Tuesday, January 31, 2006

Perasaan kita tempat siapa?

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI, 31HB. JANUARI, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dalam Newsletter IGHS menyebut tentang istilah ‘bad’ yang dikaitkan dengan hantu yang telah disalah anggap oleh kebanyakan orang di mana seseorang yang mempunyai kemampuan merasai emosi sesuatu kawasan akan merasai kewujudan emosi yang tidak baik dan seorang yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai tenaga yang diserap oleh persekitaran atau imprint energer menganggap bahawa perasaan ini disebabkan oleh aktiviti demonic spirit.

Imprint Energer merupakan tenaga daripada emosi yang dihasilkan oleh sesetengah komuniti atau seseorang semasa hayat terutama saat-saat terakhir sebelum ia mati disebabkan oleh sesuatu yang tidak menyenangkan seperti pembunuhan dan kekejaman. Emosi yang dijana keluar dalam bentuk tenaga akan diserap dan disimpan oleh alam sekitar sebagai rakaman yang akan dimainkan semula apabila keadaan dan waktu menyamai suasana semasa kejadian berlaku. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai sensitiviti emosi yang tinggi mungkin boleh merasai emosi kawasan berkenaan.

Oleh itu, kefahaman tentang sejarah yang berlaku di sesuatu kawasan amat penting untuk memahami emosi kawasan yang telah memerangkap emosi komuniti sebelum. Saya berpendapat juga, seseorang yang tidak sensitif boleh juga merasai kewujudan emosi seperti ini di sesuatu kawasan dengan konsep MIND-BODY-SOUL.

Apabila saya menyebut bahawa tidak wujud DEMONIC SPIRIT atau SATAN dan IBLIS ramai yang melontarkan tohmahan tetapi sayang terlalu sedikit yang faham konsep sebenar kewujudan SATAN atau IBLIS.

Pada saya tak perlu mencari wajah sebenar SATAN atau IBLIS kerana kewujudan SATAN atau IBLIS hampir sama dengan kewujudan ALLAH. Maknanya, melihat SATAN atau ALLAH adalah pengalaman peribadi tetapi kewujudan dua personal ini boleh dilihat di kalangan kita. ALLAH dan SATAN atau IBLIS adalah terjemahan di antara KEBAIKAN-KEJAHATAN , TERANG – KEGELAPAN. KEWUJUDAN 2 personal ini adalah NYATA dan BENAR tak boleh disangkal. Saya beri contoh, bila seseorang memberi pertolongan kepada orang lain dengan penuh KEIKHLASAN sebenarnya kita melihat KEBAIKAN ALLAH di dalam dia tetapi bila kita melihat seseorang yang jahat melakukan kejahatan seperti MEROGOL, PEMBUNUHAN DAN SEGALA KEJAHATAN SATAN maka orang itu ialah HAMBA SATAN kerana melakukan kejahatan dan kita telah melihat SATAN di dalam diri kita sendiri.

Cuba kita bayangkan berapa kerap kita melakukan kehendak ALLAH dan berapa kerap kita melakukan KEHENDAK PERIBADI? Persoalan di sini ialah JIWA kita iaitu SOUL yang mengenal kehadiran SATAN. Jadi, tidak perlu menegakkan kebenaran bahawa SATAN ada di mana-mana kerana itu satu kebenaran dan tidak perlu kita pergi jauh mencarinya. Kita hanya perlu duduk dan periksa jiwa kita; adakah kita pemarah, pernahkah kita membantu orang lain dengan ikhlas, adakah kita tidak pernah puas hati, adakah kita sentiasa sabar. Saya berpendapat bahawa, apa yang harus kita jaga ialah JIWA atau SOUL atau apa yang orang kenal sebagai PERASAAN sentiasa diperiksa supaya tidak DIGUNAKAN oleh SATAN atau IBLIS untuk melakukan kejahatan dan akhirnya kita jatuh sebagai HAMBA SATAN yang kemudian kita menyesal sepanjang hayat.

Persoalan kewujudan unhappy spirit dikaitkan dengan cara hidup sama ada hidup dalam harmoni di dalam masyarakat atau di sebaliknya. Jadi, kewujudan demonic spirit bukan SATAN tetapi lebih kepada UNHAPPY SPIRIT atau SAD SPIRIT akibat daripada kehidupan semasa hayat. Oleh yang demikian, roh ini mengganggu seseorang sebagai satu cara melepaskan marah seperti kita juga apabila marah yang tidak terlepas akan dilepaskan kepada orang lain yang tiada kaitan, bukan begitu?

