MegaView Versi 8.0 digunakan. Gambar yang tidak lulus peringkat ini akan dipadam atau dihantar sebagai contoh ‘fake ghost’
Analisis Lanjutan.
Jika gambar yang diperolehi masih meragukan maka gambar tersebut akan dihantar kepada pakar dan biasanya saya akan hantar kepada Dr. Dave (International Ghost Hunters Society) untuk mendapatkan pandangan. Jika gambar mendapat pengesahan sebagai gambar anomalis ia akan dihantar untuk dokumentasi dan jika di sebaliknya akan dipadam atau dihantar sebagai contoh ‘fake ghost’

PENDOKUMENTASIAN.

Data yang selesai dianalisis akan didokumenkan sama ada ke laman web atau dikompil untuk dijadikan video CD.

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.

30 November 2005.

Laman utama:
Penyelidikanhantu.blogspot.com

>>Sila gunakan Back Button pada Browser anda untuk kembali ke laman utama.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.

Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home