Saturday, June 17, 2006

Update Laman Web bagi Malaysian Ghost Research.


MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
This is MGRS Newsletter and strictly for members only.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pengumuman!

Laman utama dalam bahagian berikut telah dikemaskini:
  1. Fake Ghost Photos- Not updated

  2. The Best Ghost Photos - Not updated

  3. Ghost Photos Analysis - Last Updated On 17/06/2006

http://www.cikguaugustine.net/ghostresearch/

tapak lama masih boleh berfungsi seperti biasa tetapi kemaskini akan dibuat di dalam laman utama sahaja dan pengumuman akan saya buat di dalam laman lama.


Selamat menjalankan kajian alam misteri!

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

17hb. Jun 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Miscellaneous Personal Diary – Activities other than ghost hunting.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Downloading.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini atau anda berminat menjadi ahli biasa...

Jika anda ingin menerima newsletter melalui email pastikan anda menetapkan opsyen jenis penghantaran newsletter sebagai ‘special notice’.

Klik link berikut untuk:-
PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI.
PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.

Monday, June 12, 2006

Laman Web bagi Malaysian Ghost Research.


MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
This is MGRS Newsletter and strictly for members only.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pengumuman!

Tapak rasmi baru bagi penyelidikan Malaysian Ghost Research telah dipindahkan ke alamat seperti di bawah:

http://www.cikguaugustine.net/ghostresearch/

tapak lama masih boleh berfungsi seperti biasa tetapi kemaskini akan dibuat di dalam laman utama sahaja dan pengumuman akan saya buat di dalam laman lama.


Selamat menjalankan kajian alam misteri!

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

6hb. Jun 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Miscellaneous Personal Diary – Activities other than ghost hunting.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Downloading.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini atau anda berminat menjadi ahli biasa...

Jika anda ingin menerima newsletter melalui email pastikan anda menetapkan opsyen jenis penghantaran newsletter sebagai ‘special notice’.

Klik link berikut untuk:-
PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI.
PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.

Sunday, May 07, 2006

JOURNAL PENYLIDIKAN ALAM MISTERI: 7HB MEI 2006, SUNGAI PETANI.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya menjangkakan penyelidikan dunia paranormal pada bulan ini akan saya jalankan semasa mengikuti perkhemahan khas bersama pengawas sekolah di Batu 10, Jalan Jeniang Kedah. Kebetulan pula, tarikh yang dicadang untuk perkhemahan pada kali ini jatuh semasa bulan penuh itu pun jika tidak berlaku keadaan cuaca yang buruk.

Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan saya membatalkan penyelidikan kerana mengikut pengalaman keadaan cuaca mempengaruhi jumlah geogmagnetic di kawasan kajian walaupun semasa bulan penuh.

Baru-baru ini beberapa orang menyatakan kepada saya bahawa gambar hantu yang telah saya rakam adalah gambar yang dilukis menggunakan perisian komputer. Saya tidak mahu memberi komen tentang pertanyaan berkenaan kerana tidak ada guna menjawab pertanyaan orang yang berfikiran negatif atau mereka yang tidak percaya tentang kewujudan dunia roh. Tetapi peliknya, apabila saya menyatakan bahawa saya merakam gambar hantu menyerupai manusia dan menunjukkan kepada mereka, dengan mudah sahaja diterima walaupun gambar berkenaan bukan hantu.

Jadi, ternyata bahawa rata-rata hanya menerima apa yang dikatakan hantu jika ia menyerupai seperti manusia walaupun gambar berkenaan merupakan gambar tiruan akibat daripada masalah teknikal.

Sehubungan dengan itu, saya sangat tertarik dengan kenyataan seorang profesor iaitu Dr. Michio Kaku yang menyatakan bahawa tidak ada seorang pun yang pernah ke matahari tetapi kita mengetahui bahawa matahari terdiri daripada gas hidrogen kerana kita menerima echo melalui sinaran matahari. Demikian juga tidak ada seorang yang pernah ke dalam perut bumi tetapi kita tahu bahawa suhu di dalam perut bumi adalah panas melalui kajian ke atas cairan magma yang keluar dari lohong gunung berapi.

