Monday, February 06, 2006

Spirit Orb: Penerangan tentang kewujudan alam semesta.


MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI, 06HB. FEBRUARI, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Saya baru sahaja selesai menyiapkan hasil penyelidikan di sebuah sekolah di dalam bentuk DVD dan kesibukan lain menyebabkan gambar hasil penyelidikan yang dibuat tidak sempat diupload.

Saya kadang-kadang hairan sikap sesetengah orang begitu percaya terhadap pembohongan yang di bawah oleh dunia hiburan terutama sekali filem-filem yang menceritakan tentang hantu sehingga kebenaran sebenar tentang bagaimana rupa bentuk hantu atau roh sukar diterima.

Teknologi mampu melukis rupa hantu tetapi tidak mampu menyatakan rupa sebenar kewujudan ‘mereka’. Filem hiburan memberi gambaran hantu dalam bentuk rupa manusia kerana sikap kita sendiri hanya boleh menerima sesuatu yang mempunyai kaitan dengan kehidupan manusia – malahan filem hiburan juga berjaya menanam dan mencambahkan rasa takut ke dalam kehidupan harian kita sehingga kebenaran sebenar tentang dunia roh menjadi kabur.

Saya telah menyaksikan sendiri bagaimana roh dalam bentuk supercharge orb terbang keluar dari kubur dan menjunam semula ke dalam kubur tetapi bukan dalam bentuk manusia melainkan dalam bentuk cahaya yang dikenali sebagai supercharge orb.

Ramai yang menyatakan ‘tidak syok’ pergi melihat gambar yang diletakkan dalam laman web tentang kewujudan roh. Mereka sering menyatakan kenapa bukan dalam bentuk manusia? Saya kerap menyatakan bahawa penampakan roh dalam bentuk manusia hanya terjadi dalam situasi tertentu iaitu semasa kejadian ribut suria dan juga peningkatan Geogmagnetic Fields iaitu hanya berlaku semasa bulan terbit dan bulan penuh.

Memahami fenomena roh atau hantu tidak sesukar mana asalkan kita mengetahui sebenar diri kita. Malahan, baru-baru ini ramai yang bertanya kenapa roh dalam bentuk orb?

Orb hanyalah istilah berbentuk bulatan yang tiada hujung membawa makna tiada permulaan dan tiada pengakhiran. Di dalam IGHS ia disebut sebagai inner circle. Sains berjaya membuktikan bahawa bumi berbentuk bulat, matahari berbentuk bulat, bulan berbentuk bulat dan salah satu komponen dalam tubuh kita juga adalah bulat contohnya sel darah. Apa yang paling istimewa di sini ialah sel adalah komponen paling kecil dalam tubuh kita tetapi jarang yang menyedari bahawa komponen terkecil ini adalah yang terbesar. Kesihatan fizikal bermula daripada kesihatan sel.

Sekarang kita telah mengetahui bahawa sekecil-kecil sel dan sebesar-besar alam semesta adalah dalam bentuk spiar dan apabila kita meninggal kewujudan kita juga dalam bentuk spiar atau orb kerana kita adalah sebahagian daripada komponen alam semesta dan bukan terasing.

Dalam journal akan datang saya akan bincangkan bagaimana kita boleh menyatukan soul dan teknologi untuk mendokumentasikan kewujudan roh.

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

06hb. Februari, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home