Saturday, January 07, 2006

KAJIAN PARANORMAL: INSTRUMEN PENTING MIND-BODY-SOUL.


MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI, 6HB. JANUARI, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sama ada anda percaya atau tidak fikiran positif akan menjana tenaga positif yang menarik tenaga positif daripada roh/hantu. Dr. Dave sering menyebut bahawa corak pemikiran kita sama ada positif atau negatif akan menjana tenaga yang boleh dibaca oleh hantu.

Oleh yang demikian, tidak hairan jika beliau menegaskan bahawa skeptical person atau orang yang tidak mempercayai kewujudan hantu yang ingin mendapatkan bukti tidak akan melihat hantu atau jika seseorang itu ingin mengambil gambar hantu tetapi tidak akan mendapat apa-apa melainkan orb daripada habuk atau lembapan persekitaran.

Saya tidak hairan kalau saya berjaya merakam objek anomalis semasa mengambil gambar di atas jambatan Pulau Pinang kerana pada masa yang sama saya terfikir bahawa hantu ada di mana-mana dan atas kepercayaan ini memungkinkan gelombang otak menghantar mesej kepada roh berdekatan bahawa saya ingin mengambil gambar dan termasuk gambar hantu.

Saya sangat percaya dan sentiasa berpegang kepada prinsip MIND-BODY-SOUL iaitu satu prinsip memahami dunia paranormal kerana manusia memiliki roh yang dikenali sebagai jiwa di mana jiwa ini berada di dalam tubuh fizikal dan fikiran adalah pengantara atau penghubung di antara BODY-SOUL.

Kegagalan kita memahami sesuatu perkara disebabkan kita gagal berkomunikasi dengan jiwa atau SOUL di mana dalam usaha berhubung dengan SOUL yang kita miliki kita terpaksa menggunakan MIND atau fikiran memasuki zon SUB CONCIOUS dengan bantuan tubuh fizikal BODY. Tetapi malangnya berapa kerap kita boleh menyatukan MIND-BODY-SOUL di dalam tindak-tanduk kita setiap hari. Kita melihat sesuatu perkara tetapi kita tidak merasai apa-apa atau anda sedang membaca buku tetapi pada masa yang sama anda terfikir pada seseorang ditambah pula pada masa yang sama anda menggunakan mata melihat adegan menarik pada kaca TV. Dalam situasi tadilah yang kerap kita lakukan tidak ada kesatuan di antara di antara MIND-BODY-SOUL akhirnya kita gagal melihat apa yang tidak kelihatan gagal mendengar apa yang tidak kedengaran.

Konsep MIND-BODY-SOUL saya perolehi dalam pengalaman menjalankan kajian paranormal. Di mana penyatuan ketiga-tiga instrumen ini memungkinkan kita berjaya di dalam kajian paranormal tidak semestinya kita harus seorang bomoh atau medium.

Pada kebiasaannya, sebaik sahaja berada di kawasan kajian perkara pertama yang akan saya lakukan ialah MIND SET iaitu menumpukan tumpuan ke atas kajian 100%, saya lupakan masalah sebelum sama ada keluarga atau kerja. Kedua. Kedua BODY iaitu menggunakan kelima-lima deria untuk merasai perubahan persekitaran iaitu kulit akan merasai perubahan suhu, telinga mendengar bunyi, mata akan melihat kelibat pergerakan manusia yang tidak kelihatan. Ketiga SOUL iaitu menggunakan naluri merasai nadi persekitaran sama ada kawasan kajian selamat dikaji atau kawasan kajian ada roh berdekatan – rasai jiwa mereka yang telah pergi – gembira, sedih atau sebaliknya.

Penyatuan MIND-BODY-SOUL merupakan instrumen penting untuk menjalankan kajian paranormal. Malahan kepercayaan bahawa apa yang dikaji sungguhpun tidak kelihatan adalah manusia tanpa jasad membawa suatu peluang yang besar di dalam kajian paranormal. Malahan penyatuan konsep ini penting kerana SOUL mampu berinteraksi dengan roh yang tidak kelihatan di mana MIND yang telah diset mempunyai gelombang elektrik melalui proses berfikir dan gelombang inilah yang dibaca oleh roh - sama ada anda percaya atau tidak anda boleh mencuba.


Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

7hb Januari, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home