Melalui konsep ini serupa juga dengan kewujudan dimensi lain berserta dengan penghuninya yang penuh misteri. Mengikut kajian saintis bahawa hubungan dunia fizikal dengan 12 dimensi yang lain dikaitkan dengan apa yang dikatakan sebagai getaran atau vibration. Kewujudan dunia misteri yang diwakili oleh roh paling mudah dikaitkan dengan kejadian tsunami pada tahun 2004. Negara kita bebas daripada bencana alam seperti kejadian gempa bumi kerana negara kita jauh daripada Lingkaran Api Pasifik tetapi kesan kita dapat rasai walaupun kejadian gempa bumi berlaku beratus kilometer dari tempat kita. Jika dikaitkan dengan kewujudan dunia lain yang diwakili oleh roh atau hantu kawasan perkuburan merupakan pintu terdekat di antara dunia fizikal dengan dunia alam roh. Jadi, tidak hairan jika ramai yang begitu takut berada di kawasan perkuburan pada waktu malam.

Ramai yang begitu yakin bahawa roh atau hanya kelihatan dalam bentuk manusia tetapi hakikatnya jauh daripada sangkaan kita dan tidak kurang pula yang menyatakan bahawa gambar yang saya rakam adalah bukan hantu hanya direka tetapi peliknya apabila saya ajak pergi bersama semua menolak. Tidak kurang juga yang bertanya kepada saya kenapa saya buat kajian ini? Saya buat kajian ini untuk mengetahui rahsia di sebalik kewujudan dimensi lain yang penuh misteri tetapi semakin lama semakin banyak perkara yang saya pelajari.

Dalam journal kali ini, saya ingin berkongsi dengan pengunjung tentang bagaimana masalah teknikal boleh menghasilkan ‘fake ghost’. Dua hari lepas saya telah mencuba untuk menghasilkan hantu tiruan melalui kaedah ‘long expose’ dan ‘camera shake’. Gambar di bawah ini merupakan contoh bagaimana masalah teknikal boleh mengwujudkan rakaman ‘fake ghost’.Kedua-dua gambar ini telah dirakam menggunakan setting program dengan expose time 8/60 dengan gegaran minima menghasilkan imej secara keseluruhan menjadi kabur menghasilkan imej yang kabur. Daripada ujian ini maka saya dapat kesimpulan bahawa apa yang telah saya rakam di Taman Burung dalam perayaan tanglung tahun 2005 dan juga rakaman gambar misteri di bukit Hijau sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan ujian ini di mana kejadian imej kabur hanya berlaku pada spot tertentu dan ini pun dianggap oleh sesetengah pengunjung sebagai gambar rekaan semata-mata. Jika anda berminat untuk membandingkan gambar berkenaan dengan hasil ujian ini sila klik di sini.

Dalam kajian ini saya berjaya mencari jawapan bahawa imej yang dihasilkan oleh setting ‘long expose’ dan camera shake sebenarnya menghasilkan imej yang benar-benar kabur.

Selamat menjalankan kajian alam misteri!

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

7hb. Mei, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Miscellaneous Personal Diary – Activities other than ghost hunting.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Downloading.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini atau anda berminat menjadi ahli biasa...

Jika anda ingin menerima newsletter melalui email pastikan anda menetapkan opsyen jenis penghantaran newsletter sebagai ‘special notice’.

Klik link berikut untuk:-
PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI.
PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.

Monday, May 01, 2006

JOURNAL PENYLIDIKAN ALAM MISTERI, 1HB MEI 2006, SUNGAI PETANI.


MGRS - Malaysian Ghost Research Society - Associated IGHS Club

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini memaksa saya menunda semua aktiviti penyelidikan tambahan pula kesibukan tugas yang tidak dapat dielakkan.

Baru-baru ini saya telah ditanya oleh beberapa orang kawan tentang sebuah majalah yang memberikan tip bagaimana membunuh hantu. Persoalannya, sejauh mana manusia yang memiliki tubuh fizikal mempunyai kemampuan membunuh hantu yang tidak berjasad dan hanya wujud dalam bentuk tenaga? Tubuh fizikal boleh dimusnahkan tetapi roh tidak boleh dimusnahkan. Dalam dunia mistik, tenaga atau roh dikategorikan dalam 2 kumpulan iaitu roh baik dan jahat yang sering dirujuk sebagai tenaga positif dan tenaga negatif yang sebenarnya merujuk kepada kewujudan roh dalam bentuk tenaga yang mempunyai sikap atau tindak-tanduk berbeza.