Saya baru sahaja menambah clip video di mana dalam rakaman yang dibuat pada 01/01/2006 berjaya merakam bagaimana orb bertukar menjadi wajah seorang lelaki misteri dan rakaman ini telah dibuat di tempat yang orang tidak terfikir tentang kewujudan mereka.

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

31hb Januari, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

Thursday, January 26, 2006

What actually an orb?

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI, 26HB. JANUARI, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Saya baru sahaja selesai membuat ‘overhaul’ dalam laman web di mana saya telah memadam semua analisis yang hanya memberi maklumat salah dan saya anggap sebagai kotoran kerana apa yang dianalisis merupakan orb persekitaran. Di mana, saya telah memadam 20 analisis untuk menjadikan MGR sebagai tapak maklumat tentang kewujudan dunia roh. Usaha ini merupakan satu misi yang juga merupakan matlamat utama IGHS.

Boleh dikatakan bahawa laman ini bersih daripada feak ghost picture dan diharap perubahan ini dapat memberi pengetahuan yang benar-benar berguna kepada para pengunjung.

Ternyata bahawa apa yang paling ketara menjadi bahan perbicaraan di kalangan para pengunjung atau juga mereka yang menonton rakaman video masih ramai yang tidak percaya bahawa apa yang saya rakam adalah benar-benar membuktikan kewujudan roh tetapi apa yang menghairankan filem-filem hiburan yang menceritakan kisah hantu yang jauh daripada kebenaran dunia roh diterima bulat-bulat sebagai betul.

Berdasarkan kajian dan penyelidikan bukan sahaja yang saya jalankan tetapi juga yang dijalankan oleh pasukan lain di barat mempunyai persamaan di mana roh yang dirakam hampir 80% adalah dalam bentuk orb tetapi jangan lupa orb bukan hantu tetapi ia adalah kata sifat yang menerangkan objek itu sahaja.

Orb yang dijana oleh roh memiliki jasad yang nyata dan mempunyai bentuk yang sangat bulat dengan bahagian tepi yang kelihatan terdapat asap dikenali sebagai acto dan bukan transpiran. Apabila ia berhenti atau dalam keadaan tidak bergerak ia kelihatan bulat dengan ciri di atas. Tetapi, apabila ia mula bergerak ia akan kelihatan meninggalkan kesan pergerakan yang dikenali sebagai contrail.

Dalam keadaan tertentu, orb yang bergerak pada kelajuan sederhana ia akan meninggalkan kesan contrail dan tahap ini orb dikenali sebagai orb in motion tetapi apabila ia bergerak pada kelajuan yang sangat tinggi ia akan kelihatan sebagai satu bentuk tali atau tongkat yang memanjang tanpa contrail dikenali sebagai vortex.

Harus diingat bahawa roh dalam bentuk tenaga, oleh itu ia akan kelihatan lebih aktif atau boleh dilihat menyerupai manusia semasa keadaan lapisan tenaga geomagnetic pada tahap paling maksimum semasa bulan baru, bulan penuh atau semasa berlaku ribut suria. Malahan dinyatakan juga penampakan roh berlaku semasa kejadian petir yang dikaitkan peningkatan tahap geomagnetic di dalam udara.

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

26hb Januari, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

Tuesday, January 24, 2006

No Demonic Spirits!

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI, 23HB. JANUARI, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kesibukan beberapa hari ini telah membuatkan saya tidak sempat mengemaskini atau menambah hasil penyelidikan terkini. Tambahan pula, wartawan dari New Straits Times ingin menemu rama saya tetapi saya telah memilih untuk menjawab soalan secara bertulis kerana kesibukan.

Saya baru sahaja membaca news letter daripada IGHS dan mendapati bahawa Dr. Dave sedang dalam proses persediaan mengadakan persidangan pengkaji-pengkaji paranormal pada bulan Mei tetapi sayang terlalu jauh bagi saya untuk menghadirinya.

Walau bagaimanapun, belajar dan mengkaji alam paranormal tidak semestinya perlu memiliki sijil, apa yang penting kita belajar melalui pengalaman dan pengalaman inilah yang menjadi guru paling hebat.

