Saturday, February 18, 2006

SPIRITUAL WORLD: DOKUMEN BUKTI KEWUJUDAN DUNIA ROH.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sehingga kini saya telah menjalankan kajian dunia paranormal secara solo hampir setahun dan banyak pengalaman pahit manis telah saya lalui. Ketidakbenaran sesetengah pendapat masyarakat telah saya ketahui dan rahsia di sebalik realiti kehidupan harian kita sudah ternyata ada.
Setakat ini saya telah berjaya mendokumentasikan kewujudan dunia paranormal ini secara solo dengan harga yang tinggi - waktu, tenaga dan wang tetapi pengetahuan yang saya perolehi tak ternilai harganya. Pengalaman adalah guru yang paling hebat dan tiada tandingan, kegagalan adalah batu loncatan. Namun, masih ada sesetengah yang masih tidak mempercayai kewujudan dunia roh atau ragu-ragu - masih ramai yang tidak percaya bahawa apa yang saya perolehi bukan diadakan tetapi kebenaran. Benar sekali kata pengkaji lain yang benar-benar keluar menjalankan kajian yang benar dikatakan pembohongan tetapi pembohongan yang dikeluarkan oleh filem-filem hiburan adalah benar- sungguh pelik!
Setakat ini saya telah menghasilkan 4 DVD dokumentasi hasil kajian saya sepanjang hampir setahun dalam dunia paranormal tetapi masih banyak rahsia dari dunia alam lain masih tersembunyi yang hanya dapat dibongkar bertahun-tahun lagi.
Dokumentasi yang dikeluarkan dalam bentuk DVD ini telah diset dengang setting HQ untuk menjadikan hasil yang terbaik untuk dikongsi bersama. Jika anda berminat untuk mendapatkan salinan anda hanya perlu menghubungi saya. Saya bukan peniaga tetapi jika anda inginkan sesalinan saya akan beri sekurang-kurangnya sedikit perbelanjaan dalam penyelidikan akan datang dapat dikurangkan. Saya hanya kenakan bayaran RM15.00 untuk seunit termasuk kos pos yang jauh lebih murah daripada harga sebenar DVD yang ada di pasaran. Bayangkan RM15.00 tidak akan mampu menutup kos yang saya keluarkan untuk penyelidikan ini malahan aktiviti cetak rompak ke atas hasil penyelidikan ini memang berlaku.
DVD Research Vol. 2 di bawah ini memuatkan penyelidikan terhadap beberapa fenomena yang dikaitkan dengan geomagnetic fields dan beberapa aktiviti yang dirakam di sekolah, taman rekreasi, kuarters guru serta kawasan perkuburan memperlihatkan aktiviti paranormal yang tidak pernah dijangka.
DVD Research Vol.3 memuatkan aktiviti roh di kawasan perkuburan yang memperlihatkan sepasang mata daripada kubur, lembaga hitam yang berulang-alik di depan kamera, supercharge orb yang datang di depan kamera dan hilang menjadi acto dalam beberapa saat sahaja. DVD ini hanya rakaman video semata-mata yang dijalankan secara solo.
DVD Research Vol.4 memuatkan rakaman penyelidikan di sebuah sekolah yang dikatakan memiliki aktiviti paranormal luar biasa. Pertemuan secara tidak sengaja dengan Pegawai Keselamatan Sekolah berkenaan semasa saya sedang menjalankan kajian di sebuah taman rekreasi membawa kajian di sekolah berkenaan. Dalam rakaman yang dibuat di sekolah berkenaan terdapat lembaga misteri yang sedang mengendap kehairan ketika rakaman sedang dibuat. Malahan aktiviti supercharge orb yang memiliki kecerdasan memperlihatkan bahawa sekolah ini benar-benar memiliki penghuni dunia lain.
Jika anda berminat, anda boleh menghubungi saya melalui e-mail [ Klik Di sini ] atau anda boleh meninggalkan pesanan di dalam komen dengan meninggalkan e-mail anda.
Jika anda ada kemusyikilan atau mempunyai gambar yang pelik anda boleh menghantar kepada saya untuk diperiksa secara percuma - saya tidak meminta bayaran untuk perkhidmatan analisa gambar paranormal.
Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

18hb. Februari, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home