Oleh kerana roh atau hantu ini di dalam bentuk tenaga maka tenaga ini boleh diubah kepada bentuk konfigurasi lain atau pendek kata boleh dineutralkan. Tenaga negatif dan positif ini dibezakan dengan tekanan iaitu tekanan tinggi dan tekanan rendah. Secara saintifik, tekanan tinggi akan tertarik kepada titik-titik bertekanan rendah dan juga disebaliknya. Jadi, tidak hairanlah sesetengah tempat dihuni oleh roh.

Ramai yang percaya penggunaan alat tertentu boleh mengelakkan serangan hantu maka wujudlah istilah tangkal atau azimat. Semua bentuk tenaga akan kekal dalam bentuk asal sekiranya ia berada dalam tahap kestabilan. Malahan di dalam kehidupan kita, kita sendiri perlu keharmonian dan keharmonian hanya dapat dicapai dengan satu kaedah iaitu integrasi semulajadi melalui konsep BODY-MIND-SOUL yang dikaitkan keharmonian jiwa tetapi konsep ini juga harus mempunyai dasar yang kuat di dalam hubungan dengan Pencipta.

Persoalannya adakah benar jika kita memakai tangkal kita akan terhindar daripada gangguan tenaga negatif? Apakah sebenarnya tangkal? Secara umum tangkal merupakan apa-apa benda yang telah dijampi oleh orang yang dianggap mempunyai kebolehan mistik tetapi secara saintifik batuan memiliki kepelbagaian struktur mineral yang juga mempunyai kepelbagaian tekanan. Mengikut kajian saintifik, batu permata merupakan batuan asli yang memiliki kestabilan tenaga kerana menerima kesemua warna spektrum dan mengikut kepercayaan seseorang yang memakai batu permata memiliki keharmonian.

Persoalannya, adakah jika memakai batu permata akan mengelakkan kita daripada bertembung dengan hantu? Hasil daripada kajian saya terhadap literasi yang dipos di dalam internet mengenai dakwaan bahawa mereka diserang hantu sehingga mereka jatuh sakit. Apa yang saya lihat di sini ada 2 perkara yang berlaku dan saling bersangkutan iaitu;

Pertama, pandangan negatif dan tiada pengetahuan tentang dunia paranormal menganggap bahawa lembaga hitam yang dilihat adalah iblis atau satan dan lanjutan daripada pandangan negatif ini wujud serangan psikologi yang dicipta oleh pendakwa iaitu 'satan jahat'. Kedua, hasil ketakutan secara psikologi menghasilkan ruang fikiran negatif dan fikiran negatif inilah menghasilkan kesakitan. Sepanjang saya menjalankan kajian secara solo, saya telah bertembung dengan roh atau hantu dalam konfigurasi lembaga hitam dan berjaya mendokumentasikannya dalam kamera video tetapi mengapa saya tidak diserang?

Dalam rakaman terakhir baru-baru ini, saya telah merakamkan orb yang bertembung dengan saya semasa melalui satu lorong di dalam kawasan perkuburan lama dan rakaman menunjukkan bahawa orb yang dijana oleh roh terus melintasi saya seperti seseorang yang bertembung tanpa bercakap kerana tidak kenal.

Apa yang ingin saya ketengahkan di sini ialah konsep 'FIKIRAN POSITIF' aktiviti berfikir menyebabkan otak menjana tenaga dan menghasilkan gelombang elektrik dalam frekuensi yang berbeza. Harus kita ingat bahawa fikiran negatif menarik tenaga negatif kerana di luar sana wujud tenaga negatif yang diwakili oleh roh yang mempunyai masalah emosi.

