PENYELIDIKAN ALAM MISTERI : PERKUBURAN LAMA.
MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
JOURNAL PENYELIDIKAN: SUNGAI PETANI, 17HB. MAC, 2006

Malam tadi merupakan penyelidikan terakhir yang saya buat semasa bulan penuh dan walaupun bulan berada pada tahap 94% saya dapati bahawa penurunan tahap penampakan roh telah susut. Walau bagaimanapun, saya masih mampu memperolehi 4 keping gambar yang menarik.
Malam semalam saya telah melakukan rakaman video di kawasan perkuburan lama dan apa yang menarik semasa saya sedang berjalan sambil membuat rakaman terdapat orb yang lalu mendahului saya dan beberapa saat kemudian tiba-tiba fokus kamera menjadi kabur walaupun tidak terdapat sebarang benda yang kelihatan dan apabila saya mengarahkan kamera di sebelah kiri fokus menjadi elok kemudian saya letakkan semula pada sebelah kanan di mana fokus tadi menjadi kabur tiba-tiba kedengaran suara EVP yang terkejut – Anda boleh menonton klip video berkenaan dari sini. Analisis lanjut mengenai insiden ini akan saya lakukan kemudian.
Walau bagaimanapun, saya tidak membuat rakaman yang lebih lama memandangkan keadaan cuaca yang tidak begitu baik ditambah pula pada malam berkenaan saya terlupa membawa bateri kamera digital.
Tepat jam 9.15 malam tadi, saya bertolak dan tiba di sana sekitar jam 9.18 malam. Walau pun saya membawa kamera video tetapi saya tidak menjalankan rakaman video memandangkan saya lebih tumpuhkan kepada pengambilan gambar digital.
Malam ini merupakan kali ke-3 saya memasuki perkuburan lama yang telah menjadi hutan belukar dan nampaknya roh dari kawasan perkuburan lama ini tidak mengecewakan saya kerana saya memperolehi 2 keping gambar misteri dari kawasan berkenaan. Beginilah keadaan hutan belukar di kawasan perkuburan lama ini. Di sebalik semak belukar ini terdapat banyak kubur yang tidak bertanda.
Apa yang saya tidak pasti kemungkinan besar sebahagian daripada kubur di kawasan ini terutama yang tidak bertanda sudah tidak kelihatan dan sebahagian lagi sudah rosak dan tidak diketahui hanya sebahagian kecil sahaja yang telah dibaik pulih.
Saya kadang kala terfikir mengapa tidak ada saudara mara yang memperbaiki kubur yang telah rosak ini malahan saya percaya kemungkinan besar ada kubur yang saya pijak dan langkah tetapi saya kerap kali meminta maaf kepada tuannya kerana saya tidak mengetahui. Saya datang di sini sekadar untuk mendokumentasikan kewujudan dunia misteri ini. Beginilah keadaan sebahagian daripada kubur lama yang terbiar.
Hasil daripada kajian solo ini memperlihatkan bahawa lebih kerap saya memperolehi roh yang diwakili oleh orb tetapi di kawasan perkuburan lama ini saya dapati bahawa roh memperkenalkan diri dalam bentuk lain iaitu dalam bentuk supercharge dan anomalis yang bersinar.
Selamat menjalankan kajian dimensi lain!
------------
MENGENAI KAJIAN TERKINI:
Gambar terkini akan mula diupload pada 18/03/2006 pada jam 10.30 malam.
Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.
17hb. Mac, 2006.
++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Miscellaneous Personal Diary – Activities other than ghost hunting.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Downloading.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?
Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
JOURNAL PENYELIDIKAN: SUNGAI PETANI, 17HB. MAC, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Malam tadi merupakan penyelidikan terakhir yang saya buat semasa bulan penuh dan walaupun bulan berada pada tahap 94% saya dapati bahawa penurunan tahap penampakan roh telah susut. Walau bagaimanapun, saya masih mampu memperolehi 4 keping gambar yang menarik.
Malam semalam saya telah melakukan rakaman video di kawasan perkuburan lama dan apa yang menarik semasa saya sedang berjalan sambil membuat rakaman terdapat orb yang lalu mendahului saya dan beberapa saat kemudian tiba-tiba fokus kamera menjadi kabur walaupun tidak terdapat sebarang benda yang kelihatan dan apabila saya mengarahkan kamera di sebelah kiri fokus menjadi elok kemudian saya letakkan semula pada sebelah kanan di mana fokus tadi menjadi kabur tiba-tiba kedengaran suara EVP yang terkejut – Anda boleh menonton klip video berkenaan dari sini. Analisis lanjut mengenai insiden ini akan saya lakukan kemudian.
Walau bagaimanapun, saya tidak membuat rakaman yang lebih lama memandangkan keadaan cuaca yang tidak begitu baik ditambah pula pada malam berkenaan saya terlupa membawa bateri kamera digital.
Tepat jam 9.15 malam tadi, saya bertolak dan tiba di sana sekitar jam 9.18 malam. Walau pun saya membawa kamera video tetapi saya tidak menjalankan rakaman video memandangkan saya lebih tumpuhkan kepada pengambilan gambar digital.
Malam ini merupakan kali ke-3 saya memasuki perkuburan lama yang telah menjadi hutan belukar dan nampaknya roh dari kawasan perkuburan lama ini tidak mengecewakan saya kerana saya memperolehi 2 keping gambar misteri dari kawasan berkenaan. Beginilah keadaan hutan belukar di kawasan perkuburan lama ini. Di sebalik semak belukar ini terdapat banyak kubur yang tidak bertanda.

Apa yang saya tidak pasti kemungkinan besar sebahagian daripada kubur di kawasan ini terutama yang tidak bertanda sudah tidak kelihatan dan sebahagian lagi sudah rosak dan tidak diketahui hanya sebahagian kecil sahaja yang telah dibaik pulih.Saya kadang kala terfikir mengapa tidak ada saudara mara yang memperbaiki kubur yang telah rosak ini malahan saya percaya kemungkinan besar ada kubur yang saya pijak dan langkah tetapi saya kerap kali meminta maaf kepada tuannya kerana saya tidak mengetahui. Saya datang di sini sekadar untuk mendokumentasikan kewujudan dunia misteri ini. Beginilah keadaan sebahagian daripada kubur lama yang terbiar.

Hasil daripada kajian solo ini memperlihatkan bahawa lebih kerap saya memperolehi roh yang diwakili oleh orb tetapi di kawasan perkuburan lama ini saya dapati bahawa roh memperkenalkan diri dalam bentuk lain iaitu dalam bentuk supercharge dan anomalis yang bersinar.Selamat menjalankan kajian dimensi lain!
------------
MENGENAI KAJIAN TERKINI:
Gambar terkini akan mula diupload pada 18/03/2006 pada jam 10.30 malam.
Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.
17hb. Mac, 2006.
++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Miscellaneous Personal Diary – Activities other than ghost hunting.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Downloading.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?
Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.
MALAYSIAN GHOST RESEARCH JOURNAL