Saturday, November 19, 2005

Panduan Melaksanakan Kajian.

NEWS LETTER DATED: 19 NOVEMBER, 2005

MGRS - Malaysian Ghost Researchers Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


NEWS LETTER
+++++++++++++

TATATERTIB YANG HARUS DIIKUTI SEMASA MENJALANKAN KAJIAN PARANORMAL.
Kunci paling utama yang harus ada bagi seseorang menjalankan kajian ialah minda yang terbuka dan positif. Mengikut pengkaji-pengkaji lain terdapat beberapa tatatertib yang harus diikuti semasa menjalankan kajian untuk menentukan kejayaan dalam sesuatu penyelidikan iaitu:

Persedian Individu.
  1. Berfikiran positif dan terbuka.
  2. Memberi salam atau memperkenalkan diri kepada roh di kawasan kajian.
  3. Memberi sekurang-kurangnya 5 hingga 10 minit kepada roh di kawasan kajian mengenali diri kita.
  4. Sentiasa berfikiran positif dan percaya bahawa apapun kita pasti dapat memperolehi gambar paranormal.
  5. Jangan lupa membawa pengenalan diri anda.

Persediaan peralatan.

Terpulang kepada anda apa yang anda hendak bawah, bagi saya peralatan yang saya biasa bawa:
  1. Lampu suluh.
  2. Kompas.
  3. Kamera Digital dengan Lampu Luaran.
  4. Kamera Video dengan lampu luaran @ Lampu luaran Infra Red.
  5. Pen dan Buku Catatan – Log mula kajian dan juga catatan perkara log aktiviti.
  6. Perakam suara – Kadang-kadang sahaja saya bawa.
Sebenarnya jika banyak peralatan yang boleh digunakan untuk melaksanakan kajian paranormal tetapi harga adalah sangat mahal seperti Infra Red Scanner dan Infra Red Termel yang saya akan dapatkan kemudian. Jika anda melaksanakan kajian secara sendirian kurangkan peralatan kerana terlalu sukar untuk menyelenggarakannya.

Semasa Di Kawasan Kajian.

  1. Sentiasa berfikiran positif dan terbuka.
  2. Jangan berlari atau berlari-lari di kawasan kajian.
  3. Sentiasa bersikap hormat. Ingat bahawa roh di kawasan kajian adalah manusia yang mempunyai perasaan cuma tidak mempunyai tubuh.
  4. Ambil gambar sebanyak yang boleh. Fokus lampu dalaman kamera biasa adalah di antara 4 hingga 12 kaki. Jadi, ambil gambar dalam lingkungan ini.
  5. Tali kamera harus dipegang atau diletakkan pada leher. Jika rambut anda panjang pastikan anda ikat.
Semasa Meninggalkan Kawasan Kajian.


  1. Selepas selesai mengambil gambar, ucapkan terima kasih kepada roh yang terdapat di kawasan kajian.
  2. Beri salam terakhir dan minta diri untuk pulang sebagaimana anda memberi salam dan meminta diri kepada rakan-rakan anda.
Sepanjang pengalaman saya semasa menjalankan kajian memang saya merasakan bahawa ada roh yang suka mengusik terutama sekali kali pertama kita memasuki kawasan berkenaan. Tetapi dalam pengalaman saya, terdapat pokok yang digoncang di hadapan saya walaupun tidak berangin. Sebenarnya ini adalah peluang untuk melihat sendiri dan mengalami bagaimana dunia paranormal berhubung dengan kita. Biasanya tindakan yang saya ambil saya memberi salam dan memperkenalkan diri kepada roh berkenaan dan biasanya akan hilang begitu sahaja.

Biasanya penampakan sering saya lihat apabila membuat rakaman video. Tetapi pada masa ini biasanya saya akan berdiam diri dan menumpukan perhatian terhadap apa yang saya lihat melalui skrin dan meneruskan rakaman.

PERKARA YANG HARUS DIELAK SEMASA MENJALANKAN KAJIAN PARANORMAL.
Sebagai pengkaji alam paranormal terdapat beberapa perkara yang harus dielakkan. Malahan protokol dan standard menjalankan penyelidikan paranormal ini saya pelajari daripada pengalaman dan juga dari protokol dan standard daripada IGHS.Mengikut pengkaji-pengkaji profesional dan juga Standard dan Protokol kajian IGHS terdapat beberapa perkara yang harus dielakkan:
  1. Jangan menjalankan kajian semasa kurang sihat atau emosi tidak tenteram kerana aura perlindungan kita akan berkurangan.
  2. Jika anda marah jangan keluar ke kawasan kajian kerana perasaan marah akan menyebabkan roh di kawasan kajian turut marah.
  3. Jangan membawa seseorang yang mempunyai emosi yang tidak tenteram atau marah kerana akan menarik tenaga jahat dan roh lain akan mengelakkan diri daripada roh yang sedang marah.
  4. JANGAN SEKALI-KALI MEMBAWA SESEORANG YANG TIDAK PERCAYA kewujudan roh atau hantu.
  5. Jangan sekali-kali mengambil minuman keras atau dadah sebelum menjalankan kajian.
Selamat berjaya dalam kajian paranormal. Hanya orang yang benar-benar mencari jawapan dunia misteri akan memperolehi jawapan! - Sila baca Standard dan Protokol untuk tambahan maklumat.


Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.

19 November 2005.

Laman utama:
Penyelidikanhantu.blogspot.com

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.

Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.**

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.
**Anda akan menjadi salah seorang daripada web team - di mana anda boleh membuat analisis sendiri dan juga upload tetapi mengikut format yang telah ditetapkan oleh administrator utama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home