Saya begitu hairan, malahan merasa sedih dan kasihan kepada mereka yang begitu sceptical. Dengan bukti yang dirakam di dalam video masih ada yang tidak percaya – inilah yang dikatakan oleh kebanyakan pengkaji sedikit sahaja bukti bagi mereka yang percaya tetapi bukti beratus atau hampir memenuhi sebuah gudang tidak mencukupi bagi mereka yang tidak percaya kecuali mereka mengalami sendiri.

Tetapi malang, bagaimana mereka boleh merasai sendiri kalau begitu takut terhadap kewujudan roh. Saya sangat bersetuju pendapat Dr. Dave, tidak wujud demon kerana selama 8 bulan saya menjalankan kajian secara solo dengan kajian lebih 40 kali, saya tidak menemui syaitan atau demon. Apa yang merisaukan saya semasa menjalankan kajian hanyalah masalah atau orang jahat bukan hantu kerana hantu juga pernah membantu saya. Demikian juga Dr. Dave menyebut “We have seen no evidence of demonic spirits during our fifteen years of investigations, but we have seen people with mental health issues who believe they hear angry shouting spirits, but then again, it could be the medication they are taking. In our fifteen years, we have never encountered demons, devils, or Satan, but we have heard enough fire and brimstone ministers on the radio who sounded demonic in their condemnation of others.” ---Dr. Dave Oester.

Saya tidak merasa malu mengakui kesilapan saya dalam kajian awal kerana ketidakfahaman terhadap kewujudan roh. Malahan saya juga pernah menganggap orb hasil daripada persekitaran sebagai hantu. Tetapi, saya bernasib baik bernaung di bawah IGHS dalam tempoh yang singkat saya menyedari hakikat berkenaan dan di sini saya suka menurunkan satu lagi contoh environmental orb yang memperlihatkan orb berwarna kuning tetapi lutsinar. Ini bukan hantu, tetapi mungkin mereka yang tidak mengetahuinya terus sahaja menganggapnya sebagai hantu.Jika anda ingin mengetahui rahsia sebenar kewujudan 11 lagi dimensi lain, kenapa masih duduk diam – mari kita bersama meneroka keajaiban yang penuh dengan rahsia dan kita sebar dang kongsi bersama.

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

23hb Januari, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

Wednesday, January 18, 2006

KONSEP MIND, BODY AND SOUL.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI, 18HB. JANUARI, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Baru-baru ini saya telah ditanya oleh seorang pengunjung melalui e-mail bertanya apa sebenarnya konsep MIND-BODY-SOUL. Saya masih ingat sebelum saya menjalankan kajian paranormal. Saya sering melihat roh orang sebelum mereka benar-benar meninggal. Penglihatan ini telah berlangsung hampir setiap hari telah membuka lembaran baru dalam diri saya.

Kemudian, saya mula bertanya apakah benar ada kehidupan selepas mati dan bagaimana keadaan di sana. Malahan, saya sebenarnya tidak pernah terfikir akan menjalankan kajian paranormal terutama sekali menjalankan kajian paranormal di kawasan perkuburan pada waktu malam secara solo tetapi saya buat.

Konsep pertama yang saya pelajari daripada IGHS – open mind. Saya telah membuka minda saya dan sentiasa berusaha membina fikiran positif sungguhpun masih kurang kefahaman. Kemudian saya keluar juga dan memperolehi bukan sekadar orb yang dijana oleh roh tetapi juga daripada orb persekitaran. Akibat daripada ketidakfahaman saya terus saja menganggap semua orb yang dirakam sebagai orb yang dijana hantu tetapi tidak begitu.

Kemudian setiap kali saya sampai di kawasan kajian saya sering bercakap dengan mengeluarkan perkataan untuk mendapatkan kebenaran daripada penghuni kawasan kajian kerana saya gagal menggunakan SOUL. Tetapi, ingat kita memiliki ROH yang berada di dalam tubuh kita oleh itu roh mereka yang telah meninggal sering dikenali sebagai ‘disembodied soul’.

