KONSEP MIND, BODY AND SOUL.
MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SUNGAI PETANI, 18HB. JANUARI, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Baru-baru ini saya telah ditanya oleh seorang pengunjung melalui e-mail bertanya apa sebenarnya konsep MIND-BODY-SOUL. Saya masih ingat sebelum saya menjalankan kajian paranormal. Saya sering melihat roh orang sebelum mereka benar-benar meninggal. Penglihatan ini telah berlangsung hampir setiap hari telah membuka lembaran baru dalam diri saya.
Kemudian, saya mula bertanya apakah benar ada kehidupan selepas mati dan bagaimana keadaan di sana. Malahan, saya sebenarnya tidak pernah terfikir akan menjalankan kajian paranormal terutama sekali menjalankan kajian paranormal di kawasan perkuburan pada waktu malam secara solo tetapi saya buat.
Konsep pertama yang saya pelajari daripada IGHS – open mind. Saya telah membuka minda saya dan sentiasa berusaha membina fikiran positif sungguhpun masih kurang kefahaman. Kemudian saya keluar juga dan memperolehi bukan sekadar orb yang dijana oleh roh tetapi juga daripada orb persekitaran. Akibat daripada ketidakfahaman saya terus saja menganggap semua orb yang dirakam sebagai orb yang dijana hantu tetapi tidak begitu.
Kemudian setiap kali saya sampai di kawasan kajian saya sering bercakap dengan mengeluarkan perkataan untuk mendapatkan kebenaran daripada penghuni kawasan kajian kerana saya gagal menggunakan SOUL. Tetapi, ingat kita memiliki ROH yang berada di dalam tubuh kita oleh itu roh mereka yang telah meninggal sering dikenali sebagai ‘disembodied soul’.
Oleh itu, selepas menjalankan banyak kajian, saya mula menyedari bahawa roh yang saya kaji terlalu jauh daripada lens kamera. Akhirnya saya mengambil keputusan mencuba konsep soul iaitu menghubungi roh dengan jiwa. JIWA dengan JIWA tidak memerlukan perkataan tetapi untuk menggunakan SOUL perlu bantuan MIND untuk memasuki zon sub concious otak sehingga mencapai tumpuan 100%. Semasa interaksi MIND – SOUL maka kita harus hubungkan BODY sebagai sensor mengenal kehadiran roh. BODY adalah sensor biasa tetapi lebih hebat daripada peralatan canggih yang biasanya saya hanya menggunakan kompas sebagai alat mengesan kehadiran mereka dan sehingga kini saya jarang menggunakan bantuan kompas hanya sekali-sekala bagi menunjukkan mereka yang baru di mana jarum kompas akan berada jauh daripada arah utara magnet.
Kulit kita adalah sensitif dengan perubahan suhu. Pada tahap tumpuan 100% mata boleh melihat apa yang tidak kelihatan dan telinga mampu mendengar apa orang lain tidak lihat. Gunakan SOUL atau inner soul untuk berbual-bual dengan roh yang mendekati. Tumpukan perhatian dengan apa yang inner soul anda sedang perkatakan. Percaya atau tidak roh akan membantu anda dalam hal-hal tertentu seperti keadaan bahaya. Saya pernah berada jauh di kawasan perkuburan semasa menjalankan kajian paranormal berasa ada roh meminta saya meninggalkan tempat itu secepat mungkin kerana ada orang sedang memerhati. Oleh kerana inner soul begitu kuat meminta untuk meninggalkan kawasan kajian secepat mungkin saya mengikut rasa berkenaan dan saya mendapati 2 orang lelaki yang tidak dikenali berlegar-legar berdekatan dengan kereta saya.
Seperkara yang ingin saya kongsikan kepada para pengunjung, jika anda ingin menjalankan kajian paranormal bukan alat canggih yang menjanjikan kejayaan tetapi sikap diri kita. Kunci penting adalah kerendahan jiwa dan fikiran positif – ingat mereka yang berada di luar sana adalah roh mereka yang pernah hidup. Jika anda berfikir ia adalah hantu atau jembalang yang menakutkan lebih baik anda duduk saja di rumah kerana fikiran negatif akan menjana tenaga negatif dan kemungkinan besar anda menjemput tenaga negatif juga.
Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.
18hb Januari, 2006.
++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:

Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?
Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:

- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home