Peralatan Penyelidikan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Penyelidikan MGR adalah penyelidikan saintifik yang tidak melibatkan ritual atau medium atau apa yang kita kenali sebagai bomoh. Saya bukan bomoh, oleh yang demikian penyelidikan saya adalah berasaskan kepada sains dan teknologi di mana orang lain boleh mengadaptasi kaedah dan peralatan yang digunakan di dalam kajian ini.
Walau bagaimanapun, penglibatan penyelidikan secara saintifik memang memerlukan kos yang tinggi dan juga pengetahuan dan kemahiran. Namun demikian, fikiran yang terbuka dan positif memainkan peranan penting di dalam pelaksaan penyelidikan dunia paranormal.
Peralatan Penyelidikan Malaysian Ghost Research
Kamera Canon EOS888
Di bawah ini adalah Kamera Canon EOS888 yang saya gunakan dalam peringkat awal kajian yang telah banyak merakamkan kewujudan dunia paranormal. Namun penggunaan kamera yang menggunakan filem ini memerlukan kos yang sangat tinggi dalam setiap kajian bergantung kepada berapa rol filem yang digunakan.

Kamera Canon EOS350D
Ini pula adalah gambar Kamera digital yang terbaru yang merupakan peralatan utama di dalam setiap kajian iaitu Canon EOS350D. Walaupun harga mahal tetapi sebagai pengkaji yang aktif kos peralatan ini dapat ditutup dalam beberapa bulan menjalankan kajian dan kelebihannya ialah boleh mengambil seberapa banyak gambar dan tidak perlu dicuci.

Kamera Video Sony DSR-TRV27E dan Lampu Luaran 20 Watt.
Penggunaan videocam sangat berkesan semasa menjalankan kajian paranormal di mana rakaman video tidak perlu dijaga hanya dipasang pada tripod dan biarkan ianya buat rakaman. Dr. Dave menyatakan kita tak perlu mencari hantu tetapi kita biarkan hantu datang kepada kita dan dalam keadaan ini hantu akan dirakam dalam video. Kaedah ini telah saya amalkan dan ternyata memang berjaya.
Perakam Audio Sony Walkman.Penggunaan peralatan ini sangat berkesan untuk merakam EVP kerana rakaman adalah dalam bentuk stereo dan menggunakan mikrofon luaran yang dapat mengurangkan kesan gangguan bunyi alat ini sendiri. Walau bagaimanapun, saya kurang membuat rakaman EVP kerana saya menjalankan penyelidikan secara solo.
Kompas MagnetikPeralatan ini adalah peralatan yang paling murah di dalam kajian paranormal iaitu berharga sekitar RM20 tetapi kalis air. Mungkin ada yang bertanya bagaimana peralatan ini membantu dalam penyelidikan.
Sepanjang pengalaman saya, oleh kerana saya tidak memiliki termometer scanner yang akan saya dapatkan pada masa akan datang saya gunakan kompas ini untuk mengesan kehadiran hantu.Setakat ini saya menggunakan bulu roma sebagai sensor untuk mengesan perubahan suhu dan jika saya menyedari bahawa suhu persekitaran berubah secara mendedak saya akan keluarkan kompas untuk melihat pergerakan jarum kompas.
Kebiasaannya jarum kompas akan bergerak menunjukkan arah di mana tarikan geomagnetic field yang tinggi yang langsung lari daripada bacaan arah utara magnet.
Hardware Komputer Acer Aspire 1690, Apacer Card Reader dan External Hardisk.
Semua bahan penyelidikan yang saya perolehi saya akan proses di dalam komputer untuk analisis dan juga dokumentasi sebelum dihantar untuk tujuan sharing. Memory komputer 1 gigabyte mencukupi untuk saya memproses video serta gambar-gambar digital dengan menggunakan beberapa perisian pengimejan dan video.

Peralatan yang dinyatakan merupakan peralatan yang sedang saya gunakan di dalam penyelidikan ini yang jauh kekurangan berbanding dengan penyelidik-penyelidik barat tetapi buat sementara waktu saya berpuas hati dengan peralatan yang saya gunakan.
Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.
20 November 2005.
Laman utama:
Penyelidikanhantu.blogspot.com
>>Sila gunakan Back Button pada Browser anda untuk kembali ke laman utama.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.
Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.**
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home