JOURNAL PENYELIDIKAN ALAM MISTERI, 14HB APRIL 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
JOURNAL PENYELIDIKAN: 17HB. APRIL, 2006, SUNGAI PETANI,
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini nampaknya sedikit sebanyak mempengaruhi kelancaran perjalanan penyelidikan solo yang saya lakukan. Bukan mudah menjalankan penyelidikan solo yang dibuat dalam masa tertentu sahaja lebih-lebih lagi masa yang terhad. Kemas kini journal penyelidikan dan juga pos hasil penyelidikan terkini tertunda selama dua hari akibat kerosakan router modem yang terkena petir yang berlaku pada petang Sabtu walaupun ia tidak digunakan. Kemaskini hanya pulih semula pada jam 8.00 petang kelmarin selepas saya lakukan penyelenggaraan komputer selama 5 jam setengah. Update bagi hasil penyelidikan akan mula diupload pada malam ini.
Dalam penyelidikan terkini yang saya jalankan, walaupun hasil penyelidikan tidaklah sangat membanggakan tetapi saya masih dapat memperolehi 4 keping gambar yang berjaya merakam misteri dunia paranormal. Sungguhpun demikian, saya juga memperolehi anomali persekitaran seperti serangga yang kelihatan seperti orb charge dan juga orb persekitaran.
Dalam kajian semalam, saya telah menjalankan kajian di perkuburan kristian dan gambar di bawah adalah gambar dalam kajian berkenaan.


kemudian ke kawasan perumahan kakitangan kerajaan yang terbiar termasuk sebuah rumah kosong di mana saya memperolehi orb yang dijana oleh roh berada di bahagian kaki lima.

Saya juga sempat ke kawasan perkuburan lama untuk mengambil beberapa keping gambar tetapi pada kali ini tiada apa yang dirakam melainkan landskap kawasan berkenaan sahaja.
Apa yang jelas seperti dalam pengalaman yang lepas, keadaan cuaca banyak merubah suhu persekitaran, keadaan mendung walaupun bulan penuh mempengaruhi kajian, dalam rakaman video yang saya jalankan melalui rakaman orb in motion dan supercharge orb hanya berlaku selang 5 hingga 10 minit, hampir-hampir tiada atau tiada aktiviti paranormal langsung.
Fungsi kitaran bulan penuh dan juga sinaran bulan yang memancarkan sinaran gelombang elektromagnet atau apa yang dikenali sebagai sinaran elektromagnet gelombang panjang sangat penting dalam aktiviti paranormal terutama sekali apabila dikaitkan dengan kajian aktiviti roh. Maka tidak hairanlah, jika legenda mempercayai bulan penuh dengan cahaya yang terang banyak dikaitkan dengan serigala jadian dan juga dracula di dalam filem-filem hiburan kerana sinaran bulan penuh membekalkan tenaga elektromagnet yang memainkan peranan dalam aktiviti paranormal.
Malahan fenomena ini disokong dalam kajian sains menyatakan bahawa the spirits entity may return to the physical world again and again to gain more energy from the electromagnet flux so that they can elevated themselves to the high dimension. Oleh yang demikian, tidak hairan jika semasa bulan penuh aktiviti paranormal akan meningkat dengan mendedak kerana roh yang berada di dimensi lain akan kembali untuk mendapatkan lebih banyak tenaga elektromagnet tetapi manfaat sedemikian hanya berlaku jika keadaan cuaca setempat adalah baik dengan pancaran sinaran bulan sampai ke permukaan bumi tanpa halangan.
Selamat menjalankan kajian dimensi lain!
Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.
17hb. April, 2006.
++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Miscellaneous Personal Diary – Activities other than ghost hunting.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Downloading.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini atau anda berminat menjadi ahli biasa...
Klik link berikut untuk:-
PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI.
PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
MALAYSIAN GHOST RESEARCH JOURNAL
Walaupun, kelihatan bulat tetapi ternyata orb ini tidak memiliki jasad yang legap dan tidak memiliki tenaga atau menghasilkan cahaya sendiri berbanding dengan orb yang dijana oleh roh.