Dalam journal ini juga saya ingin berkongsi tentang sedikit sebanyak masalah yang timbul semasa kita menjalankan kajian paranormal. Tidak semua yang kita rakam merupakan aktiviti roh tetapi mungkin hasil manifestasi aktiviti alam sekitar. Tidak semestinya apa yang dirakam oleh kamera adalah roh atau hantu. Contoh di bawah ini merupakan contoh yang paling sukar dianalisis di mana saya mengambil masa selama 14 hari membuat perbandingan dengan lebih 100 gambar orb yang dijana oleh roh dan saya mendapati bahawa ia bukanlah orb yang dijana oleh roh tetapi hasil daripada serangga.

Gambar di bawah ini merupakan zoom orb yang dijana oleh serangga. Jika dilihat dengan teliti kelihatan pengembangan yang berlaku bukanlah pengembangan tenaga acto tetapi memperlihatkan kepak serangga yang bergerak dalam kelajuan yang tinggi berbanding masa yang diambil oleh kamera untuk merakam gambar.

Perhatikan gambar di bawah ini, gambar ini cukup jelas bahawa ia adalah serangga dan bukan orb yang dijana oleh roh. Dalam kajian paranormal, semasa berada di kawasan kajian kita harus melihat fenomena yang dikaitkan dengan persekitaran. Fenomena paranormal biasanya tidak dapat dijelaskan secara nyata atau dapat dipertikaikan tetapi fenomena alam fizikal dapat dijelaskan seperti dalam gambar di atas.


Selamat menjalankan kajian dimensi lain dan Selamat Hari Pekerja!

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.

1hb. Mei, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery -- My Paranormal Research Files.
Miscellaneous Personal Diary -- Activities other than ghost hunting.
Compilation Of Nature And Ghost Photos -- High Resolution Pictures For Downloading.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini atau anda berminat menjadi ahli biasa...

Jika anda ingin menerima newsletter melalui email pastikan anda menetapkan opsyen jenis penghantaran newsletter sebagai 'special notice'.

Klik link berikut untuk:-
PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI.
PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.

Monday, April 17, 2006

JOURNAL PENYELIDIKAN ALAM MISTERI, 14HB APRIL 2006

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

JOURNAL PENYELIDIKAN: 17HB. APRIL, 2006, SUNGAI PETANI,
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini nampaknya sedikit sebanyak mempengaruhi kelancaran perjalanan penyelidikan solo yang saya lakukan. Bukan mudah menjalankan penyelidikan solo yang dibuat dalam masa tertentu sahaja lebih-lebih lagi masa yang terhad. Kemas kini journal penyelidikan dan juga pos hasil penyelidikan terkini tertunda selama dua hari akibat kerosakan router modem yang terkena petir yang berlaku pada petang Sabtu walaupun ia tidak digunakan. Kemaskini hanya pulih semula pada jam 8.00 petang kelmarin selepas saya lakukan penyelenggaraan komputer selama 5 jam setengah. Update bagi hasil penyelidikan akan mula diupload pada malam ini.

Dalam penyelidikan terkini yang saya jalankan, walaupun hasil penyelidikan tidaklah sangat membanggakan tetapi saya masih dapat memperolehi 4 keping gambar yang berjaya merakam misteri dunia paranormal. Sungguhpun demikian, saya juga memperolehi anomali persekitaran seperti serangga yang kelihatan seperti orb charge dan juga orb persekitaran.

Dalam kajian semalam, saya telah menjalankan kajian di perkuburan kristian dan gambar di bawah adalah gambar dalam kajian berkenaan.

kemudian ke kawasan perumahan kakitangan kerajaan yang terbiar termasuk sebuah rumah kosong di mana saya memperolehi orb yang dijana oleh roh berada di bahagian kaki lima.

Saya juga sempat ke kawasan perkuburan lama untuk mengambil beberapa keping gambar tetapi pada kali ini tiada apa yang dirakam melainkan landskap kawasan berkenaan sahaja.

Apa yang jelas seperti dalam pengalaman yang lepas, keadaan cuaca banyak merubah suhu persekitaran, keadaan mendung walaupun bulan penuh mempengaruhi kajian, dalam rakaman video yang saya jalankan melalui rakaman orb in motion dan supercharge orb hanya berlaku selang 5 hingga 10 minit, hampir-hampir tiada atau tiada aktiviti paranormal langsung.

