Dimensi Lain: Foto sebagai Jendela Penghubung.
NEWS LETTER DATED: 05 DISEMBER, 2005
MGRS - Malaysian Ghost Research Society
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
NEWS LETTER
+++++++++++++
Dalam beberapa hari ini banyak perkara yang telah berlaku. Saya telah kehilangan rakaman video yang dirakam di Jubli Perak, Sg. Petani. Sungguhpun rakaman berkenaan tidak merakam apa-apa tetapi sebenarnya sangat penting sebagai suporting prove kepada gambar-gambar yang dirakam di sana. Kehilangan ini menyebabkan proses dokumentasi dalam bentuk video telah dibatalkan.
Sebenarnya sebelum ini saya menganggap gambar-gambar yang diperolehi di Jubli Perak sebagai ‘gambar rosak’ tetapi saya simpan sehingga baru-baru ini saya mendapat pandangan dan cadangan daripada Dr. Dave sendiri yang menyatakan tentang kewujudan dimensi lain yang overlap dengan dimensi fizikal.
Berkecimpung dalam dunia paranormal dalam tempoh 6 bulan ini telah banyak memberi saya pengetahuan baru tentang dunia lain yang tidak kelihatan dengan mata kasar. Malahan, banyak bukti yang menunjukkan dimensi lain yang dirakam di dalam gambar-gambar sebenarnya cuba menyatakan tentang kewujudan dimensi lain. Tetapi malangnya pengetahuan yang terhad dan tumpul menyebabkan kebenaran tentang dimensi lain ini hanya dianggap sebagai satu bencana.
Saya sangat tertarik dengan fail kes kajian saya yang dirakam di Bukit Hijau, pesta tanglung di sekolah dan di Jubli Perak kerana tanggapan awal saya tentang gambar-gambar ini hampir 95% saya anggap sebagai gambar ‘rosak’ tetapi sebenarnya di sebalik kerosakan ini ada maklumat yang sangat bernilai yang hanya dapat dipelajari melalui minda yang terbuka dan positif.
Overlaping frame di dalam foto merupakan satu fenomena. Sungguhpun, fenomena ini boleh terjadi juga akibat daripada masalah teknikal yang mempunyai alasan tetapi juga terdapat overlaping frame yang disebabkan oleh fenomena paranormal. Overlaping yang disebabkan oleh kejadian paranormal memerlukan kajian lanjut dan analisis yang teliti kerana overlaping frame ini mungkin mempunyai mesej tersendiri tentang dimensi lain yang pernah berlaku atau sedang berlangsung. Di sini, saya melihat bahawa penggunaan kamera yang merakam satu-satu fenomena paranormal merupakan jendela masa yang melihat dimensi lain yang wujud.
Persoalan sekarang, berapa banyak di antara penduduk di negara kita berusaha mempelajari tentang kewujudan dimensi lain ini? Padahal tanggapan umum masyarakat kita tentang dunia roh ini sering memberikan persepsi negatif. Tidak mudah untuk memulakan satu kajian sebegini tetapi tidak mustahil untuk dipelajari asalkan kita mempunyai usaha dan minda yang positif.
Saya rasa sangat bertuah kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru, kewujudan dimensi lain yang wujud bersama dengan alam fizikal. Masih banyak yang kita perlu pelajari. Harapan saya sebagai pengkaji dapat berkongsi dengan para pengunjung tentang hasil penyelidikan yang masih belum dewasa – masih peringkat awal.
Happy Holidays!
Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Pengkaji.
05 Disember, 2005.
Laman utama:
Penyelidikanhantu.blogspot.com
Sila gunakan Back Button pada Browser anda untuk kembali ke laman utama.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:

Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Untuk pendaftaran sila ke Laman utama.
Penyelidikanhantu.blogspot.com
Faedah anda menjadi ahli:

- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home