Oleh itu, selepas menjalankan banyak kajian, saya mula menyedari bahawa roh yang saya kaji terlalu jauh daripada lens kamera. Akhirnya saya mengambil keputusan mencuba konsep soul iaitu menghubungi roh dengan jiwa. JIWA dengan JIWA tidak memerlukan perkataan tetapi untuk menggunakan SOUL perlu bantuan MIND untuk memasuki zon sub concious otak sehingga mencapai tumpuan 100%. Semasa interaksi MIND – SOUL maka kita harus hubungkan BODY sebagai sensor mengenal kehadiran roh. BODY adalah sensor biasa tetapi lebih hebat daripada peralatan canggih yang biasanya saya hanya menggunakan kompas sebagai alat mengesan kehadiran mereka dan sehingga kini saya jarang menggunakan bantuan kompas hanya sekali-sekala bagi menunjukkan mereka yang baru di mana jarum kompas akan berada jauh daripada arah utara magnet.
Kulit kita adalah sensitif dengan perubahan suhu. Pada tahap tumpuan 100% mata boleh melihat apa yang tidak kelihatan dan telinga mampu mendengar apa orang lain tidak lihat. Gunakan SOUL atau inner soul untuk berbual-bual dengan roh yang mendekati. Tumpukan perhatian dengan apa yang inner soul anda sedang perkatakan. Percaya atau tidak roh akan membantu anda dalam hal-hal tertentu seperti keadaan bahaya. Saya pernah berada jauh di kawasan perkuburan semasa menjalankan kajian paranormal berasa ada roh meminta saya meninggalkan tempat itu secepat mungkin kerana ada orang sedang memerhati. Oleh kerana inner soul begitu kuat meminta untuk meninggalkan kawasan kajian secepat mungkin saya mengikut rasa berkenaan dan saya mendapati 2 orang lelaki yang tidak dikenali berlegar-legar berdekatan dengan kereta saya.

Seperkara yang ingin saya kongsikan kepada para pengunjung, jika anda ingin menjalankan kajian paranormal bukan alat canggih yang menjanjikan kejayaan tetapi sikap diri kita. Kunci penting adalah kerendahan jiwa dan fikiran positif – ingat mereka yang berada di luar sana adalah roh mereka yang pernah hidup. Jika anda berfikir ia adalah hantu atau jembalang yang menakutkan lebih baik anda duduk saja di rumah kerana fikiran negatif akan menjana tenaga negatif dan kemungkinan besar anda menjemput tenaga negatif juga.

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

18hb Januari, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

Monday, January 16, 2006

KAJIAN PARANORMAL: KEMATIAN BUKAN PENGAKHIR!

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI, 16HB. JANUARI, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kesibukan dalam beberapa hari ini membuatkan saya tidak sempat menulis beberapa perkara yang berlaku di dalam kajian paranormal. Walaupun kos yang saya laburkan dalam kajian ini melebihi RM8,000 tetapi saya rasa pengetahuan yang saya perolehi tidak dapat dibeli dengan wang yang saya laburkan.

Seperkara yang menarik perhatian saya dalam news letter daripada IGHS ialah bagaimana pakar saintis gagal mendokumentasikan aktiviti paranormal walaupun dengan bantuan teknologi moden tidak menjanjikan kejayaan dalam dunia kajian paranormal kerana apa yang dikaji bukan sesuatu yang boleh dianalisis dengan sewenang-wenangnya kerana mereka memiliki kecerdasan seperti kita yang kadangkala mengelakkan diri daripada bertembung dengan orang tertentu jika kita tidak menyukai mereka.

Perkara yang penting yang disebut dalam kegagalan ini ialah pakar saintis ini memiliki skeptical mind. Walhal dalam bidang sains sudah diketahui umum bahawa otak yang aktif boleh menjana tenaga dalam bentuk gelombang di mana gelombang tenaga ini dengan mudah dibaca oleh roh kerana roh sudah berada dalam bentuk tenaga sungguhpun sesetengah orang mampu membaca fikiran seseorang melalui telepati.

Sehingga kini, selepas membelanjakan sejumlah wang untuk mempelajari lebih mendalam bidang ini seperti buku yang saya beli daripada Dr. Dave Oester Ghost Photography Handbook dan EVP Handbook : A Step-by-step Guide To Recording And Analysing Ghost Voices telah membantu saya melangkah jauh ke hadapan dan melalui pengalaman saya juga berjaya membentuk konsep baru MIND-BODY-SOUL semasa menjalankan kajian paranormal.

Ada yang berkata lebih baik mati daripada hidup. Tetapi, saya ingin bertanya adakah anda pasti selepas mati semuanya berakhir? Sepanjang pengetahuan saya berasaskan kepercayaan dalam agama tidak disebut bahawa ALLAH akan memusnahkan roh sebaliknya dihukum. Saya berpendapat bahawa perkataan hukum di sini membuktikan bahawa roh tidak akan binasa.