Fungsi kitaran bulan penuh dan juga sinaran bulan yang memancarkan sinaran gelombang elektromagnet atau apa yang dikenali sebagai sinaran elektromagnet gelombang panjang sangat penting dalam aktiviti paranormal terutama sekali apabila dikaitkan dengan kajian aktiviti roh. Maka tidak hairanlah, jika legenda mempercayai bulan penuh dengan cahaya yang terang banyak dikaitkan dengan serigala jadian dan juga dracula di dalam filem-filem hiburan kerana sinaran bulan penuh membekalkan tenaga elektromagnet yang memainkan peranan dalam aktiviti paranormal.

Malahan fenomena ini disokong dalam kajian sains menyatakan bahawa the spirits entity may return to the physical world again and again to gain more energy from the electromagnet flux so that they can elevated themselves to the high dimension. Oleh yang demikian, tidak hairan jika semasa bulan penuh aktiviti paranormal akan meningkat dengan mendedak kerana roh yang berada di dimensi lain akan kembali untuk mendapatkan lebih banyak tenaga elektromagnet tetapi manfaat sedemikian hanya berlaku jika keadaan cuaca setempat adalah baik dengan pancaran sinaran bulan sampai ke permukaan bumi tanpa halangan.


Selamat menjalankan kajian dimensi lain!

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

17hb. April, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Miscellaneous Personal Diary – Activities other than ghost hunting.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Downloading.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini atau anda berminat menjadi ahli biasa...

Klik link berikut untuk:-
PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI.
PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.

Sunday, April 02, 2006

DUNIA ROH YANG PENUH MISTERI DAN PERSEPSI MASYARAKAT.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kesibukan kerja telah membawa banyak perkara terbengkalai namun saya masih sempat menjalankan kajian singkat. Selepas menghadiri mesyuarat agung di Kelab Sungai Petani saya balik dan singgah menjalankan kajian paranormal di taman Jubli.

Dalam kajian yang dijalankan pada jam 11.00 malam berkenaan, saya masih sempat memperolehi 2 keping gambar yang boleh dianggap baik berbanding masa yang diluangkan kurang daripada 10 minit dan dalam masa yang sama saya juga memperolehi orb yang dihasilkan oleh persekitaran.

Banyak perkara yang sekian lama terpendam tanpa jawapan, kini satu-persatu terjawab melalui kajian tentang dunia misteri dan banyak manfaat positif yang saya perolehi. Kini saya percaya bahawa yang paling banyak menanam rasa takut kepada jiwa kita ialah dunia hiburan iaitu filem-filem seram dari kisah hantu yang paling banyak memaparkan demonic spirit atau hantu yang membunuh manusia. Tetapi, peliknya walaupun filem berkenaan sekadar hiburan semata-mata tetapi dianggap benar oleh masyarakat dan menguatkan lagi tanggapan masyarakat bahawa hantu adalah sesuatu yang harus dielakkan. Malahan, sesetengah adat pula menganggap bahawa seseorang yang telah mati tidak seharusnya kembali melihat ahli keluarganya.

Persoalannya, adakah benar bahawa wujudnya roh jahat? Jawabnya ya, kerana dalam kehidupan kita seharian juga kita menemui orang jahat dan selepas mati roh orang berkenaan akan menjadi roh jahat dan demikian Dr. Dave menyatakan “It is our belief that the intelligence, personalities, and the emotions that make up who we are in this life, survives the death process. This energy combination represents our souls; we know that we cannot destroy energy, but energy can transform into another energy configuration.”

Jika dinyatakan bahawa kepintaran, personaliti dan emosi merupakan apa yang menjadikan peribadi seseorang dan personaliti ini tidak akan berubah walaupun melalui kematian kerana personaliti ini tertanam di dalam jiwa yang dikenali sebagai roh maka pembangunan spiritual adalah amat perlu. Jadi, kenapa terdapat orang yang memiliki peribadi yang buruk? Adalah mudah ia dikaitkan dengan jiwanya. Lantaran itu, selepas mati personaliti yang sama masih tetap sama tetapi bezanya jiwa tanpa tubuh dan wujudlah istilah roh jahat tetapi roh jahat ini bukanlah iblis atau hantu seperti yang digambarkan oleh filem-filem hiburan tetapi roh yang mempunyai masalah sikap.

