Monday, January 16, 2006

KAJIAN PARANORMAL: KEMATIAN BUKAN PENGAKHIR!


MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI, 16HB. JANUARI, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kesibukan dalam beberapa hari ini membuatkan saya tidak sempat menulis beberapa perkara yang berlaku di dalam kajian paranormal. Walaupun kos yang saya laburkan dalam kajian ini melebihi RM8,000 tetapi saya rasa pengetahuan yang saya perolehi tidak dapat dibeli dengan wang yang saya laburkan.

Seperkara yang menarik perhatian saya dalam news letter daripada IGHS ialah bagaimana pakar saintis gagal mendokumentasikan aktiviti paranormal walaupun dengan bantuan teknologi moden tidak menjanjikan kejayaan dalam dunia kajian paranormal kerana apa yang dikaji bukan sesuatu yang boleh dianalisis dengan sewenang-wenangnya kerana mereka memiliki kecerdasan seperti kita yang kadangkala mengelakkan diri daripada bertembung dengan orang tertentu jika kita tidak menyukai mereka.

Perkara yang penting yang disebut dalam kegagalan ini ialah pakar saintis ini memiliki skeptical mind. Walhal dalam bidang sains sudah diketahui umum bahawa otak yang aktif boleh menjana tenaga dalam bentuk gelombang di mana gelombang tenaga ini dengan mudah dibaca oleh roh kerana roh sudah berada dalam bentuk tenaga sungguhpun sesetengah orang mampu membaca fikiran seseorang melalui telepati.

Sehingga kini, selepas membelanjakan sejumlah wang untuk mempelajari lebih mendalam bidang ini seperti buku yang saya beli daripada Dr. Dave Oester Ghost Photography Handbook dan EVP Handbook : A Step-by-step Guide To Recording And Analysing Ghost Voices telah membantu saya melangkah jauh ke hadapan dan melalui pengalaman saya juga berjaya membentuk konsep baru MIND-BODY-SOUL semasa menjalankan kajian paranormal.

Ada yang berkata lebih baik mati daripada hidup. Tetapi, saya ingin bertanya adakah anda pasti selepas mati semuanya berakhir? Sepanjang pengetahuan saya berasaskan kepercayaan dalam agama tidak disebut bahawa ALLAH akan memusnahkan roh sebaliknya dihukum. Saya berpendapat bahawa perkataan hukum di sini membuktikan bahawa roh tidak akan binasa.

Apa yang saya faham, kita adalah roh – roh yang memiliki jasad dengan banyak keterbatasan. Apabila kita mati yang mati hanyalah jasad tetapi roh tetap wujud. Selepas saya mendengar EVP hasil kajian daripada pengkaji di negara barat menunjukkan ribuan malahan lebih daripada itu roh yang menderita kerana kematian terutama mereka yang menjadi mangsa kematian mengejut seperti kemalangan, pembunuhan dan peperangan. Saya masih ingat 2 EVP yang menunjukkan penderitaan iaitu suara EVP wanita “HELP” dan “I AM SAD” merupakan beberapa contoh suara roh yang menderita. Jadi pertanyaan saya, adakah anda pasti jika anda mati semua penderitaan akan berakhir? Ingin mengetahui, sila lawat laman IGHS – EVP...

Seperkara lagi yang menarik perhatian saya apabila ramai yang masih beranggapan bahawa wujud hantu. Pada saya sebagai pengkaji yang sehingga kini telah menganalisis lebih daripada 500 keping gambar dan telah menjalankan lebih 70 siri kajian secara solo belum menemui hantu tetapi saya telah melihat roh malahan mendengar suara mereka. Malah, saya telah mengalami kesejukan luar biasa apabila roh datang mendekati saya. Tetapi, tidak kurang juga mereka yang ‘nakal’ atau saja ingin mengusik – macam kita yang suka mengusik kawan dan buktinya gambar kewujudan mereka telah banyak saya poskan di dalam laman utama dan saya juga telah upload video clip kecuali video clip yang terkini. Malahan, kadang-kadang saya malu menggunakan istilah hantu kerana hantu tidak wujud tetapi pada saya apabila saya menyebut istilah hantu/ghost hanyalah merujuk kepada roh.

Dalam kajian terkini yang saya jalankan di sekolah rendah yang memiliki sejarahnya sendiri yang dikaitkan dengan keganasan tentera Jepun sedikit sebanyak membuktikan bahawa terdapat satu lokasi yang sangat aktif dengan kewujudan aktiviti paranormal.


Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

16hb Januari, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home