Wednesday, November 23, 2005

Soalan Sering Ditanya.


MGRS - Malaysian Ghost Researchers Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PERTANYAAN YANG SERING DITANYA.

S1: Adakah makhluk halus akan mengikut kita balik apabila kita balik dari kawasan kajian?

Sepanjang saya menjalankan kajian di kawasan perkuburan sama ada perkuburan Kristian, Islam, Cina atau India belum ada roh yang ikut saya balik rumah. Saya bukan bomoh sekadar pengkaji alam paranormal. Saya ingin bertanya kepada anda, selepas saya memberi salam dan meminta diri untuk pulang tanpa mengajak anda ikut saya balik, adakah anda akan ikut?
Sama seperti roh di kawasan kajian. Sebaik sahaja kita memberi salam dan meminta diri roh di kawasan kajian akan mengikut kita sehingga di sempadan kawasan perkuburan sahaja. Ini berdasarkan gambar yang saya ambil di kawasan kajian semasa berada di luar sempadan di mana orb yang dirakam berada di kawasan sempadan sahaja. Maknanya roh berkenaan menghantar kita untuk balik tetapi tidak akan mengikut kita balik.

S2:Perlukah kita meminta keizinan untuk memasuki kawasan kajian?
Perlu atau tidak perlu adalah bergantung kepada kawasan kajian. Tidak semua kawasan kajian atau perkuburan adalah kawasan larangan. Permit perlu apabila kawasan kajian berkenaan mempunyai penjaga jika tidak adalah tidak perlu.

Anda harus ingat bahawa tidak semua kawasan perkuburan adalah bersih atau terjaga. Ada yang semak. Jika anda ingin membuat kajian di kawasan perkuburan yang semak pastikan anda membuat tinjauan pada waktu siang untuk memudahkan penyelidikan pada waktu malam.

Berdasarkan kepada pengalaman saya, anda boleh menjalankan kajian di kawasan perkuburan secara solo berbanding dengan kawasan perkuburan yang semak atau di kawasan hutan kerana bahawa di kawasan hutan adalah lebih mencabar kerana bahaya mungkin datang daripada haiwan buas jadi kajian di kawasan seperti ini memerlukan beberapa orang ahli penyelidik.

S3: Apakah perlu pendinding diri semasa menjalankan kajian paranormal?
Sesetengah pengkaji paranormal mempercayai perlu ada pendinding diri sebagai perlindungan tetapi sesetengah pula tidak mempercayainya seperti Dr. Dave pengasas International Ghost Hunters Society kerana menurut beliau tidak ada Demonic Spirit.

Walau bagaimanapun, kita harus sedar bahawa sebagai langkah berjaga-jaga adalah baik. Tetapi bagi saya sendiri, saya tidak membawa apa-apa kerana kunci yang saya bawa hanya FIKIRAN POSITIF DAN TERBUKA saya berfikiran positif bahawa roh yang saya kaji adalah roh yang baik.

Jadi, jika anda berfikir anda perlu membawa pendinding bukan satu kesalahan. Walau bagaimanapun, pengkaji seperti Dr. Dave tidak bersetuju dengan sikap membawa pendinding daripada serangan roh jahat kerana beliau membuat alasan bahawa dengan membawa pendinding akan menghalau roh kerana dikaitkan dengan ‘Menghalau Hantu’.

Malahan sesetengah pengkaji mempercayai bahawa kadangkala pendinding seperti batuan akan menarik tenaga jahat. Terpulang kepada pengkaji sama ada perlu membawa pendinding atau tidak. Of course, perlindungan yang paling berkesan adalah penyerahan diri kita kepada Tuhan jadi membawa sesuatu penyelidikan akan datang di dalam doa untuk mendapatkan perlindungan adalah satu perlindungan yang paling BAIK daripada menyandarkan diri daripada tangkal.

S4:Bagaimana mengelakkan kejadian diserang atau dirompak semasa menjalankan kajian?

Sepanjang saya menjalankan kajian saya belum melihat sesiapa di kawasan kajian dan saya belum mendapat laporan daripada pengkaji-pengkaji di barat tentang kejadian seumpamanya. Walau bagaimanapun, perkara seperti ini memang tidak dapat dielak jika Tuhan membenarkan sesuatu kejadian harus terjadi maka tidak dapat dielakkan. Oleh itu, untuk mengelak daripada kejadian seperti ini maka saya cadangkan agar anda menyerahkan sesuatu penyelidikan itu kepada Tuhan di samping memohon perlindungan.

Perkara penting yang boleh dibuat adalah membuat tinjauan di kawasan kajian pada waktu siang dan jika perlu buat pelan kawasan kajian dan juga meminta kebenaran daripada penjaga kubur jika kawasan perkuburan mempunyai penjaga. Jangan lupa membawa buah tangan kepada penjaga kubur kerana buah tangan penting sebagai alat mengurangkan keraguan.
Jika anda masih ada pertanyaan lain sila copy & paste alamat ini pada URL, artikel adalah dalam bahasa Inggeris http://www.ghostweb.com/nature.html

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.

22 November 2005.

Laman utama:
Penyelidikanhantu.blogspot.com

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.

Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.**

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.
**Anda akan menjadi salah seorang daripada web team - di mana anda boleh membuat analisis sendiri dan juga upload tetapi mengikut format yang telah ditetapkan oleh administrator utama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home