Kajian Dunia Paranormal Sebagai Pengetahuan Dunia Misteri!
NEWS LETTER DATED: 19 November, 2005
MGRS - Malaysian Ghost Researchers Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
NEWS LETTER
++++++++++++
Dalam penyelidikan saya 2 hari yang lepas semasa Waning Gibbous dengan bulan penuh 97% saya berjaya merakamkan aktiviti paranormal yang paling aktif walaupun saya belum mempunyai pengalaman menjalankan penyelidikan semasa Full Moon 100%.
Ada yang pernah bertanya apa manfaat kita mengetahui dunia paranormal? Saya masih ingat lagi semasa saya sering melihat roh orang mati hampir setiap petang yang menyebabkan saya merasa tidak selesa. Akibat daripada tidak mempunyai pengetahuan tentang dunia roh saya menganggap diri saya tidak normal sehingga memaksa saya mencari jawapan melalui artikel-artikel penyelidikan yang telah dibuat sekian lama di negara Barat.
Melalui pengetahuan ini saya mengetahui bahawa saya tidak mempunyai masalah. Lanjutan daripada pengetahuan yang ditimba daripada penyelidikan awal manusia barat saya mula melihat bahawa dalam masyarakat kita di Asia mempunyai banyak pegangan yang nampak memberi pengertian yang tidak betul tentang dunia roh di mana masyarakat kita kebanyakan menganggap bahawa hantu ialah sesuatu yang menakutkan.
Kajian yang saya buat menunjukkan bahawa dunia paranormal jauh berbeza daripada sangkaan masyarakat. Malahan ada yang berpendapat bahawa hantu itu semestinya wujud dalam bentuk rupa manusia yang sebenarnya jauh daripada kebenaran dunia alam roh.
Kewujudan dunia roh adalah sesuatu yang misteri dan kajian-kajian yang dibuat tidak cukup untuk membongkar rahsianya tetapi memadai untuk memberi sedikit maklumat tentang dunia roh.
Sangkaan hantu menyerupai manusia memang tidak salah tetapi tidak benar bahawa hantu mesti dalam rupa manusia. Kajian-kajian menunjukkan bahawa hantu dapat dikategorikan dalam beberapa kategori:

- Memori – kejadian-kejadian yang mengerikan seperti pembunuhan di mana situasi ini akan dirakam oleh suasana alam dan dimainkan semula apabila suasana alam sama dengan waktu sesuatu kejadian. Biasanya fenomena ini adalah yang paling mengerikan dan juga penampakan adalah sama dengan apa yang orang lain saksikan walaupun masa yang berbeza.
- Apparition, orb, supercharge orb, charge orb, vortex merupakan rupa bentuk roh yang dilihat mengikut kepintaran roh itu sendiri. Tahap tertinggi yang yang dicapai oleh kepintaran roh memanipulasikan tenaga yang dikenali sebagai geomagnetic field ialah penampakan menyerupai manusia.
- Satan/Iblis adalah satu bentuk entiti yang berbeza dengan dengan roh.
Aktiviti roh mengikut Dr. Dave Oester seorang pakar dunia paranormal menyatakan bahawa kalendar lunar dan juga gelombang suria adalah sangat signifikan yang memainkan aktiviti paranormal. Malahan dalam kajian saya yang berdasarkan kepada kalendar lunar memperlihatkan signifikan yang tinggi berdasarkan rakaman video dan juga gambar yang saya perolehi.
Saya telah mencuba membuat kajian waktu lain memperlihatkan aktiviti paranormal hampir-hampir tidak wujud dan kalau adapun terlalu kurang di mana dalam salah satu kajian rakaman yang saya buat selama 30 minit memperlihatkan jumlah waktu aktiviti paranormal sepanjang 30 minit hanya 4 minit akibat cahaya bulan yang tidak keluar walaupun bulan penuh 93%.
Hari ini juga ada pengunjung yang menghantar komen yang menunjukkan ketidakpercayaan hasil penyelidikan yang telah dianalisis. Benar kata Dr. Dave dan juga pengkaji-pengkaji lain bukti yang banyak tidak mencukupi bagi yang tidak percaya dan bukti yang sedikit sudah memadai bagi yang percaya.
Walau bagaimanapun, dunia paranormal adalah misteri hanya mereka yang benar-benar ingin mencari jawapan akan memperolehi jawapan!
Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.
19 November 2005.
Laman utama:
Penyelidikanhantu.blogspot.com
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.
Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.**
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.
**Anda akan menjadi salah seorang daripada web team - di mana anda boleh membuat analisis sendiri dan juga upload tetapi mengikut format yang telah ditetapkan oleh administrator utama.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home