Buat Keputusan Anda!
MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SUNGAI PETANI, 17HB. FEBRUARI, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kesibukan sepanjang 2 minggu ini menyebabkan banyak perkara yang tertangguh dan penyelidikan juga terganggu akibat keadaan cuaca yang tidak menentu kerana mengikut pengalaman keadaan cuaca mempengaruhi aktiviti paranormal walaupun berada pada waktu bulan baru atau semasa bulan penuh.
Sepanjang 3 hari lalu saya juga ada menjalankan penyelidikan di kawasan perkuburan tetapi akibat daripada keadaan cuaca yang tidak baik seperti juga dalam penyelidikan lepas kegiatan aktiviti roh terlalu kurang atau hampir-hampir tidak berlangsung.
Walau bagaimanapun dalam beberapa rakaman gambar yang saya ambil semasa raptai dan semasa awal pagi sebelum sukan di adakan di sekolah saya telah merakamkan aktiviti paranormal. Sungguhpun, ciri-ciri anomali berkenaan tidak memenuhi syarat untuk dianggap sebagai anomali yang dijana oleh roh tetapi masih ada kemungkinan. Walau bagaimanapun, saya menganggap bahawa anomali ini hanya habuk atau silauan cahaya. Dalam kes ini, saya beri anda kuasa untuk menentukan kerana saya mengganggap ini adalah salah satu contoh yang paling sesuai bagaimana habuk dirakam di dalam gambar. Untuk anda menentukan sama ada orb ini adalah orb habuk atau sebaliknya – gambar di bawah ini diambil dalam selang 10 minit tetapi orb yang cerah masih kekal di sini dan berada pada lokasi yang berbeza.
Gambar di bawah ini juga hampir menepati orb in motion akibat daripada contrail di bahagian belakang tetapi sayang ia tidak kelihatan sphere oleh itu saya mengganggap ini bukan orb yang dijana oleh roh.
Apa yang menjadi topik hangat di dalam newsletter IGHS pula menyatakan bahawa tulang belakang penyelidikan alam paranormal adalah mereka yang menjalankan penyelidikan secara solo. Oleh itu, saya tidak bercadang untuk menjadikan Malaysian Ghost Research sebagai kelab. Walau bagaimanapun, MGRS hanyalah satu usaha menyebarkan kaedah penyelidikan dunia paranormal dan bertukar-tukar pandangan bagi mereka yang berminat dan bercadang menjalankan penyelidikan secara solo.
Dalam pengalaman, saya mendapati bahawa penyelidikan secara solo lebih berkesan berbanding penyelidikan secara beramai-ramai kerana tumpuan ke atas penyelidikan menjadi kurang sehingga 30% sahaja berbanding secara solo di mana tumpuan ke atas penyelidikan sentiasa berada pada tahap 100%.
Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.
17hb. Februari, 2006.
++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?
Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
SUNGAI PETANI, 17HB. FEBRUARI, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kesibukan sepanjang 2 minggu ini menyebabkan banyak perkara yang tertangguh dan penyelidikan juga terganggu akibat keadaan cuaca yang tidak menentu kerana mengikut pengalaman keadaan cuaca mempengaruhi aktiviti paranormal walaupun berada pada waktu bulan baru atau semasa bulan penuh.
Sepanjang 3 hari lalu saya juga ada menjalankan penyelidikan di kawasan perkuburan tetapi akibat daripada keadaan cuaca yang tidak baik seperti juga dalam penyelidikan lepas kegiatan aktiviti roh terlalu kurang atau hampir-hampir tidak berlangsung.
Walau bagaimanapun dalam beberapa rakaman gambar yang saya ambil semasa raptai dan semasa awal pagi sebelum sukan di adakan di sekolah saya telah merakamkan aktiviti paranormal. Sungguhpun, ciri-ciri anomali berkenaan tidak memenuhi syarat untuk dianggap sebagai anomali yang dijana oleh roh tetapi masih ada kemungkinan. Walau bagaimanapun, saya menganggap bahawa anomali ini hanya habuk atau silauan cahaya. Dalam kes ini, saya beri anda kuasa untuk menentukan kerana saya mengganggap ini adalah salah satu contoh yang paling sesuai bagaimana habuk dirakam di dalam gambar. Untuk anda menentukan sama ada orb ini adalah orb habuk atau sebaliknya – gambar di bawah ini diambil dalam selang 10 minit tetapi orb yang cerah masih kekal di sini dan berada pada lokasi yang berbeza.

Gambar di bawah ini juga hampir menepati orb in motion akibat daripada contrail di bahagian belakang tetapi sayang ia tidak kelihatan sphere oleh itu saya mengganggap ini bukan orb yang dijana oleh roh.
Apa yang menjadi topik hangat di dalam newsletter IGHS pula menyatakan bahawa tulang belakang penyelidikan alam paranormal adalah mereka yang menjalankan penyelidikan secara solo. Oleh itu, saya tidak bercadang untuk menjadikan Malaysian Ghost Research sebagai kelab. Walau bagaimanapun, MGRS hanyalah satu usaha menyebarkan kaedah penyelidikan dunia paranormal dan bertukar-tukar pandangan bagi mereka yang berminat dan bercadang menjalankan penyelidikan secara solo.Dalam pengalaman, saya mendapati bahawa penyelidikan secara solo lebih berkesan berbanding penyelidikan secara beramai-ramai kerana tumpuan ke atas penyelidikan menjadi kurang sehingga 30% sahaja berbanding secara solo di mana tumpuan ke atas penyelidikan sentiasa berada pada tahap 100%.
Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.
17hb. Februari, 2006.
++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?
Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home