Pertanyaan, Cadangan Dan Komen.
MGRS - Malaysian Ghost Research Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PERTANYAAN, CADANGAN ATAU KOMEN.
PERTANYAAN, CADANGAN ATAU KOMEN.
Jika anda mempunyai pertanyaan, cadangan atau komen mengenai penyelidikan ini anda boleh menghubungi saya melalui sama ada atau:-
E-mail :
E-mail :
Jika anda ingin menghantar gambar untuk dianalisis maka gunakan e-mail untuk menghantar gambar secara sisipan atau dalam e-mail sendiri. Jawapan akan dihantar melalui e-mail juga.
Telefon :
019 – 480 3177. Jika anda ingin menghantar Sms atau ingin bercakap terus dengan saya.
Komen Dalaman:
Jika anda ingin meninggalkan pesanan berupa pertanyaan, cadangan atau komen sila gunakan kemudahan dalam dengan meninggalkan pesanan anda melalui butang Post A Comment di bahagian hujung sekali artikel ini. Jawapan akan ditinggalkan di dalam ruangan komen, anda perlu kembali di sini untuk membaca jawapannya.
Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.
21 November 2005.
Laman utama:
Penyelidikanhantu.blogspot.com
>>Sila gunakan Back Button pada Browser anda untuk kembali ke laman utama.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.
Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.**
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.
**Anda akan menjadi salah seorang daripada web team - di mana anda boleh membuat analisis sendiri dan juga upload tetapi mengikut format yang telah ditetapkan oleh administrator utama.

2 Comments:
1)Means 'orb'& orb in motion in malay?
2)Adakah roh roh ini saling mengenali?
3)kenapa roh roh ini boleh kelihatan dengan jelas pada masa masa tertentu?
4)adakah benar sekiranya kita berasa seram/sejuk sehingga naik bulu roma dengan tiba tiba menunjukkan ada 'entiti'?sejauh mana kebenarannya melalui pengalaman yang cikgu pernah lalui.Saya pernah merasai keadaan itu tetapi saya tidak pernah melihatnya.Adakah ia menunjukkan ada sesuatu...........
Orb in motion bermakna orb yang sedang dalam proses pergerakan atau sedang bergerak. Oleh kerana roh adalah roh manusia yang pernah hidup memiliki kepintaran dan juga pengalaman peribadi maka semua itu akan dibawa mati. Roh itu hanya mengenali roh yang pernah dikenali tetapi tidak mengenali yang lain seperti kita hanya kenal orang yang kita rapat.
Roh manusia adalah dalam bentuk tenaga atau lebih senang dikatakan sebagai dalam bentuk tenaga elektrik. Oleh sebab itu, mereka mampu menghidup atau mematikan peralatan elektrik. Oleh kerana persekitaran kita mempunyai gelombang tenaga seperti radio, gelombang X, gamma dan sebagainya. Penampakan hantu atau roh lebih jelas pada masa tertentu seperti pada masa bulan baru dan juga bulan penuh kerana berlaku peningkatan tahap medan elektromagnet di dalam udara. Jadi, roh mampu memanipulasikan medan magnet ini sehingga mampu menggunakan tenaga berkenaan untuk dilihat dengan jelas.
Memang benar. Bagi mereka yang belum biasa atau masih ada rasa takut terhadap kewujudan entiti seram dan naik bulu roma adalah satu petunjuk kehadiaran roh. Tetapi, bagi saya yang sudah biasa - perkara yang paling mudah ialah perubahan suhu persekitaran seperti suhu terlalu sejuk seperti di dalam peti ais. Jika berlaku keadaan ini, kita boleh meminta roh berkenaan memberi tanda tentang kehadiran mereka dengan meminta supaya sudi diambil gambar atau menyentuh mana-mana bahagian badan kita.
Sekian.
Post a Comment
<< Home