Apa yang saya faham, kita adalah roh – roh yang memiliki jasad dengan banyak keterbatasan. Apabila kita mati yang mati hanyalah jasad tetapi roh tetap wujud. Selepas saya mendengar EVP hasil kajian daripada pengkaji di negara barat menunjukkan ribuan malahan lebih daripada itu roh yang menderita kerana kematian terutama mereka yang menjadi mangsa kematian mengejut seperti kemalangan, pembunuhan dan peperangan. Saya masih ingat 2 EVP yang menunjukkan penderitaan iaitu suara EVP wanita “HELP” dan “I AM SAD” merupakan beberapa contoh suara roh yang menderita. Jadi pertanyaan saya, adakah anda pasti jika anda mati semua penderitaan akan berakhir? Ingin mengetahui, sila lawat laman IGHS – EVP...

Seperkara lagi yang menarik perhatian saya apabila ramai yang masih beranggapan bahawa wujud hantu. Pada saya sebagai pengkaji yang sehingga kini telah menganalisis lebih daripada 500 keping gambar dan telah menjalankan lebih 70 siri kajian secara solo belum menemui hantu tetapi saya telah melihat roh malahan mendengar suara mereka. Malah, saya telah mengalami kesejukan luar biasa apabila roh datang mendekati saya. Tetapi, tidak kurang juga mereka yang ‘nakal’ atau saja ingin mengusik – macam kita yang suka mengusik kawan dan buktinya gambar kewujudan mereka telah banyak saya poskan di dalam laman utama dan saya juga telah upload video clip kecuali video clip yang terkini. Malahan, kadang-kadang saya malu menggunakan istilah hantu kerana hantu tidak wujud tetapi pada saya apabila saya menyebut istilah hantu/ghost hanyalah merujuk kepada roh.

Dalam kajian terkini yang saya jalankan di sekolah rendah yang memiliki sejarahnya sendiri yang dikaitkan dengan keganasan tentera Jepun sedikit sebanyak membuktikan bahawa terdapat satu lokasi yang sangat aktif dengan kewujudan aktiviti paranormal.

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

16hb Januari, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

Tuesday, January 10, 2006

KAJIAN PARANORMAL: SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI, 10HB. JANUARI, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Terlalu sukar untuk diterima bagi mereka yang tidak pernah melihat atau tidak pernah menjalankan kajian paranormal secara peribadi. Apa lagi jika seseorang menceritakan pengalamannya melihat atau mengalami kehadiran hantu. Sungguhpun demikian tidak semua orang akan mengalami apa yang orang lain alami atau lihat.

Seperkara yang menjadi isu hangat di dalam IGHS news letter yang menyebut tentang kegagalan pakar saintis mendokumentasikan fenomena misteri di ladang penternakan lembu di Amerika hanya kerana satu punca iaitu TIDAK MEMPERCAYAI KEWUJUDAN ROH atau apa yang dipanggil sebagai skeptical mind. Kegagalan mereka disebabkan mereka sendiri menjana fikiran negatif.

Peralatan canggih tidak menjanjikan kejayaan. Sungguhpun saya sendiri tidak memiliki peralatan canggih tetapi hanya sebuah kamera digital dan perakam video sony tetapi saya mampu membuktikan kewujudan roh meskipun kawasan kajian bukan kawasan perkuburan.

Baru-baru ini saya telah menjalankan kajian di taman rekreasi dengan berbekalkan positif mind dengan konsep MIND-BODY-SOUL serta mengikut set standard dan protokol melalui common sense yang diajar oleh IGHS saya berjaya merakam aktiviti paranormal sungguhpun tidak seaktif semasa bulan penuh tetapi saya tidak mengalami kegagalan malahan saya juga telah dijemput menjalankan kajian paranormal di sebuah sekolah di sekitar Sg. Petani untuk membuktikan bahawa sekolah berkenaan memiliki aktiviti paranormal sememangnya tidak dapat disangkal.

