Wednesday, November 23, 2005

Standard Dan Protokol Penyelidikan

NEWS LETTER DATED: 22 NOVEMBER, 2005

MGRS - Malaysian Ghost Researchers Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Standard Dan Protokol Penyelidikan:

Sebagai Ahli International Ghost Hunters Society [IGHS] maka Standard dan protokol penyelidikan ini dibuat berdasarkan kepada standard dan protokol yang telah ditetapkan oleh IGHS sendiri serta berdasarkan kepada pengalaman semasa menjalankan kajian. Standard dan protokol ini diadakan sebagai panduan untuk menentukan profesionalisme standard penyelidikan yang ditetapkan oleh IGHS.
  • Minta kebenaran daripada roh si mati untuk mengambil gambar, merakam menggunakan video atau merakamkan suara mereka.
  • Selalu menghormati apa yang ada di kawasan kajian.
  • Minta kebenaran daripada pihak berkenaan terutama kawasan milik persendirian.
  • Senantiasa bersikap profesional semasa menjalankan kajian.
  • Tunjukkan sikap hormat yang tinggi semasa berada di kawasan kajian.
  • Jangan berlari atau berlari-lari di kawasan kajian.
  • Sentiasa berfikiran positif semasa menjalankan kajian.
  • Fikiran yang ragu-ragu akan menghasilkan tenaga negatif semasa menjalankan kajian. JANGAN membawa seseorang yang tidak percaya atau meminta bukti bahawa hantu wujud atau seseorang yang berfikiran negatif.
  • Ikut kitaran kalendar lunar dan ribut suria untuk mendapatkan hasil kajian yang terbaik. Paranormal aktiviti berada tahap kemuncak semasa geomagnetic field.
  • Jangan mengambil gambar semasa keadaan cuaca melampau seperti hujan, berangin kuat, keadaan berhabuk atau semasa kabus tebal.
  • Keluar atau pakai tali kamera supaya tidak menghalang semasa mengambil gambar
  • Uji kamera anda dengan mengambil gambar partikel habuk dan butiran lembapan untuk melihat bagaimana kamera anda merekod orb sedemikian rupa.
  • Orb bukan sesuatu yang istimewa atau unik. Ia hanya keterangan mengenai rupa bentuk. Kebanyakan orb kebiasaannya adalah partikel habuk yang terawang di udara. Orb yang banyak atau bertindihan selalu habuk bukan roh.
  • Jangan mengambil gambar dari kenderaan yang bergerak di jalan yang berhabuk.
  • Jangan mengambil gambar sambil berjalan di jalan yang berhabuk.
  • Bersihkan lens kamera daripada habuk, spot atau cap jari.
  • Elakkan mengambil gambar menghala matahari atau sumber cahaya terang yang akan menyebabkan kesan kanta.
  • Elakkan mengambil gambar dengan lampu pada benda yang bersinar atau membalikkan cahaya.
  • Pastikan jari jauh daripada kanta semasa mengambil gambar.
  • Lampu kamera hanya baik pada jarak 9-12 kaki daripada kamera, jadi fokus dalam lingkungan jarak ini.
  • Senantiasa gunakan kaset audio baru untuk setiap rakaman.
  • Selepas 20 minit, biasa roh akan mulai bosan jadi tidak perlu membuat rakaman terlalu lama pada satu-satu kawasan.
  • Elakkan rakaman audio sambil berjalan. Rakaman harus dibuat semasa berhenti sahaja.
  • Penggunaan Ouija Board, Dowsing rods atau tangkal tidak diambil kira sebagai alat sah dalam penyelidikan.
  • Tidak DIBENARKAN merokok, mengambil dadah atau mengambil minuman keras semasa menjalankan kajian.
  • Jika seseorang marah, mereka harus tidak terlibat di dalam mana-mana penyelidikan. Mereka akan menarik roh yang marah dan roh lain akan mengelakkan diri daripada roh yang marah.
Standard dan protokol di atas merupakan standard dan protokol yang saya ikuti dan standard dan protokol ini merupakan terjemahan daripada Standard And Protocols oleh International Ghost Hunters Society [IGHS] yang boleh dilihat dari laman IGHS:
Ghostweb.com/sp.html (sila copy & Paste di dalam URL).


Selamat berjaya dalam kajian paranormal.

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.

22 November 2005.

Laman utama:
Penyelidikanhantu.blogspot.com

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.

Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:

  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.**

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.
**Anda akan menjadi salah seorang daripada web team - di mana anda boleh membuat analisis sendiri dan juga upload tetapi mengikut format yang telah ditetapkan oleh administrator utama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home