Tuesday, January 31, 2006

Perasaan kita tempat siapa?


MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI, 31HB. JANUARI, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dalam Newsletter IGHS menyebut tentang istilah ‘bad’ yang dikaitkan dengan hantu yang telah disalah anggap oleh kebanyakan orang di mana seseorang yang mempunyai kemampuan merasai emosi sesuatu kawasan akan merasai kewujudan emosi yang tidak baik dan seorang yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai tenaga yang diserap oleh persekitaran atau imprint energer menganggap bahawa perasaan ini disebabkan oleh aktiviti demonic spirit.

Imprint Energer merupakan tenaga daripada emosi yang dihasilkan oleh sesetengah komuniti atau seseorang semasa hayat terutama saat-saat terakhir sebelum ia mati disebabkan oleh sesuatu yang tidak menyenangkan seperti pembunuhan dan kekejaman. Emosi yang dijana keluar dalam bentuk tenaga akan diserap dan disimpan oleh alam sekitar sebagai rakaman yang akan dimainkan semula apabila keadaan dan waktu menyamai suasana semasa kejadian berlaku. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai sensitiviti emosi yang tinggi mungkin boleh merasai emosi kawasan berkenaan.

Oleh itu, kefahaman tentang sejarah yang berlaku di sesuatu kawasan amat penting untuk memahami emosi kawasan yang telah memerangkap emosi komuniti sebelum. Saya berpendapat juga, seseorang yang tidak sensitif boleh juga merasai kewujudan emosi seperti ini di sesuatu kawasan dengan konsep MIND-BODY-SOUL.

Apabila saya menyebut bahawa tidak wujud DEMONIC SPIRIT atau SATAN dan IBLIS ramai yang melontarkan tohmahan tetapi sayang terlalu sedikit yang faham konsep sebenar kewujudan SATAN atau IBLIS.

Pada saya tak perlu mencari wajah sebenar SATAN atau IBLIS kerana kewujudan SATAN atau IBLIS hampir sama dengan kewujudan ALLAH. Maknanya, melihat SATAN atau ALLAH adalah pengalaman peribadi tetapi kewujudan dua personal ini boleh dilihat di kalangan kita. ALLAH dan SATAN atau IBLIS adalah terjemahan di antara KEBAIKAN-KEJAHATAN , TERANG – KEGELAPAN. KEWUJUDAN 2 personal ini adalah NYATA dan BENAR tak boleh disangkal. Saya beri contoh, bila seseorang memberi pertolongan kepada orang lain dengan penuh KEIKHLASAN sebenarnya kita melihat KEBAIKAN ALLAH di dalam dia tetapi bila kita melihat seseorang yang jahat melakukan kejahatan seperti MEROGOL, PEMBUNUHAN DAN SEGALA KEJAHATAN SATAN maka orang itu ialah HAMBA SATAN kerana melakukan kejahatan dan kita telah melihat SATAN di dalam diri kita sendiri.

Cuba kita bayangkan berapa kerap kita melakukan kehendak ALLAH dan berapa kerap kita melakukan KEHENDAK PERIBADI? Persoalan di sini ialah JIWA kita iaitu SOUL yang mengenal kehadiran SATAN. Jadi, tidak perlu menegakkan kebenaran bahawa SATAN ada di mana-mana kerana itu satu kebenaran dan tidak perlu kita pergi jauh mencarinya. Kita hanya perlu duduk dan periksa jiwa kita; adakah kita pemarah, pernahkah kita membantu orang lain dengan ikhlas, adakah kita tidak pernah puas hati, adakah kita sentiasa sabar. Saya berpendapat bahawa, apa yang harus kita jaga ialah JIWA atau SOUL atau apa yang orang kenal sebagai PERASAAN sentiasa diperiksa supaya tidak DIGUNAKAN oleh SATAN atau IBLIS untuk melakukan kejahatan dan akhirnya kita jatuh sebagai HAMBA SATAN yang kemudian kita menyesal sepanjang hayat.

Persoalan kewujudan unhappy spirit dikaitkan dengan cara hidup sama ada hidup dalam harmoni di dalam masyarakat atau di sebaliknya. Jadi, kewujudan demonic spirit bukan SATAN tetapi lebih kepada UNHAPPY SPIRIT atau SAD SPIRIT akibat daripada kehidupan semasa hayat. Oleh yang demikian, roh ini mengganggu seseorang sebagai satu cara melepaskan marah seperti kita juga apabila marah yang tidak terlepas akan dilepaskan kepada orang lain yang tiada kaitan, bukan begitu?

Saya baru sahaja menambah clip video di mana dalam rakaman yang dibuat pada 01/01/2006 berjaya merakam bagaimana orb bertukar menjadi wajah seorang lelaki misteri dan rakaman ini telah dibuat di tempat yang orang tidak terfikir tentang kewujudan mereka.


Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

31hb Januari, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

salam sejahtera cikgu.
apa yg sebenarnya cikgu ingin sampaikan dgn mnyebut bhw "SATAN/IBLIS tdk wujud" dlm jurnal 'Perasaan kita tmpt siapa' (31 jan 06)?
02 adakah maksud cikgu ingin menyangkal kewujudan SATAN/IBLIS? melalui kepercayaan rohani saya sejak dulu lg memang wujudnya SATAN/IBLIS sejak zaman adam dan hawa.

3:54 PM  
Blogger Cikgu_Augustine said...

Hai, Salam damai dan salam sejahtera,

Sepanjang saya menjalankan kajian mengenai kehidupan selepas mati yang bukan sahaja membawa saya ke kawasan perkuburan secara solo tetapi juga bertembung dengan 'mereka' yang tidak kelihatan namun saya belum pernah melihat wajah SATAN tetapi merasai kehadiran roh yang mempunyai masalah sikap ya memang saya mengalami tetapi tidak bermakna ia adalah IBLIS atau SATAN. Bila saya menyebut bahawa SATAN/IBLIS tidak wujud hanya menyentuh kewujudan secara lahiriah. Secara fizikal SATAN/IBLIS tidak wujud kerana kewujudannya lebih halus. Tidak ada maknanya bagi SATAN/IBLIS menguasai tubuh fizikal kita kerana tubuh tidak membawa apa-apa makna. Sebaliknya, bila saya menyebut bahawa 'perasaan kita tempat siapa?' sebenarnya saya merujuk kepada jiwa atau roh yang sering kali kita kata sebagai'perasaan'. Secara halus SATAN/IBLIS berusaha menguasai roh kita kerana jiwa kita yang lebih berpengaruh, jiwa kita menguasai minda dan juga tubuh fizikal kita. Apa yang ingin saya berbetulkan ialah pandangan kita tentang dunia roh atau roh seseorang yang meninggal. Persepsi masyarakat ialah apabila seseorang telah meninggal hidupnya telah berakhir dan jika ia kembali semula dia ialah hantu dan persepsi masyarakat ialah hantu itu sesuatu yang kelihatan hodoh, menakutkan. Jadi, apa-apa yang tidak kelihatan dari dunia lain pada tanggapan masyarakat ialah roh jahat atau iblis. Roh manusia tidak sama dengan SATAN/IBLIS. Walau bagaimanapun, roh jahat memang wujud tetapi roh jahat ini bukan iblis atau satan tetapi roh manusia yang mempunyai masalah tingkah laku. Kajian menunjukkan bahawa kematian tidak memusnahkan personaliti sebaliknya roh yang memiliki personaliti yang sama walaupun selepas mati. Kematian hanyalah satu proses perubahan di dalam hayat seseorang iaitu kematian tubuh fizikal tetapi roh yang menduduki tubuh fizikal adalah sama, hidup dalam rupa bentuk yang lain tetapi masih memiliki personaliti lama. Lantaran itu, jika seseorang itu seorang yang pemarah, suka mengganggu orang lain dan sebagainya selepas ia mati sikap lama masih ada maka wujudlah istilah roh jahat tetapi roh ini bukan IBLIS/SATAN.

2. Adakah benar SATAN/IBLIS itu wujud? ya memang benar. Tetapi, pengertiannya lebih halus. Adakah orang pernah melihat SATAN? kalau kita teliti bagaimana Adam dan Hawa jatuh ke dalam dosa adalah disebabkan oleh IBLIS iaitu seekor ular. Jadi, Adakah ular itu IBLIS? tidak tetapi hanya manifestasi iblis secara halus kerana di dalam Taman Aden semua haiwan di bawah kawalan manusia yang diwakili oleh Adam dan semua haiwan tidak merbahaya dan rapat dengan manusia. Dalam deskripsi seterus tidak menyebut rupa iblis yang sebenar hanya menyebut tentang si ular. Persoalannya, bagaimana ular berkenaan berjaya memperdayakan Adam sehingga dengan begitu mudah sahaja Adam dan Hawa jatuh ke dalam dosa? Sebenarnya Si Ular bukan IBLIS tetapi ular berkenaan dijadikan alat melalui penguasaan secara halus oleh IBLIS. Bagaimana Adam dan Hawa terpedaya? jawabnya penguasaan secara halus iaitu jiwa.

IBLIS memang telah wujud sejak manusia dijadikan sehingga kini tetapi kita tak perlu melihat wajahnya kerana iblis kelihatan dalam pelbagai rupa dan jika kita ingin melihatnya kita renungkan sebentar jiwa kita, tadi adakah kita marah, adakah kita menyakitkan hati orang lain, adakah kita mementingkan diri sendiri. Iblis bukan mahu menawan tubuh fizikal kita tetapi jiwa kita.

Jadi, poin penting yang ingin saya tekankan di sini ialah SATAN/IBLIS tidak sama dengan roh manusia yang telah meninggal dan sekali lagi jiwa kita untuk siapa? kerajaan ALLAH atau SATAN?

2:32 AM  

Post a Comment

<< Home