Membezakan Gambar anomalis.
NEWS LETTER DATED: 23 NOVEMBER, 2005
MGRS - Malaysian Ghost Researchers Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
MGRS - Malaysian Ghost Researchers Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
NEWS LETTER.
Dalam beberapa hari ini saya sangat sibuk menyiapkan dokumentasi video dalam penyelidikan yang telah dibuat dalam beberapa bulan lepas. Masalah komputer yang berlaku juga telah menyebabkan kelewatan seperti yang telah ditetapkan.
Atas maklum balas daripada pengunjung yang menyatakan proses paparan laman penyelidikan terlalu lambat terutama sekali pengunjung dialup. Saya telah mula mengecilkan saiz fail yang diupload 100 – 340kb sahaja jadi diharap usaha ini dapat membantu para pengunjung melihat hasil penyelidikan terkini.
NEWS LETTER.
Dalam beberapa hari ini saya sangat sibuk menyiapkan dokumentasi video dalam penyelidikan yang telah dibuat dalam beberapa bulan lepas. Masalah komputer yang berlaku juga telah menyebabkan kelewatan seperti yang telah ditetapkan.
Atas maklum balas daripada pengunjung yang menyatakan proses paparan laman penyelidikan terlalu lambat terutama sekali pengunjung dialup. Saya telah mula mengecilkan saiz fail yang diupload 100 – 340kb sahaja jadi diharap usaha ini dapat membantu para pengunjung melihat hasil penyelidikan terkini.
Isu Kali ini: Membezakan gambar anomalis.
Saya baru sahaja melawat salah satu laman web yang memaparkan gambar hantu tetapi sayang ternyata gambar berkenaan bukanlah gambar asli tetapi apa yang dipanggil sebagai ‘fake ghost picture.'
Dunia hiburan merupakan salah satu cabaran yang paling banyak membawa kesan negatif terhadap persepsi masyarakat terhadap dunia paranormal khasnya industri perfileman yang memaparkan kisah hantu. Kita harus sedar bahawa industri perfileman mempunyai objektif iaitu keuntungan dan kebenaran bukanlah objektif penting tetapi sensasi yang menghiburkan.
Istilah ‘fake ghost’ sudah lumrah dalam dunia paranormal kerana terdapat individu tertentu yang mengusahakan penipuan dengan menggunakan operasi yang dikenali sebagai “computer generated image”
Sebenarnya perisian pengimejan dalam kajian dunia paranormal sangat penting untuk tujuan analisis seperi zooming, expose dan noise editing perlu untuk melihat secara terperinci sesuatu anomali yang direkod.
Tetapi sesetengah pengkaji tidak mahu menyusahkan diri dengan melakukan analisis seumpama kerana ini ada kaitan dengan analisis mendalam seperti virtual forensik.
Malahan kadang-kadang terutama pengkaji baru sering menganggap imej yang boleh dijelaskan atau mempunyai sebab kejadian sebagai gambar hantu. Kali ini saya akan tunjukkan salah satu bentuk imej yang mempunyai penerangan yang telah saya cuba untuk melihat kesan gegaran atau ‘camera shake’ terhadap objek yang diambil.
Perhatikan gambar di bawah, gambar ini bukan supercharge orb atau orb motion tetapi adalah disebabkan oleh ‘camera shake’. Perhatikan cahaya berkenaan ternyata disebabkan gegaran ‘streak’ di mana cahaya memanjang tersebut mempunya sumber cahaya yang menghasilkan imej ganjil.
Gambar di bawah adalah gambar sebenar yang saya ambil sekali lagi untuk memperlihatkan kesan ‘camera shake’. Di dalam gambar ini tidak ada objek anomali.
Dengan contoh gambar ini diharap para pengunjung mendapat sedikit pengetahuan untuk membezakan gambar anomalis dengan gambar yang mempunyai keterangan. Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.
23 November 2005.
Laman utama:
Penyelidikanhantu.blogspot.com
>>Sila gunakan Back Button pada Browser anda untuk kembali ke laman sebelum.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.
Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.**
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home