Dalam rakaman video yang saya jalankan di beberapa lokasi di kawasan sekolah bukan sekadar berjaya merakam pergerakan supercharge orb atau orb in motion tetapi juga berjaya merakam aktiviti anomalis cahaya kenderaan misteri di kawasan hutan belukar seolah-olah wujud jalan raya di kawasan berkenaan. Pada malam yang sama juga rakaman berjaya merakam objek yang kelihatan bergerak-gerak yang agak mencurigakan seperti terdapat sifat ingin tahu. Sungguhpun, ia tidak begitu jelas tetapi pergerakannya membuktikan seperti makhluk dari dunia lain.

Sungguhpun demikian, saya belum membuat kesimpulan sepenuhnya kerana saya belum menjalankan kajian sepenuhnya pada waktu yang saya anggap waktu paling sesuai di sekolah berkenaan tetapi kesimpulan awal apa yang dikatakan sekolah ini memiliki aktiviti paranormal memang positif.

Walau bagaimanapun, saya tidak menjamin bahawa anda boleh berjaya merakam aktiviti paranormal jika anda tidak memiliki positif thingking. Saya hanya memegang konsep yang paling asas iaitu – apa yang saya kaji adalah manusia biasa tanpa tubuh bukan hantu dan saya sentiasa menghormati kewujudan mereka sebagaimana saya dan anda wujud.

Saya hanya berpegang pada prinsip hormat menghormati, jika kita tahu menjaga tata tertib semasa berada di tempat orang kita akan mendapat penghormatan dan demikian juga jika kita ingin mengkaji lokasi yang positif dengan aktiviti paranormal buka minda kita rendahkan diri dan hormati mereka yang kita kaji.

Saya tidak mempercayai kewujudan hantu tetapi saya percaya kewujudan roh kerana pada saya istilah hantu merupakan perkataan negatif yang sudah dianggap sebagai suatu entiti yang menakutkan padahal ia adalah di sebaliknya. Pendek kata istilah ‘hantu’ pada saya adalah satu penghinaan kepada mereka yang telah mati padahal yang mati hanyalah jasad tetapi individu sebenar masih wujud dalam bentuk roh yang masih memiliki sifat sedia kala kecuali penampilan yang berbeza kerana tidak memiliki jasad.

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

10hb Januari, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

Saturday, January 07, 2006

KAJIAN PARANORMAL: INSTRUMEN PENTING MIND-BODY-SOUL.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI, 6HB. JANUARI, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sama ada anda percaya atau tidak fikiran positif akan menjana tenaga positif yang menarik tenaga positif daripada roh/hantu. Dr. Dave sering menyebut bahawa corak pemikiran kita sama ada positif atau negatif akan menjana tenaga yang boleh dibaca oleh hantu.

Oleh yang demikian, tidak hairan jika beliau menegaskan bahawa skeptical person atau orang yang tidak mempercayai kewujudan hantu yang ingin mendapatkan bukti tidak akan melihat hantu atau jika seseorang itu ingin mengambil gambar hantu tetapi tidak akan mendapat apa-apa melainkan orb daripada habuk atau lembapan persekitaran.

Saya tidak hairan kalau saya berjaya merakam objek anomalis semasa mengambil gambar di atas jambatan Pulau Pinang kerana pada masa yang sama saya terfikir bahawa hantu ada di mana-mana dan atas kepercayaan ini memungkinkan gelombang otak menghantar mesej kepada roh berdekatan bahawa saya ingin mengambil gambar dan termasuk gambar hantu.

Saya sangat percaya dan sentiasa berpegang kepada prinsip MIND-BODY-SOUL iaitu satu prinsip memahami dunia paranormal kerana manusia memiliki roh yang dikenali sebagai jiwa di mana jiwa ini berada di dalam tubuh fizikal dan fikiran adalah pengantara atau penghubung di antara BODY-SOUL.

Kegagalan kita memahami sesuatu perkara disebabkan kita gagal berkomunikasi dengan jiwa atau SOUL di mana dalam usaha berhubung dengan SOUL yang kita miliki kita terpaksa menggunakan MIND atau fikiran memasuki zon SUB CONCIOUS dengan bantuan tubuh fizikal BODY. Tetapi malangnya berapa kerap kita boleh menyatukan MIND-BODY-SOUL di dalam tindak-tanduk kita setiap hari. Kita melihat sesuatu perkara tetapi kita tidak merasai apa-apa atau anda sedang membaca buku tetapi pada masa yang sama anda terfikir pada seseorang ditambah pula pada masa yang sama anda menggunakan mata melihat adegan menarik pada kaca TV. Dalam situasi tadilah yang kerap kita lakukan tidak ada kesatuan di antara di antara MIND-BODY-SOUL akhirnya kita gagal melihat apa yang tidak kelihatan gagal mendengar apa yang tidak kedengaran.