Seperkara lagi yang menjadi tanda tanya, adakah benar roh atau hantu boleh dibunuh? Sehingga ramai yang menganggap ‘dia’ mampu membunuh hantu. Dalam bidang sains berjaya membuktikan bahawa tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh diubah kepada bentuk konfigurasi lain. Sebagai contoh, setiap hidupan termasuk yang tidak bernyawa menyimpan tenaga dan tenaga berkenaan tidak dimusnahkan tetapi tersimpan dalam bentuk yang lain melalui kitaran tenaga. Jadi mengapa ada individu yang menyatakan dia mampu menghalau atau membunuh hantu? Jika demikian ia lebih berkuasa daripada Tuhan padahal dalam kepercayaan agama roh seseorang tidak akan dibinasakan melainkan akan menjalani hukuman yang tidak berkesudahan. Tidak dinafikan terdapat kes di mana roh jahat memasuki tubuh seseorang tetapi kejadian seumpama ini dikaitkan dengan traumatik berpunca daripada mental seseorang yang menghasilkan tenaga negatif. Jadi, kesihatan tubuh secara am dikaitkan dengan kesihatan mental yang dikaitkan dengan jiwa. Jiwa yang sihat membekalkan fikiran positif dan fikiran yang positif akan menghasilkan tenaga positif.

Sepanjang saya keluar masuk kawasan perkuburan sama ada perkuburan lama atau baru, saya mendapati bahawa fikiran positif dengan memikirkan perkara positif sahaja tidak akan memberi peluang kita memikirkan perkara-perkara negatif. Walau bagaimanapun, semasa menjalankan kajian di kawasan terpencil seperti perkuburan lama saya sering mengutamakan fikiran positif dengan menumpukan 100% kepada tujuan saya iaitu mendokumentasikan kewujudan dunia roh. Tetapi, harus diingat bahawa tidaklah kita terus menjalankan kajian tanpa memberi salam kepada dunia misteri ini. Rasa hormat yang kita tunjukkan memberi peluang 95% kejayaan dalam kajian. Positif attitude amat penting kerana sikap positif ini menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan demikian juga di dalam dunia paranormal, sikap positif ini sangat penting. Oleh yang demikian, sepanjang saya menjalankan kajian secara solo dan saya memang lebih suka menjalankan kajian ini secara solo.

Saya sentiasa percaya dan berpegang bahawa sikap dan fikiran positif sangat penting kerana aktiviti otak mampu menjana tenaga dan apa yang kita fikirkan dengan mudah sahaja dibaca oleh roh kerana mereka berada dalam bentuk tenaga. Bagaimana aktiviti otak boleh menjana tenaga boleh dilihat di dalam konsep komunikasi telepati. Oleh itu, konsep MIND-BODY-SOUL sangat penting dalam kajian paranormal.

Semasa menjalankan kajian, saya sering berpeluh dan semasa di kawasan lapangan saya sering berterima kasih kepada roh yang mendekati saya dengan perubahan suhu yang sejuk sesejuk air-cond kerana dapat menyejukkan tubuh saya yang berpeluh tetapi saya tidak memberi peluang kepada fikiran saya memikirkan perkara-perkara negatif tetapi sentiasa menumpuhkan apa yang sedang saya lakukan. Malahan, semasa menjalankan kajian saya tidak memikirkan masalah lain.

Ramai yang sering menyebut orb malahan ada yang menghantar atau menunjukkan kepada saya gambar yang merakam orb tetapi selepas saya memeriksa ia hanyalah habuk persekitaran yang jauh sekali daripada orb yang dijana oleh roh. Kita harus faham bahawa roh benar-benar mempunyai tingkah laku seperti manusia biasa, kadang kala saya berjaya merakamkan kewujudan mereka terlalu jauh daripada lens kamera dan tidak kurang habuk dan serangga kecil-kecilan berterbangan yang kadang kala boleh disalah tanggap sebagai orb yang dijana oleh persekitaran.

Di bawah ini adalah gambar yang saya rakam semasa menjalankan kajian di kawasan perumahan kakitangan hospital yang telah ditinggalkan dan dalam gambar ini memperlihatkan terdapat orb di atas cabang pokok. Perhatikan, gambar yang dizoom, memperlihatkan orb yang kelihatan cerah atau kelihatan transpiran.
Walaupun, kelihatan bulat tetapi ternyata orb ini tidak memiliki jasad yang legap dan tidak memiliki tenaga atau menghasilkan cahaya sendiri berbanding dengan orb yang dijana oleh roh.

