Tuesday, November 29, 2005

Pentingnya Fikiran Terbuka Dan Positif Dalam Penyelidikan Paranormal.

NEWS LETTER DATED: 28 NOVEMBER, 2005

MGRS - Malaysian Ghost Research Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


NEWS LETTER
+++++++++++++

Dalam beberapa hari ini saya sangat-sangat sibuk. Hari ini saya habiskan 1 jam untuk memindahkan sebahagian daripada fail-fail penyelidikan yang sampai sehingga lebih 10 gb. 2 hari saya cuba memproses video hasil penyelidikan yang dibuat di Bukit Hijau, Kedah tidak berjaya kerana beban komputer yang terlalu berat membuatkan proses rakaman video narations tidak dapat dibuat dengan baik.

Dalam beberapa hari saya terfikir untuk menulis artikel yang berlegar di dalam fikiran mengenai exorcism. Baru petang tadi saya dapatkan salinan DVD filem Exorcism yang berkisar tentang kisah benar yang telah berlaku terhadap seorang wanita muda yang meninggal semasa dalam proses ritual mengeluarkan roh jahat yang memasukinya.

Satu persoalan yang menjadi debat di kalangan pengkaji paranormal yang tidak mempercayai kewujudan roh jahat. Secara peribadi saya mengakui bahawa setiap benda ada pasangan, tinggi – rendah, panjang – pendek, baik – jahat, sakit – sihat dan saya rasa dalam keadaan tertentu kita akan berada dalam keadaan ekstrem tetapi pada pendapat saya bukan sepanjang masa yang bermakna kita berada di tahap normal iaitu perantaraan di antara 2 dimensi yang berbeza.

Selepas saya menjalankan banyak kajian dan keluar masuk kawasan perkuburan secara solo saya menggunakan kekuatan minda dan spiritual yang membuka tenaga bersifat positif. Saya memahami mengapa Dr. Dave menyatakan bahawa tiada demonic spirit kerana beliau sendiri tidak pernah mengalami pengalaman berhadapan dengan situasi negatif.

Saya dapat mengesan situasi ini wujud akibat daripada spiritual safety hasil daripada tenaga yang wujud daripada minda yang positif. Tidak hairan kalau IGHS sering menekankan sikap terbuka dan minda positif semasa menjalankan kajian paranormal kerana sikap keterbukaan dan minda positif adalah perlindungan yang tidak kelihatan dan kerana ini saya memegang prinsip ini dalam setiap kajian paranormal.

Oleh yang demikian, roh jahat memang wujud tetapi isu terpenting di sini bagaimana kita hendak mengelakkan diri daripada roh jahat adalah dengan mengamalkan konsep keterbukaan berfikiran terbuka dan positif meletakkan kita pada tahap natural untuk meneutralkan tenaga ekstrem.

The Dead Are Alive!


Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.

28 November 2005.

Laman utama:
Penyelidikanhantu.blogspot.com

>>Sila gunakan Back Button pada Browser anda untuk kembali ke laman utama.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.

Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home