JOURNAL PENYLIDIKAN ALAM MISTERI: 7HB MEI 2006, SUNGAI PETANI.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Saya menjangkakan penyelidikan dunia paranormal pada bulan ini akan saya jalankan semasa mengikuti perkhemahan khas bersama pengawas sekolah di Batu 10, Jalan Jeniang Kedah. Kebetulan pula, tarikh yang dicadang untuk perkhemahan pada kali ini jatuh semasa bulan penuh itu pun jika tidak berlaku keadaan cuaca yang buruk.
Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan saya membatalkan penyelidikan kerana mengikut pengalaman keadaan cuaca mempengaruhi jumlah geogmagnetic di kawasan kajian walaupun semasa bulan penuh.
Baru-baru ini beberapa orang menyatakan kepada saya bahawa gambar hantu yang telah saya rakam adalah gambar yang dilukis menggunakan perisian komputer. Saya tidak mahu memberi komen tentang pertanyaan berkenaan kerana tidak ada guna menjawab pertanyaan orang yang berfikiran negatif atau mereka yang tidak percaya tentang kewujudan dunia roh. Tetapi peliknya, apabila saya menyatakan bahawa saya merakam gambar hantu menyerupai manusia dan menunjukkan kepada mereka, dengan mudah sahaja diterima walaupun gambar berkenaan bukan hantu.
Jadi, ternyata bahawa rata-rata hanya menerima apa yang dikatakan hantu jika ia menyerupai seperti manusia walaupun gambar berkenaan merupakan gambar tiruan akibat daripada masalah teknikal.
Sehubungan dengan itu, saya sangat tertarik dengan kenyataan seorang profesor iaitu Dr. Michio Kaku yang menyatakan bahawa tidak ada seorang pun yang pernah ke matahari tetapi kita mengetahui bahawa matahari terdiri daripada gas hidrogen kerana kita menerima echo melalui sinaran matahari. Demikian juga tidak ada seorang yang pernah ke dalam perut bumi tetapi kita tahu bahawa suhu di dalam perut bumi adalah panas melalui kajian ke atas cairan magma yang keluar dari lohong gunung berapi.
Melalui konsep ini serupa juga dengan kewujudan dimensi lain berserta dengan penghuninya yang penuh misteri. Mengikut kajian saintis bahawa hubungan dunia fizikal dengan 12 dimensi yang lain dikaitkan dengan apa yang dikatakan sebagai getaran atau vibration. Kewujudan dunia misteri yang diwakili oleh roh paling mudah dikaitkan dengan kejadian tsunami pada tahun 2004. Negara kita bebas daripada bencana alam seperti kejadian gempa bumi kerana negara kita jauh daripada Lingkaran Api Pasifik tetapi kesan kita dapat rasai walaupun kejadian gempa bumi berlaku beratus kilometer dari tempat kita. Jika dikaitkan dengan kewujudan dunia lain yang diwakili oleh roh atau hantu kawasan perkuburan merupakan pintu terdekat di antara dunia fizikal dengan dunia alam roh. Jadi, tidak hairan jika ramai yang begitu takut berada di kawasan perkuburan pada waktu malam.
Ramai yang begitu yakin bahawa roh atau hanya kelihatan dalam bentuk manusia tetapi hakikatnya jauh daripada sangkaan kita dan tidak kurang pula yang menyatakan bahawa gambar yang saya rakam adalah bukan hantu hanya direka tetapi peliknya apabila saya ajak pergi bersama semua menolak. Tidak kurang juga yang bertanya kepada saya kenapa saya buat kajian ini? Saya buat kajian ini untuk mengetahui rahsia di sebalik kewujudan dimensi lain yang penuh misteri tetapi semakin lama semakin banyak perkara yang saya pelajari.
Dalam journal kali ini, saya ingin berkongsi dengan pengunjung tentang bagaimana masalah teknikal boleh menghasilkan ‘fake ghost’. Dua hari lepas saya telah mencuba untuk menghasilkan hantu tiruan melalui kaedah ‘long expose’ dan ‘camera shake’. Gambar di bawah ini merupakan contoh bagaimana masalah teknikal boleh mengwujudkan rakaman ‘fake ghost’.

Kedua-dua gambar ini telah dirakam menggunakan setting program dengan expose time 8/60 dengan gegaran minima menghasilkan imej secara keseluruhan menjadi kabur menghasilkan imej yang kabur. Daripada ujian ini maka saya dapat kesimpulan bahawa apa yang telah saya rakam di Taman Burung dalam perayaan tanglung tahun 2005 dan juga rakaman gambar misteri di bukit Hijau sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan ujian ini di mana kejadian imej kabur hanya berlaku pada spot tertentu dan ini pun dianggap oleh sesetengah pengunjung sebagai gambar rekaan semata-mata. Jika anda berminat untuk membandingkan gambar berkenaan dengan hasil ujian ini sila klik di sini.Dalam kajian ini saya berjaya mencari jawapan bahawa imej yang dihasilkan oleh setting ‘long expose’ dan camera shake sebenarnya menghasilkan imej yang benar-benar kabur.
Selamat menjalankan kajian alam misteri!
Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.
7hb. Mei, 2006.
++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Miscellaneous Personal Diary – Activities other than ghost hunting.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Downloading.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini atau anda berminat menjadi ahli biasa...
Jika anda ingin menerima newsletter melalui email pastikan anda menetapkan opsyen jenis penghantaran newsletter sebagai ‘special notice’.
Klik link berikut untuk:-
PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI.
PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
MALAYSIAN GHOST RESEARCH JOURNAL