Selamat menjalankan kajian paranormal.


Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

2hb. April, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Downloading.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini atau anda berminat menjadi ahli biasa...

Klik link berikut untuk:-
PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI.
PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.

Saturday, March 18, 2006

PENYELIDIKAN ALAM MISTERI : PERKUBURAN LAMA.

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – Associated IGHS Club

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi 'Penyelidikan Hantu' sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

JOURNAL PENYELIDIKAN: SUNGAI PETANI, 17HB. MAC, 2006
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Malam tadi merupakan penyelidikan terakhir yang saya buat semasa bulan penuh dan walaupun bulan berada pada tahap 94% saya dapati bahawa penurunan tahap penampakan roh telah susut. Walau bagaimanapun, saya masih mampu memperolehi 4 keping gambar yang menarik.

Malam semalam saya telah melakukan rakaman video di kawasan perkuburan lama dan apa yang menarik semasa saya sedang berjalan sambil membuat rakaman terdapat orb yang lalu mendahului saya dan beberapa saat kemudian tiba-tiba fokus kamera menjadi kabur walaupun tidak terdapat sebarang benda yang kelihatan dan apabila saya mengarahkan kamera di sebelah kiri fokus menjadi elok kemudian saya letakkan semula pada sebelah kanan di mana fokus tadi menjadi kabur tiba-tiba kedengaran suara EVP yang terkejut – Anda boleh menonton klip video berkenaan dari sini. Analisis lanjut mengenai insiden ini akan saya lakukan kemudian.

Walau bagaimanapun, saya tidak membuat rakaman yang lebih lama memandangkan keadaan cuaca yang tidak begitu baik ditambah pula pada malam berkenaan saya terlupa membawa bateri kamera digital.

Tepat jam 9.15 malam tadi, saya bertolak dan tiba di sana sekitar jam 9.18 malam. Walau pun saya membawa kamera video tetapi saya tidak menjalankan rakaman video memandangkan saya lebih tumpuhkan kepada pengambilan gambar digital.

Malam ini merupakan kali ke-3 saya memasuki perkuburan lama yang telah menjadi hutan belukar dan nampaknya roh dari kawasan perkuburan lama ini tidak mengecewakan saya kerana saya memperolehi 2 keping gambar misteri dari kawasan berkenaan. Beginilah keadaan hutan belukar di kawasan perkuburan lama ini. Di sebalik semak belukar ini terdapat banyak kubur yang tidak bertanda.Apa yang saya tidak pasti kemungkinan besar sebahagian daripada kubur di kawasan ini terutama yang tidak bertanda sudah tidak kelihatan dan sebahagian lagi sudah rosak dan tidak diketahui hanya sebahagian kecil sahaja yang telah dibaik pulih.

Saya kadang kala terfikir mengapa tidak ada saudara mara yang memperbaiki kubur yang telah rosak ini malahan saya percaya kemungkinan besar ada kubur yang saya pijak dan langkah tetapi saya kerap kali meminta maaf kepada tuannya kerana saya tidak mengetahui. Saya datang di sini sekadar untuk mendokumentasikan kewujudan dunia misteri ini. Beginilah keadaan sebahagian daripada kubur lama yang terbiar.Hasil daripada kajian solo ini memperlihatkan bahawa lebih kerap saya memperolehi roh yang diwakili oleh orb tetapi di kawasan perkuburan lama ini saya dapati bahawa roh memperkenalkan diri dalam bentuk lain iaitu dalam bentuk supercharge dan anomalis yang bersinar.

Selamat menjalankan kajian dimensi lain!

------------
MENGENAI KAJIAN TERKINI:
Gambar terkini akan mula diupload pada 18/03/2006 pada jam 10.30 malam.

Augustine Towonsing,
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

17hb. Mac, 2006.

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research -- My Ghost Research.
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Miscellaneous Personal Diary – Activities other than ghost hunting.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Downloading.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Ingin menjadi Ahli atau subscribe news letter?

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.