Konsep MIND-BODY-SOUL saya perolehi dalam pengalaman menjalankan kajian paranormal. Di mana penyatuan ketiga-tiga instrumen ini memungkinkan kita berjaya di dalam kajian paranormal tidak semestinya kita harus seorang bomoh atau medium.

Pada kebiasaannya, sebaik sahaja berada di kawasan kajian perkara pertama yang akan saya lakukan ialah MIND SET iaitu menumpukan tumpuan ke atas kajian 100%, saya lupakan masalah sebelum sama ada keluarga atau kerja. Kedua. Kedua BODY iaitu menggunakan kelima-lima deria untuk merasai perubahan persekitaran iaitu kulit akan merasai perubahan suhu, telinga mendengar bunyi, mata akan melihat kelibat pergerakan manusia yang tidak kelihatan. Ketiga SOUL iaitu menggunakan naluri merasai nadi persekitaran sama ada kawasan kajian selamat dikaji atau kawasan kajian ada roh berdekatan – rasai jiwa mereka yang telah pergi – gembira, sedih atau sebaliknya.

Penyatuan MIND-BODY-SOUL merupakan instrumen penting untuk menjalankan kajian paranormal. Malahan kepercayaan bahawa apa yang dikaji sungguhpun tidak kelihatan adalah manusia tanpa jasad membawa suatu peluang yang besar di dalam kajian paranormal. Malahan penyatuan konsep ini penting kerana SOUL mampu berinteraksi dengan roh yang tidak kelihatan di mana MIND yang telah diset mempunyai gelombang elektrik melalui proses berfikir dan gelombang inilah yang dibaca oleh roh - sama ada anda percaya atau tidak anda boleh mencuba.

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

7hb Januari, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

Wednesday, January 04, 2006

SUNGAI PETANI, NEWS LETTER, 4HB JAN. 2006.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SUNGAI PETANI, NEWS LETTER, 4HB. JAN., 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Saya baru sahaja selesai membaca news letter daripada IGHS yang banyak menyentuh tentang kebodohan sesetengah orang yang menganggap mereka berjaya merakam hantu dan dengan bangga pula mewar-warkan orb yang dirakam kepada orang lain walhal ia hanyalah habuk daripada persekitaran.

Demikian juga, Dr. Dave menyebut bahawa ia mengajar bagaimana membuat penyelidikan secara saintifik. Beliau menyatakan bahawa kunci penting dalam penyelidikan dunia paranormal yang melibatkan roh ialah sikap kita sendiri iaitu fikiran positif dan juga tingkah laku positif kerana roh mampu membaca fikiran kita kerana fikiran kita menjana tenaga sama ada positif atau negatif bergantung kepada fikiran kita.

Seperkara yang menarik perhatian saya sepanjang menjalankan kajian, saya mendapati bahawa kefahaman dan juga fikiran yang positif banyak membantu kejayaan saya di dalam setiap penyelidikan. Malahan dengan mengamalkan standard dan protokol yang diajar oleh IGHS meletakkan satu peluang 90%. Satu perkara yang pasti, saya belum pernah mengalami kegagalan di dalam setiap kajian sungguhpun kurang tetapi saya tidak pernah pulang dengan tangan kosong.

Dalam kajian terkini yang saya laksanakan pada 01/01/2006 juga membawa satu kejayaan luar jangkaan. Sungguhpun, cuaca pada hari berkenaan tidak begitu baik tetapi kerana fikiran positif dan dengan kaedah penyelidikan yang betul saya berjaya merakam orb yang berubah menjadi wajah seorang lelaki selain daripada supercharge orb sungguhpun tempat kajian bukan kawasan perkuburan – percaya atau tidak saya memang mempunyai bukti.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjadi ahli MGR kepada seorang ahli baru. Ramai yang bertanya bagaimana hendak menghantar gambar – jika anda menggunakan kamera digital, anda boleh sisipkan gambar anda di dalam e-mel atau jika bukan anda perlu imbas dahulu sebelum disisipkan di dalam e-mel.

Happy New Year 2006!

Best Regards,
Cikgu Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

4hb Januari, 2006.